SETIAP BAHAGIAN POTONGAN BAJU MELAYU KITA ADA MAKSUDNYA
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
Aku dah malas nak cerita bab busana Melayu ni. Sebab banyak perkara kecewa berbanding kenikmatan.
Tapi bila setiap kali nak Raya, pasti akan hadir designer² haram jadah yang melacurkan adab dan adat Melayu dan menjahanamkan falsafah budaya di dalam Baju Melayu.
Kenapa wujud designer sampah yang begini? Kerana mengejar dunia melampaui akhirat. Tahu tak di sebalik baju Melayu yangdiciptakan oleh nenek moyang kita yang diwarisi hingga ke hari ini, terkandung ketinggian budi dan rahsia disebalik penciptaannya yang menjadi lambang identiti bangsa kita?
Bila lambakan designer GAY memonopoli pasaran malah diangkat menjadi rujukan, alamatnya generasi anak cucu kita nanti, jahanam lah tradisi kita.
Ini cerita baju org lelaki. Jangan pelik nanti kalau keluar designer pelacur yang hasilkan design baju perempuan edisi bogel.
Jangan Dilacurkan Falsafah Baju Melayu
❌❌❌⭕️❌❌❌
Baju Melayu yang kita pakai hari ini dahulunya dipanggil Baju Kurung. Setiap bentuk dan potongan terkandung maksud yang tersirat yang merujuk kepada Melayu dan Islam.
⭕️ Baju Cekak Musang
Sifat asal baju jenis ini perlu berpesak dan berkekek. Berkocek 3, 1 di atas, 2 di bawah. Kolar bertindih kanan atas kiri. Tetulang berbutang 5 itu asas wajibnya.
Setiap bahagian ada maksud yang tersirat yang ingin disampaikan sebagai lambang si Melayu itu menjunjung Islam bersamanya.
❌
6 bahagian pesak dan kekek membawa maksud 6 rukun iman terletak elok 3 di sisi kiri dan 3 di sisi kanan sebagai maksud iman itu sendiri sebagai mana di dalam sabda nabi saw bahawa iman itu adalah yang merangkumi 3 perkara "Yakin dengan hati, diikrar dengan lidah dan dilaksanakan dengan perbuatan.” maka terletak lah ia di sisi empunya diri.
Iman merupakan harta yang paling berharga. Menurut Islam, mulia dan hina manusia itu dikelaskan mengikut taraf Iman masing-masing. Barangsiapa yang tinggi Imannya, dia akan menjadi orang yang mulia dalam pandangan Allah s.w.t. Barangsiapa yang tidak ada langsung Iman, maka dia akan menjadi hina, sehina-hinanya di sisi Allah s.w.t.
❌
5 butang membawa maksud rukun islam tersemat di dada sebagai pengikat ketakwaannya sepertimana disebut di dalam hadith Rasulullah SAW
"Islam dibangun di atas lima perkara: persaksian bahwa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, pergi haji, dan puasa di bulan Ramadhan'". (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
⭕️ Manakala untuk rekaan Baju Telok Belanga (1 butang) pula membawa maksud tauhid seorang mukmin itu yang meyakini keesaan Allah yang satu.
❌
3 kocek yang 1 di dada kiri dan 2 di bahagian bawah pula membawa maksud perjalanan sebagai seorang yang bertakwa itu perlu mengandungi 3 perkara wajib iaitu islam, iman dan ihsan.
Ihsan adalah hubungan paling akrab dengan Allah Subhanahuwata’ala sehingga apabila seseorang hamba itu beribadah maka dilakukan dengan ikhlas, mengikut syara’ dan bersungguh-sungguh seolah-olah dia melihat Allah Subhanahuwata’ala.
Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam dan tuntutannya, menyempurnakan semua rukun iman dan tuntutannya dan bersifat ihsan.
❌
Tetulang bertindih kanan atas kiri ini adalah asal muasal kejadiannya yang mana semakin hari semakin dilupakan dan acapkali dilepas pandang. Kebanyakan baju Melayu di pasaran pastinya tetulang bertindih kiri di atas kanan, maka yang ini tidak lagi layak dipanggil warisan asli kerana sudah diubah dan menghilangkan falsafahnya.
Tetulang bertindih kanan atas kiri ini membawa maksud kiam yang menyamai posisi kiam ketika kita bersolat yang mana tangan kanan akan terletak di atas tangan kiri juga menyamai posisi kiam ketika kita dikafankan apabila di pengakhiran hayat kita nanti.
Falsafah ini membawa 2 maksud yang pertama supaya kita sebagai mukmin ini mengingati solat 5 waktu (rujuk semula 5 butang di atas tetulang baju) sehari semalam. Yang kedua pula supaya kita mengingati mati agar menjadi mukmin yang sempurna. Maka ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.
Ingatlah Kaya sebelum Miskin
Ingatlah Sihat sebelum Sakit
Ingatlah Muda sebelum Tua
Ingatlah Lapang sebelum Sempit
Ingatlah Hidup sebelum Mati
Hebatkan falsafah penciptaan baju Melayu kita? Sebab itu, jangan sesekali melacurkan falsafah Baju Melayu yang diperkenalkan oleh nenek moyang kita yang mana sepatutnya kita menyambung dan memelihara keaslian warisan kita.
Biarpun zaman beralih moden, jangan sesekali kita terikut dengan ideologi dan fesyen barat yang jelas ingin merosakkan tradisi dan warisan kita.
Pesan buat pereka fesyen unggul yang moden, peliharalah keaslian busana warisan kita, usahlah angkuh dan bermegah dengan rekaan baru yang merojakkan tradisi kita dengan identiti barat dan penjajah. Kerana yang moden itu tidak layak dipanggil Baju Melayu. Umum sifat Baju Melayu itu perlulah sedikit longgar yang diciptakan supaya bersesuaian dengan segala aktividi beribadah dan beriadah bukannya terlampau slimfit dan merosakkan identiti budaya.
Pemakaian busana tradisional bukanlah dianggap sebagai ketinggalan zaman namun melambangkan identiti budaya. Tidak bermaknalah sesuatu bangsa itu jika tanpa budayanya. Secara tidak langsung, tradisi sejak beratus tahun lamanya ini dapat diteruskan.
Jadi, tak kisahlah se‘hipster’ macam mana pun rekaan baju raya kita tahun ini, yang penting kita tahu sedikit sebanyak tentang asal usul kita demi memelihara warisan dan jatidiri Melayu itu sendiri.
Daripada Melayu Untuk Melayu
⭕️ Pak Li
Pengasas Aktivis Busana Melayu
Presiden Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia
28Syaaban 1442 / 9 April 2021
23:17
[ Diizinkan dikongsi dan disalin semula buat rujukan semua anak bangsa. Sila kredit kepada Aktivis Busana Melayu ]
busana melayu tradisional 在 Pengacara Majlis Gembira Anda Facebook 的精選貼文
Pertandingan Miss Ikon Festival Kebudayaan Melayu Melanau BCF2018. Segmen memperagakam busana tradisional melanau oleh para finalist yang bertanding di peringkat separuh akhir.
busana melayu tradisional 在 Pengacara Majlis Gembira Anda Facebook 的精選貼文
Malam Ke-3 di Festival Kebudayaan Melayu Melanau BCF2018 dengan tema malam ini “Aspirasi Melanau”. Rasa amat berbangga sekali dapat menggenakan busana tradisional melanau buat pertama kalinya dan berkongsi pentas bersama pengaraca majlis dari Sibu yang tidak asing lagi Madam Jue dan juga Saudara Ajerie.
Semalam telah diadakan acara perasmian Festival Melayu Melanau BCF2018 Yang dirasmikan oleh tetamu kehormat, YB En Abuseman Jahwie, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak. Terima kasih kepada para pengunjung kerana hadir memberikan sokongan kepada kami di perkampungan ini dan malam ini kita berjumpa lagi di Malam Ke-4 untuk meyaksikan pelbagai aktiviti yang menarik. Jumpa anda di sana!
#pengacaramajlisgembiraanda
#BCF2018
#Sibu
#IloveSibu