Baru selesai Google Meet dengan ibu kanak-kanak yang menjadi mangsa liwat guru tahfiz. Kami merasai kegeraman, kemarahan, kekesalan serta kesedihan beliau.
Bukan sahaja anak beliau menjadi mangsa tetapi rakan-rakannya juga telah menjadi mangsa kepada 'ustaz' di tahfiz tersebut.
LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT oleh mereka setahun lebih tetapi masih tiada sebarang tindakan dan 'update' perkembangan kes.
Mereka meminta bantuan kami. In Sha Allah kami akan membantu anak-anak mereka keluar dari trauma dengan menawarkan khidmat kaunselor bertauliah secara PERCUMA selain sokongan kepada keluarga yang juga trauma dari kejadian.
Antara kata-kata ibunya kepada kami tadi;
"Niat saya menghantar anak saya ke tahfiz supaya dia belajar agama tetapi tak sangka dia pula diliwat. Saya menyesal sangat. Saya sekarang ini phobia bila lihat orang berjubah, berserban atau berkopiah ini. Saya jadi benci. Saya 'scroll' Facebook bro dan saya tergerak untuk mencuba nasib harap bro & team boleh membantu kami mendapatkan keadilan."
Kami memberitahu kepada beliau,
"Niat & keputusan buat menghantar anak ke pusat tahfiz adalah betul. Semoga Allah kurniakan ganjaran kepada puan dan keluarga. Apa yang berlaku di luar jangkaan kita. Puan tampil membuat report kerana mahukan keadilan. Kita tak nak sesiapa gunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu mereka yang bercanggah dengan agama. Kami bukan polis tetapi In Sha Allah kami akan bekerjasama dengan mereka untuk membantu puan dan mangsa-mangsa lain."
Hampir setiap hari, ya hampir setiap hari kami akan mengadakan minima 2-3 Google Meet berkaitan kes-kes gangguan seksual, predator seksual, serangan seksual dan majoriti mangsa & ahli keluarga adalah keluarga biasa sedangkan pemangsa terdiri dari mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat.
Semua kes ini kami akan serahkan & kerjasama dengan pihak berkuasa. Sinergi NGO & pihak berkuasa untuk masyarakat.
Saya juga meminta maaf kepada ramai sahabat yang menghubungi saya menerusi call & Whatsapp tetapi tidak berbalas kerana akhirnya, setelah mendengar puluhan rintihan, aduan, tangisan mangsa-mangsa & ahli keluarga, mentally tired.
No worry, saya ok. Selepas berehat saya ok and up and running as usual today. Bagi wanita di luar yang memerlukan sokongan & bantuan, boleh hubungi Sayap Wanita MRM di wasap.my/60103735596 & In Sha Allah kami akan aturkan Google Meet secepat mungkin .
同時也有41部Youtube影片,追蹤數超過15萬的網紅Zarul Umbrella,也在其Youtube影片中提到,Kisah Kapten Shafiq terkesan akibat Covid-19 bangkit dengan penubuhan Torq Lab bersama rakan Shawn Liew, khidmat basikal premium The Stabilizer by To...
「khidmat」的推薦目錄:
- 關於khidmat 在 Facebook 的精選貼文
- 關於khidmat 在 DBilique Facebook 的精選貼文
- 關於khidmat 在 Facebook 的精選貼文
- 關於khidmat 在 Zarul Umbrella Youtube 的精選貼文
- 關於khidmat 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
- 關於khidmat 在 Padu Beb Studios Youtube 的精選貼文
- 關於khidmat 在 Khidmat Or Itebah ! Sahil Adeem's Response to Mufti Tariq ... 的評價
- 關於khidmat 在 nandikajain/Khidmat - GitHub 的評價
khidmat 在 DBilique Facebook 的精選貼文
SELAMAT HARI FARMASI SEDUNIA!
.
Terima kasih kepada para farmasi diseluruh dunia. Terima kasih atas khidmat anda. Anda juga adalah frontliner kami❤️
.
Tag kenalan korang yang berkhidmat sebagai farmasi 😉
.
#selamatharifarmasisedunia #dbilique
khidmat 在 Facebook 的精選貼文
Sedikit perkongsian buat yang rajin membaca & berfikir. Buat sahabat yang tidak tahu hujung pangkal sesuatu cerita tetapi berkata jangan sebar aib dan sebagainya, sila fahami apa beza aib & jenayah.
Masyarakat kita sudah terbalik. Yang sepatutnya aib dan tidak boleh disebarkan mereka pergi sebarkan. Yang bukannya berbentuk aib tetapi jenayah pula minta jangan dikongsikan.
Saya tidak akan berdebat atau refute sesiapapun melainkan mereka tahu A-Z. Yup tahu A-Z. Dari awal sehingga akhir.
Jikalau hanya keluarkan pendapat berdasarkan apa yang anda nampak di media sosial sedangkan diri anda tidak tahu hujung pangkal A-Z, maka apa jua pendapat yang dikeluarkan itu pastinya kurang tepat kerana anda tidak mempunyai informasi yang menyeluruh.
Kami juga yakin adanya Padang Mahsyar dan tahu tentang hadith tentang larangan membuka aib. Adakah kami begitu jahil sehingga sengaja menempah tempat di neraka?
Kami terima pelbagai kes tetapi majoriti kami diamkan kerana itu adalah aib peribadi apabila kedua-dua pihak suka sama suka lalu berzina. Ya kami ada bukti bukti masuk ke hotel dan sebagainya tetapi kami tidak buat apa-apa.
Kami terima kes budak 3-4 tahun dicabul datuk saudara, diganggu secara seksual oleh penghulu, imam, diganggu pensyarah, diganggu pengarah filem & pelbagai lagi kes yang kami kendalikan serentak.
Semua kes ini lebih mudah kerana melibatkan orang biasa bukannya berpengaruh.
Kami membantu mangsa-mangsa & ahli keluarga ini membuat laporan polis, mendapatkan sokongan psikologi untuk keluar dari trauma & memberikan khidmat guaman percuma bagi yang tidak mampu. Majoriti kos ditanggung kami.
Bagi anda yang tidak faham kerana enggan faham dan malas untuk faham serta anda yang tidak faham dari A-Z tetapi tetap nak ulas dan sebagainya, maka saya doakan agar Allah bukakan hati anda serta kurniakan kesedaran buat anda.
khidmat 在 Zarul Umbrella Youtube 的精選貼文
Kisah Kapten Shafiq terkesan akibat Covid-19 bangkit dengan penubuhan Torq Lab bersama rakan Shawn Liew, khidmat basikal premium
The Stabilizer by Torq Lab link
https://instagram.com/torqlab?utm_medium=copy_link
khidmat 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Berikut trivia majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail:
1. Sebanyak empat tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah - sering dikaitkan sebagai lokasi untuk memohon jodoh.
Difahamkan terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath.
2. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan Reka Teemor, rekaan pelamin itu berjaya dihasilkan dalam tempoh sebulan. Mereka akhirnya dapat merealisasikan dekorasi impian Neelofa.
3. Majlis diserikan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.
4. Jemputan sekitar 150 tetamu diwajibkan memakai pakaian serba putih manakala wanita yang tidak berhijab perlu memakai selendang.
5. Majlis turut dihadiri rakan selebriti seperti Datuk Rizalman, Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, dan Shalma Ainaa.
6. Wajah berseri Neelofa mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee manakala busana serba putihnya merupakan rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
7. Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa sebak dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.
8. Semestinya ramai tidak mengetahui, Neelofa secara tidak sengaja tersandung sewaktu berjalan menuju ke pentas pelamin sebelum upacara lafaz akad nikah bermula.
9. Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembuka selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).
10. Ruang makan pasangan pengantin terpaksa ditutup dengan kain sewaktu majlis makan beradab.#NEELOFA #PURIZ #WEDDING
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
khidmat 在 Padu Beb Studios Youtube 的精選貼文
"Serious, aku tak sangka"
Dalam video kali ni, aku takde pergi makan di mana-mana.
Video kali ni aku pergi buat pemeriksaan kesihatan di KPJ Tawakkal KL. Tujuannya adalah untuk menilai tahap kesihatan diri aku ni sebab dah lama bergelumang di dalam scene food review.
Nak tahu jugak jantung aku ni sihat ke, buah pinggang aku ni elok lagi ke.
Kepada korang yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan lakukan pemeriksaan kesihatan macam yang aku buat ni, boleh terus ke KPJ Tawakkal KL atau ke website mereka https://kpjhealth.com.my/tawakkal/
Sama-sama kita jaga pemakanan kita, jaga kesihatan kita.
Jangan dah terlambat baru nak pergi jumpa doktor.
#PaduBebBros #WellnessScreening #KPJTawakkalKL
-----------------
Subscribe my channel : www.youtube.com/padubebstudios
Subscribe my 2nd channel : www.youtube.com/abugitstudios
LIKE my Facebook Fan Page : https://www.facebook.com/padubebstudios
Follow my Instagram : @padubebstudios
khidmat 在 nandikajain/Khidmat - GitHub 的推薦與評價
Khidmat is a SQL food delivery app that integrates food delivery with donation application resulting in increased visibility of various organizations that ... ... <看更多>
khidmat 在 Khidmat Or Itebah ! Sahil Adeem's Response to Mufti Tariq ... 的推薦與評價
Sahil Adeem has responded to the criticism he received from Mufti Tariq Masood regarding a 5-second clip from a Muslim Identity Session. ... <看更多>