KAJIAN KES
Siapa yang tak kenal dengan MyEG ni? Yalah, nak renew road tax mesti ramai yang guna perkhidmatan online yang ditawarkan MyEG. Nak bayar saman polis pun ramai yang guna MyEG ni.
Tapi mesti ramai yang tak tahu bahawa kita sebagai rakyat biasa boleh beli saham MyEG ni di Bursa Malaysia. Yalah, alang-alang kita percaya dengan perkhidmatan dan layanan yang ditawarkan MyEG, baik jadi sebahagian daripada pemilik syarikat juga.
FAKTA : Saham MyEG Jatuh Teruk Lepas PRU Ke-14 Yang Lalu
Sejak tampuk pemerintahan negara bertukar, di antara saham yang jatuh teruk adalah MyEG. Dua hari berturut-turut saham MyEG menjunam sebanyak 30%, iaitu maksimum yang dibenarkan oleh Bursa Malaysia.
Sebab utama adalah katanya MyEG ini banyak mendapat kontrak besar daripada kerajaan terdahulu Barisan Nasional, jadi apabila kerajaan bertukar, maka MyEG bakal kehilangan banyak kontrak daripada kerajaan Pakatan Harapan yang baru.
Tapi selepas beberapa bulan jatuh, akhirnya masa untuk MyEG bersinar semula.
Tengok saja prestasi kewangan dan keuntungan syarikat. Setiap tahun memperoleh pendapatan beratus juta, untung pun beratus juta setiap tahun.
Harga saham $MYEG setakat 22 Mac 2019 - RM 1.390
Bila beli saham $MYEG Mei 2018 yang lalu, ini kiraan pulangan yang anda akan dapat:
Untung (ROI) = Harga akhir (harga jual) - harga awal (harga beli)
RM 1.390 - RM 0.890 = RM 0.50
Peratus untung = Untung / harga awal x 100
>> RM 0.50 / RM 0.890 x 100 = 56.18%
Bila beli saham ni 1 bulan lepas, sekarang dah rasa untung 36.27%.
Bila beli 4 bulan lepas, sekarang dah rasa untung 101.12%
Harga saham yang dahulunya jatuh teruk, kini naik 101% dalam masa 4 bulan.
Daripada segi fundamental memang mantap, sudah tiba masa harga saham MyEG kembali ke zaman kegemilangannya.
Jom klik link untuk baca lebih lanjut!
(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)
#AsriAhmadAcademy
#MentorSaham
#LaburSyariah
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...