Terbaca berita ada lelaki Guna Kereta Sewa Dan Berlakon Kaya, kemudian Tipu perempuan waktu memikat?
Nak mengorat memang kena ada kereta mewah ke?
Ada juga baca berita peniaga sewa kereta mewah dan ajak orang join bisnes dia yang Berjaya sebab dia pakai kereta mewah, dan kereta mewah tanda Berjaya?
Ingat balik, memang ada geng MLM naik kereta (jenama saya lupa) ajak mengeteh dan melabur, tapi saya tak terkesanpun.
Alhamdulillah sampai hari ni, belum pernah kena tipu dalam mana mana bisnes MLM.
Bagus jugak tak minat kereta mewah ni sebab bagi saya kereta ni bukan isu jenama, asal praktikal, tak beban, cukuplah boleh gerak, okey dah. Walau saya ni kaki movie, tapi filem Fast and Furious tu langsung tak minat, saya tak suka tengok hero naik kereta mewah atau motor besar, saya suka hero baca buku (woha!)
Saya rasa orang yang bergantung pada jenama kereta mewah ini sedikit lemah Iman. Saya rasalah!
Sebab Dia macam terpaksa bergantung kepada jenama untuk nampak hebat. (ada unsur syirik)
Paling tak tahan, berlagak sombong bila ada kereta mewah, malas nak cerita lah, dia punya feel berlagak waktu semua orang pandang dia, tak boleh blah, lagi nak remmm minyak, lagi nak pasang muzik kuat, nak bawak laju, padahal nobody care.
Lepas tu nak kena pulak ada awek seksi bodoh duduk sebelah, adohai, itu yang saya cakap peminat kereta ada sikit masalah Iman korang janglah marah yer?
Belum cerita geng beli kereta jenama tempatan dan hias dengan ribuan ringgit supaya nampak macam kereta luar Negara, saya sekali tengok dah tahu itu kereta wira, lepas tu sanggup habis ribuan ringgit nak tukar wira kepada evo three?, adohai, lepas tu bunyi macam ribut, dengan lowed kena perlahan area Bumper siap turun, lepas tu warna macam kereta macam budak tadika baru dapat calour, cermin hitam, plat dengan nombor ‘perasan unik’ yang membuatkan JPJ susah nak baca, last-last kena saman.., tak kira ada masalah keimanan ke?
Nak cerita ke kereta mewah tak pergi masjid?
Nak cerita ke kisah orang bujang ikat perut pakai kereta mewah, kemudian masuk neraka wang dan jadi muflis?
Ingat lirik lagu Altimet? Beliau perli sikap orang muda nak bergaya beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa dan bertambah malang bila PKP. Kereta mewah tak boleh bergerak jauh, masa tu baru kita sedar yang penting rumah sendiri, sedikit besar dan selesa.
"Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah .. Amboi, amboi."
Bab kereta mewah, Inilah Neraka Wang bak kata Afyan Mat Rawi, ramai orang muda tersilap beli kereta mewah dan masuk neraka wang hinga terperangkap dalam hutang seumur hidup.
(korang kena baca ebook dia pasal cara uruskan wang termasuk dalam bab kereta, jika nak ubah nasib sebab Allah tak akan ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri mengubahnya.)
Sambung kisah saya, kisah kereta pertama saya.
ALkisahnya, Kereta pertama saya adalah Dahaitsu Charade, beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. Sayang betul, rupanya tak ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
(gambar kereta ni saya ambik dekat forum carigold)
Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.
Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.
Sebab saya beli rumah dulu, tak ada siapa ajar saya buat kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.
Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru saya jual kereta Charede dan beli kereta proton wira second Hand yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya jual Wira, dan beli Proton Exora, cukuplah kami tujuh beranak.
Tapi kereta Exora kuat minyak, maka saya perlukan kereta kedua untuk urusan kerja, saya beli Axia kompang.
Dijalanan orang cakap: “penulis pakai Axia jer?”
Dah ini kereta yang mampu saya pakai dan bayar bulan bulan, asalkan praktikal, saya tak kisah pun, Nobody care.
Apa-apapun, nak minat kereta biar berpada pada, ukur Iman dalam dada, kenapa nak kereta mewah? Kenapa nak Warna paling terang, bunyi eksos paling kuat? Muzik speaker baling bergegar bass? Bumper paling lowed, Awek seksi duduk sebelah? Kenapa?
Mungkin Ada orang dia cuba jadi orang pertama pakai kereta BMW dalam keluarga, ada orang dia nak jadi orang pertama ada kereta Ferarri dalam keluarga.
Alkisahnya, pernah saya baca kisah orang kaya yang ada kereta mewah, waktu sakit nak mati, harapan dia agar dapat tulis satu buku tentang kisah hidup dia.
Maka saya terfikir, antara menjadi orang pertama ada kereta mewah dalam keluarga, lebih baik saya jadi orang pertama ada BUKU dalam keluarga.
Maka terlihatlah saya menaiki sebuah kereta Axia, paling murah di Malaysia, Bersama Buku tulisan saya yang dah masuk 12 bijik!
Sesungguhnya, Kereta ‘mewah’ saya ini akan sampai setakat pagar kubur, tapi buku saya harapannya, insyaAllah menjadi bekalan kebaikkan Bersama doa anak yang soleh serta sedekah jariah.
Woha!
Ps: Hidup ini tak perlu cari kereta mawah semata mata. Sungguh Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya kereta kita, tapi diukur melalui kemampuan untuk pergi ke mana-mana distinasi yang terindah bersama orang yang kita sayang lalu mencipta kenangan yang hangat, dan dibukukan pengalaman itu, tak percaya? baca buku KISAH LAKI BINI! (Woha sampai syurga!)
同時也有12部Youtube影片,追蹤數超過964的網紅aisy hisyam,也在其Youtube影片中提到,Panglima bawah tanah terjaga seruan bertempur Sedia susun kata dalam rangkap sebelum sembur Tiada kertas atau pensil pun boleh bagi aku kapur Lakarkan...
「baling malaysia」的推薦目錄:
- 關於baling malaysia 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於baling malaysia 在 Facebook 的最佳解答
- 關於baling malaysia 在 Papa Azri Facebook 的最佳解答
- 關於baling malaysia 在 aisy hisyam Youtube 的最佳貼文
- 關於baling malaysia 在 Aisyah Habshee Youtube 的最佳解答
- 關於baling malaysia 在 RamboChai 蔡阿保 Youtube 的最佳貼文
- 關於baling malaysia 在 Baling - Baling, Kedah, Malaysia - City, City 的評價
- 關於baling malaysia 在 How do you say Baling in Malaysia (Malay)? - YouTube 的評價
baling malaysia 在 Facebook 的最佳解答
QURBAN LOCKDOWN UNTUK 10,000 ASNAF
Alhamdulillah seronok dengar bila ramai yang terima manfaat dari program korban perdana 3.0 yang berlangsung selama 4 hari sebagai usaha kecil kita dalam mencukupkan keperluan dan kehidupan mereka yang serba kekurangan akibat pandemik Covid-19 yang melanda.
Mulanya kita diserang dengan pelbagai mehnah seperti penyakit yang berjangkit kepada haiwan ternakan yang menyebabkan stok lembu berkurangan tapi atas asbab semangat dan doa-doa daripada kita semua alhamdulillah tahun ni kita berjaya sempurnakan ibadah korban sebanyak 75 ekor lembu bersamaan hampir 10,000 asnaf yang terima daging tersebut.
10,000 asnaf yang menerima daging korban tahun ini adalah hasil dari kerjasama yang padu dari pelbagai pihak seperti Surau Taman Malinja, Masjid Arrahman Sungai Layar, Surau Kg Teluk, Wakil Kawasan Kg Keda Tok Pawang, Malaysian Relief Agency, Balai Bomba Sungai Petani, Wakil Kawasan Kg jerung, Surau Taman Semarak, Surau Taman Songket, Kem Angkatan Tentera Malaysia Kolam Air, Maahad Tahfiz Annur, Smart Tahfiz Darul Bayan, Sekolah Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah Merbok, Surau Taman Delima, Surau Kg Pengkalan Lebai Man, Masjid Kg Jawa, Wakil Raudhah Muhibbin Baling, Masjid Permatang Berangan, Persatuan Nelayan Kuala Muda, Dewan Ulama Pas Sg Petani, Pemuda Pas Sg Petani dan PKWR Merbok, Kuala Ketil, Tg Dawai dan Pantai Merdeka.
Terima kasih pada yang selalu doa dan sokong projek yang dianjurkan oleh MadadCare. Semoga Allah memudahkan urusan dan sentiasa merahmati dan memberkati semua.
Korban dah sudah, Jadi Madadcare kalini akan meneruskan kembali untuk projek Bantuan Keperluan Asas.
Jadi kepada sesiapa yang memerlukan barangan keperluan asas atau yang ingin menyumbang boleh terus ke pejabat Murtadha Dakwah Centre atau hubungi 0138519091 (MadadCare).
'PROJEK BERNIAGA DENGAN ALLAH"
#KitaBantuKita
#QurbanMadadLockdown
#MADADCARE
#AsriAhmadAcademy
#Sahamiscool
baling malaysia 在 Papa Azri Facebook 的最佳解答
Melangkaui Politik Dan Pandemik
1. Sejak beberapa minggu yang lalu, kita dengar banyak tentang perkembangan politik negara. Ini termasuklah desakan segelintir pemimpin politik agar Parlimen kembali bersidang; dan sesetengah mendakwa mereka mempunyai angka yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan baharu.
2. Saya percaya, ini bukanlah perkembangan yang rakyat harapkan ketika negara masih dalam pandemik. Rakyat mahu kita fokus terhadap pengurusan Covid-19 yang mana saya turut berkongsi harapan yang sama dengan mereka.
3. Terdapat banyak isu politik yang diperdebatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia memenatkan, malah saya sendiri tidak terlepas daripadanya. Dalam artikel pendek ini, saya akan fokus terhadap satu topik yang sering diperkatakan oleh kedua-dua belah pihak iaitu Parlimen.
4. Pertama – desakan politik agar Parlimen dibuka semula tidak boleh mempunyai agenda tersembunyi. Seruan agar Parlimen kembali bersidang tidak boleh dijadikan alat pemuas nafsu politik sesetengah individu.
5. Usaha-usaha sebegini bukan baru. Kita telah melihatnya berulang kali selama bertahun-tahun - terbaru pada September 2020. Mereka terlalu taksub pada angka yang 'kukuh, hebat, meyakinkan' – sehinggakan, ia meresap ke dalam pelbagai senario serta cuba meyakinkan semua orang bahawa mereka bersatu, dengan harapan dapat meneruskan agenda untuk kembali berkuasa.
6. Kedua – Ahli-Ahli Parlimen yang kuat mendesak agar persidangan diadakan, mesti mengambil tanggungjawab bersama bagi memastikan persidangan Parlimen yang disambung semula nanti dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan Malaysia dan rakyatnya terutama dalam pengurusan Covid-19. Agenda negara kita jauh lebih penting berbanding cita-cita peribadi sesiapa jua.
7. Satu-satunya harapan rakyat Malaysia ketika ini ialah jalan keluar daripada krisis ini dan ia merupakan tanggungjawab kita sebagai Ahli-Ahli Parlimen. Rakyat mahu jumlah kes diturunkan, nyawa diselamatkan dan ekonomi dipulihkan.
8. Ketiga - situasi yang sedang kita hadapi sekarang sangat luar biasa - kita berdepan gabungan krisis kesihatan, krisis ekonomi dan ketidakstabilan politik secara serentak. Berpolitik sepanjang masa merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima. Di kala Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya mengemukakan Pelan Pemulihan Negara yang bermatlamat membawa negara keluar daripada pandemik – kita semua perlu menyokong, bukannya skeptikal. Pelan tersebut hanya akan berhasil sekiranya semua parti bekerjasama mencari jalan keluar daripada pandemik.
9. Jika kita fokus terhadap tanggungjawab dan berkongsi tekad yang sama, maka saya percaya kita boleh memenuhi harapan bersama.
10. Secara prinsipnya, saya bersetuju bahawa Parlimen penting sebagai ruang semak dan imbang kepada Kerajaan. Prosiding Parlimen juga mustahak untuk Kerajaan berkomunikasi dan membahaskan polisi, serta mencapai persefahaman bersama anggota Parlimen tentang jalan ke hadapan yang jelas demi kepentingan rakyat Malaysia.
11. Saya percaya, dalam mempertimbangkan ketiga-tiga pandangan saya ini, wujudnya satu syarat yang mana kita perlukan kestabilan. Kestabilan ini mungkin membolehkan Parlimen dibuka semula. Kestabilan ini juga mungkin akan memberikan hak kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk bertanya soalan dan Kerajaan untuk menjawab ketika sesi persidangan. Tetapi yang paling mustahak, kestabilan ini mestilah tidak dirampas.
12. Saya faham - kestabilan yang saya minta ini tidak akan kekal selamanya. Namun rayuan saya ringkas - hanya sehingga krisis COVID-19 berakhir.
13. Memandang ke hadapan, ke mana hala tuju negara sekiranya berlaku perubahan dalam landskap politik? Adakah Pelan Pemulihan Negara yang Kerajaan sedang usahakan akan diketepikan seterusnya digantikan dengan yang baru? Amat jelas, pelan pemulihan Covid-19 yang tidak bersepadu tidak diperlukan.
14. Di saat yang menguji ini, rakyat tidak sepatutnya sekali lagi diheret dalam kancah perebutan kuasa.
15. Saya sedar, ada segelintir yang memilih untuk menyerang saya secara peribadi dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Penyebaran berita palsu telah menjadi amalan politik di negara kita. Bagi saya, Baling Batu Sembunyi Tangan semata-mata untuk mewujudkan persepsi yang tidak baik hanyalah langkah murahan demi kepentingan sendiri. Fitnah hanyalah bertujuan mengganggu serta mengalih perhatian dari perbincangan tentang bagaimana untuk memacu negara ini ke arah yang lebih baik.
16. Tidak nafikan yang ia mengecewakan saya - negara sedang melalui detik getir, tetapi kenapa kita terus mempolitikkan semua isu? Politik tanpa batas tidak akan membawa kita ke mana-mana.
17. Kita mesti mengamalkan pembaharuan dalam berpolitik dan bukannya masih dengan amalan politik tanpa batas. Ini adalah masa terbaik untuk kita ahli politik daripada kedua-dua belah pihak buktikan, yang kita boleh berperanan dengan lebih baik; serta tunjukkan kepada rakyat kita di sini untuk berkhidmat.
18. Jadi – dengan kita sedang mempertimbangkan untuk membuka semula Parlimen, kita mesti bersedia. Masyarakat umum perlu faham ia tidak semudah membuka dewan dan duduk. Memandangkan kita sedang meneliti kemungkinan sesi ‘hibrid’ – Kerajaan perlu diberi ruang untuk membuat pertimbangan serta merancang kaedah dan proses demi memastikan setiap prosiding berjalan lancar.
19. Sebagai Anggota Parlimen, sama ada menjadi lebih baik atau lebih teruk, ia bergantung kepada kita – untuk bersama-sama bertanggungjawab terhadap apa yang bakal terjadi di sesi berikutnya. Kita harus menunjukkan kepada rakyat bahawa kita berada di sini demi kepentingan mereka dan bukannya cita-cita peribadi.
20. Sekiranya niat pembangkang hanya ingin menggunakan Parlimen bagi mendapatkan kuasa dan bukan memanfaatkan fungsinya sebagai wacana yang membina bagi pelbagai pihak, ia akan membawa masalah. Saya tidak nafikan pembangkang berhak mengkritik, tetapi kecelaruan politik tidak akan diterima oleh rakyat terutamanya di saat-saat yang sukar ini.
Hishammuddin Hussein
16 Jun 2021
baling malaysia 在 aisy hisyam Youtube 的最佳貼文
Panglima bawah tanah terjaga seruan bertempur
Sedia susun kata dalam rangkap sebelum sembur
Tiada kertas atau pensil pun boleh bagi aku kapur
Lakarkan ayat dalam lagu semua baris dihabis sapu
Kau, baling batu sorok tangan dalam kocek itu basi
Baling harga diri ke awangan tiada nak sembunyi
Baring atas api kalau mahu aku bakar lagi
Jangan masuk battle kalau weapon kau tidak berisi
Spit bars semua laju macam kuda Rossi
Sebar semua lagu macam tebar roti
Roti canai kosong teh o ikat tepi
Luaskan kuasamu macam jdt
Coretkan puisi dalam melodi
Jalan hiphop sesak kat SKVE
Lalu old town road bukan lagu roddy
Lirik aku raw not WWE
Ee
Jangan sentuh aku kalau tak mandi
kafankan dulu sebelum semadi
Tak boleh nak go kalau lirik mati
Aku jaga tempo macam manager jaga players
Jangan pakai jersi terbalik yang terbaik itu playaz
Tak suka jangan simpan jangan perap sampai expired
Kalau nafas tak cukup tarik better berhenti nanti tired heh
Salam satu Malaysia kepada mana Yang mendengar
Ku sertakan salam duluan ampun maaf jika terkasar
Ku bentangkan halaman baru untuk lembaran buku baru
Isi kata menghias melodi rangka ayat dalam lagu
Mula dari bawahan ku jalan dengan perlahan
Biar tiada bunyi sepi serangan tanpa amaran
Bangunkan legasi yang baru seiring waktu berjalan
Gegarkan gergasi dahulu, bergerak tanpa ancaman
#playaz #playazrapchallenge #19thanniversary
baling malaysia 在 Aisyah Habshee Youtube 的最佳解答
Nasib Amira baik, Dia baling dadu dapat nombor 3, Dadu tau, bukan duda !! Jadi kami anjurkan malam skincare bersama si tudung hitam. Zara pula excited dapat pakai sleeping mask. Semua orang happy.
Selepas tu kami balik dan sambung buat kerja. ... dan stress
location: The dorsett grand hotel subang
pergi support biz kecil kecilan zara supaya dia happy, bila beli kata nampak nama IG daripada Aisyah Cikedes ! ( Instagram biz: @baeshop_me )
Follow Aisyah di Instagram ! aktif kat situ ! hehe
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/aisyahhabshee
BUSINESS INQUIRIES: aisyahhabshee@gmail.com
THANK YOU EVERYONE, JANGAN LUPA LIKE & SUBSCRIBE!
FAQs
Umur bape tuu? Nampak tuaaa --- 22.
Rakam guna apa?--- G7X mark ii
Edit guna apa?--- Sony Vegas Pro 14
Buat review tak?--- PLS EMAIL HEHE THANK YOU.
What makes you happy? --- bila orang subscribe ! muahahahha ok bye !
baling malaysia 在 RamboChai 蔡阿保 Youtube 的最佳貼文
超级节省初学 Vlog, Vlogger 必备, 自拍干 自拍棍 自拍夹 自拍脚架 自拍 自由者旅行腳架 Manfrotto befree旅行三腳架,旅人的最佳旅伴AllInOneTripod 三合一腳架 DigProVideo Velbon三腳架 拍攝腳架中軸 單腳架(Monopod)獨立使用 用腳架時要避免這五個壞習慣 小型相机三脚架开箱 索尼拍木質腳架 相機自拍涮腳架 三腳自拍棒 螺絲頭 便攜式多功能新型相機腳架 主要針對驢友和攝影愛好者 車族等群體 拍摄设备OSMO
----------------------------
每次 6PM 在 YouTube 準時發布新影片。(每星期4-7部影片)
FB: RamboChai 蔡阿保►►https://goo.gl/7sGOg4
FB: PriscillaAbby蔡恩雨►► https://goo.gl/plAEeU
訂閱我们的频道►►https://goo.gl/l3XIeJ
---------------------------
? 我很厚臉皮的哦 (呵呵?)
若想要送禮物? 給我, 可以發貨至以下地址?: To : Rambo Chai 蔡阿保
?No. 865, Tabuan Jaya Shopping Center , 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia.
⚡H/P : 012 - 8083366 (Leslie Tnay)
----------------------------
感謝大家的支持與訂閱。。。
我會繼續上傳更多有意義,搞笑等片段。
如果沒有大家的支持就沒有今天的我,
所以請大家帮忙分享Share 哦。
----------------------------
Music From:
Audio Library
https://www..com/channel/UCht8qITGkBvXKsR1Byln-wA/
----------------------------
頻道關鍵字: 视频关键字:
Sony NEX 5T , Panasonic Lumix GF2 , GF 6 Manfrotto Off road 戶外相機背囊30L Hiker backpack Manfrotto Imagine More 2 years ago37,899 views Manfrotto Off road戶外相機背囊30L是為喜歡戶外拍攝的攝影發燒友而設計的攝影背囊 佳能单反相机脚架 索尼单反相机脚架CASIO zr3500 SONYa5000
馬來西亞夫妻 惡搞小孩 老爸惡搞 惡整老媽 中學生 高中生 馬來西亞國中生 惡整 恶整 马来西亚开箱 馬來西亞開箱 馬來西亞老公老婆 馬來西亞夫妻生活 家庭生活 馬來西亞小孩 MalaysiaYouTuber MalaysiaVloger PrankStudent PrankChildren 恶整小孩
MalaysiaChinese MalaysiaMandarin 马来西亚 vLoger Blogger 馬來西亞r 惡整孩子 惡整小孩 KuchingYoutuber SarawakYoutuber 古晋r 沙撈越r 砂拉越r 古晉視頻 古晉Video 全家大小生活 馬來西亞男生 马来西亚生活 生活分享美食 廉價旅行 馬來西亞口音 愛情影片 情侶 曖昧 台灣中文 馬來西亞華語 搞笑影片 恶搞影片 搞笑影片 惡搞影片 马来西亚男生 馬來西亞華語 馬來西亞人 馬來西亞華僑 马来西亚情侣 旅遊推薦 生活分享 马来西亚艺人 挑戰 挑战 挑战影片 马来西亚人 夫妻生活 男朋友 女朋友 馬來西亞小孩 馬來西亞屁孩 車內偷拍 馬來西亞必吃 馬來西亞必玩 馬來西亞必喝 馬來西亞必看 省錢旅行 訪問 採訪 上街採訪 挑戰 馬來西亞美食必知 必去 必吃 必看
Kuala Lumpur 吉隆坡 KL, Selangor – Cheras, Petaling Jaya , Subang Jaya, Sunway, Puchong, Shah Alam, Setia Alam, Kajang 加影, Kepong 甲洞, Selayang 士拉央, Rawang 万挠, Ulu Yam, Batu Caves, Pulau Ketam 吉胆岛 ,
Kedah – Alor Setar, Sungai Petani, Jitra, Changlun, Kangar, Langkawi,
Penang 槟城 – Butterworth, Kulim, Bayan Lepas, Baling,
Perak – Sitiawan, Taiping ,Teluk Intan, Ipoh, Kuala Kangsar, Batu Gajah, Kampar,
Kelantan – Kota Bahru,Pasir Mas, Bachok,Tanah Merah,Kuala Krai,Gua Musang,
Terenganu – Kampong Raja, Jerteh, Setiu, Marang, Ajil, Dungun, Kuala Koh, Kerteh, Cukai,
Pahang 彭亨 – Cameron Highland 金馬崙, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tapah, Kampung Raja, Tringkap, Kuantan, Kuala Lipis, Jerantut, Benta, Balok, Raub,Teriang, Triang, Temerloh,
Sembilan 森美兰- Bahau (Taman Tunku Puan Chik, Kampung Jambu Lapan, Taman ACBE, Juasseh, ), Jempol, Seremban, Port Dickson,Tampin, Rompin,
Melaka, Malacca 马六甲 – Masjid Tanah, Tangkak, Merlimau, Alor Gajah, Sungai Udang, Batu Berendam, Tanjung Kling
Johor Bahru 柔佛州 – Muar, Batu Pahat, Parit Jawa, Tongkang Pechah, Senggarang, Chaah, Yong Peng, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Benut, Kahang, Kluang, Jemaluang, Mersing, Pontian, Kukup, Kulai, Ulu Tiram, Kota Tinggi, Bandar Penawar, Pengerang,
East Malaysia, Kuching, Sematan, Lundu, Labuan, Limbang, Lawas, Miri, Marudi, Bintulu,Tanjung Kidurong, Mukah, Tatau, Dalat, Sibu, Matu, Daro, Meradong, Bintangor, Sarikei, Saratok, Julau, Kanowit, Betong, Spaoh, Lubok Antu, Engkilili, Sri Aman, Simunjan, Serian, Bau, Kota Samarahan, Asajaya
Sabah Kota Kinabalu KK, Penampang, Papar, Kudat, Pitas, Beluran, Pulau Jambongan, Ranau, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Tawau, Semporna, Kalabakan, Tongod, Nabawan, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Bongawan,Sipitang, Tambunan
baling malaysia 在 How do you say Baling in Malaysia (Malay)? - YouTube 的推薦與評價
How do you pronounce Baling in Malaysia ? Click here to learn the correct pronunciation of Baling in Malay. For more information about Baling ... ... <看更多>
baling malaysia 在 Baling - Baling, Kedah, Malaysia - City, City 的推薦與評價
The Baling District is a town, an administrative district and a parliamentary constituency in southeastern Kedah, Malaysia. Located about 110 km from Alor ... ... <看更多>