Saya nak kongsi tulisan Adam Firouz dan Hawati Abdul Hamid yang berkhidmat dengan Khazanah Research Institute. Ulasan mereka sangat tepat dan kerajaan harus ambil kira dengan kadar segera.
Bayangkan, perlaksanaan PKP 2.0 ini sudahlah dibuat dengan tergesa-gesa. Ia juga dibuat tanpa mengambil kira kebajikan ekonomi rakyat.
Ya, saya faham PKP 2.0 dibuat untuk jaga kesihatan awam. Tapi, kena juga ada rancangan untuk elak rakyat jatuh miskin.
PKP 2.0 tanpa membantu rakyat sekarang mampu mengakibatkan 1.2 juta isi rumah berada dalam kelompok miskin mutlak—iaitu tidak mampu memenuhi keperluan asas.
Beras, gula, bayar rumah, sekolah anak pun tak mampu bayar.
Saya sendiri dah gesa kerajaan. Sekurang-kurangnya, bagilah rakyat perlindungan moratorium. Tangguh sebentar bayar hutang kepada bank.
Kita kena jaga rakyat, bukan ikut turut bank-bank besar.
Bagi jugalah bantuan wang kepada rakyat. Kerajaan kena segera bantu. Sudahlah rakyat banyak dibuang kerja atau dipotong gaji, tidak ada pula sokongan dan jaminan dari kerajaan.
Susah lah kalau begini.
Di Thailand misalnya, kerajaan mereka beri bantuan wang terus kepada rakyat. Nanti saya ulas usaha mereka.
Di Malaysia? PKP 2.0 berjalan semula, tapi tidak ada sistem sokongan dari kerajaan.
Ada juga orang tanya, "YB, PKP 2.0 ini hanya buat selama 14 hari sahajalah. Jangan lah terlalu risau".
Tapi kenyataan dari Kementerian Kesihatan mengesahkan negara memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk meredakan situasi COVID-19.
Maksudnya, rakyat kena bersedia untuk tempoh PKP 2.0 ini dilanjutkan.
Kerajaan juga kenalah bersedia untuk memberi perlindungan kepada rakyat supaya 1.2 juta rakyat tidak akan jatuh miskin.
https://www.malaysiakini.com/news/559149
khazanah research institute 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最佳貼文
Laporan daripada Khazanah Research Institute mendapati antara masalah yang timbul dalam Latihan Industri ialah servis yang tidak dibayar setimpal dengan tugasan.
Macam yang kita tahu, intern ini tidak ada jawatan tetap dalam satu-satu bidang pekerjaan. Mereka ditugaskan untuk membantu mana-mana bahagian.
Dan sebelum ini, kerajaan sendiri membayar mereka dengan jumlah yang amat sikit iaitu RM300.
Kerana itu, saya bawakan usul untuk menaikkan elaun internship kepada RM900.
3 kali ganda lebih tinggi daripada jumlah asal.
Ya, saya faham bahawa ia tidaklah banyak mana. Tetapi bolehlah meringankan serba-sikit beban perbelanjaan bulanan mereka.
Saya letakkan satu fokus dalam menyantuni golongan pelajar yang terlibat dalam Latihan Industri ini. Kebajikan mereka perlu dijaga.
Mereka bukan golongan yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.
Ini baru permulaan kepada kebajikan anak muda dalam sektor pekerjaan.
Kita akan terus dan giatkan lagi usaha untuk menjaga dan membela nasib anak muda.
#KuasaAnakMuda
khazanah research institute 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最讚貼文
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam ucapannya ketika merasmikan Kempen Pemilikan Rumah-Ekspo Hartanah Malaysia (HOC-MAPEX) hari ini menyatakan bahawa pihak kementeriannya Bersama-sama Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana bank yang menolak permohonan pinjaman perumahan tanpa asas-asas yang kukuh.
Kenyataan ini sebenarnya menunjukkan bahawa Menteri Kewangan gagal memahami masalah utama yang menyebabkan sesuatu permohonan pinjaman perumahan ditolak.
Pinjaman perumahan merupakan salah satu perniagaan utama bagi setiap bank komersial. Jarang sekali bank akan menolak mana-mana permohonan pinjaman sekiranya syarat asas pinjaman telah dan dapat dipenuhi oleh pemohon.Walau bagaimanapun, sebagai sebuah entiti perniagaan, bank komersial sudah tentu tidak mahu mengambil risiko untuk memberikan pinjaman kepada mana-mana pihak yang dirasakan tidak mampu membuat bayaran balik dan memenuhi komitmen pinjaman yang dibuat.
Persoalan besar tentang pemilikan rumah di neagra ini bukanlah kerana kesukaran mendapatkan pinjaman sebaliknya adalah harga rumah yang dijual adalah terlalu mahal dan di luar kemampuan rakyat.
Khazanah Research Institute (KRI) dalam kertas kerja kajian terbaru mereka bertajuk Rethinking Housing: Between State, Market and Society telah menyatakan bahawa tahap kemampuan untuk memiliki rumah terus merosot untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Antara punca berlakunya perkara ini adalah kerana rumah-rumah yang dijual adalah sangat tidak boleh dibeli akibat ketidakmampuan yang serius.
Kajian oleh KRI ini juga adalah seiring dengan laporan bertajuk “Rumah Mampu Milik: Cabaran Dan Penyelesaian” yang dikeluarkan oleh BNM pada tahun lalu yang menjelaskan harga rumah di Malaysia adalah lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan serta harga median rumah di Malaysia iaitu RM313,000 adalah lebih mahal berbanding harga maksimum mampu milik iaitu sebanyak RM282,000.
Kenyataan yang dibuat Menteri Kewangan ini dilihat hanya meletakkan kesalahan kepada pihak pemberi pinjaman iaitu bank tetapi pada masa yang sama menafikan realiti bahawa pemaju perumahan gagal memenuhi kehendak serta kemampuan rakyat apabila membina lebih banyak rumah mewah yang mahal berbanding rumah mampu milik.
Sebelum ini juga Menteri Kewangan telah melancarkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang menyaksikan kerajaan memperkenalkan insentif pengecualian duti setem ke atas pembelian rumah yang berharga RM300 ribu sehingga RM2.5 juta. Walaupun kononnya untuk membantu rakyat untuk memiliki rumah, kempen HOC ini dilihat hanyalah sebagai talian hayat kepada pihak pemaju untuk menjual unit yang tidak terjual.
Kenyataan terbaru Menteri Kewangan ini sekali lagi melihatkan sikapnya yang sangat ‘mesra pemaju’. Sepatutnya, Menteri Kewangan perlu mengawal tindakan pihak pemaju yang berterusan membina rumah ‘mampu berangan’ atau ‘mampu tengok’, bukannya menjadikan bank sebagai 'scapegoat' untuk dipersalahkan tetapi pada masa yang sama berterusan memberikan talian hayat kepada pihak pemaju ini.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/26/kerajaan-bnm-akan-longgarkan-syarat-pinjaman-perumahan-kata-guan-eng/