VLOG | EP.3
Pengetahuan Tentang Velodrome Dan Bedah siasat Keirin Pusingan Kedua | Kita Menang Perak | EP.3
Assalamualaikum
Pada VLOG EP.3 kali ini kita akan sama-sama belajar tentang Velodrome. Fungsi garisan-garisan yang berlainan warna di atas Velodrome dan juga mengenal nama serta fungsi bahagian-bahagian tertentu didalam Velodrome ini. Pengetahuan asas ini amat penting untuk kita memahami pergerakan ketika berlumba dan juga perkara-perkara yang tidak dibenarkan apabila melakukan pecutan.
Kita juga akan bersama-sama membedah siasat video perlumbaan Keirin pusingan suku akhir dan ada beberapa informasi menarik yang saya kongsikan dengan anda semua.
Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti perjalanan saya sebagai seorang atlet professional negara, boleh lah tekan butang subscribe dan share kepada rakan-rakan anda sekalian. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan saya.
#WeAreOneWithAzizul #GoAzizulGold #MalaysiaBoleh #TeamAzizul #AzizulAwang #Olympic #Olympics #Olympian #tokyo #tokyoolympics #tokyoolympic #Malaysia #MalaysiaBoleh #athlete #athletes #sports #lifeasanathlete #trackcycling #cycling #VLOG
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
olympic velodrome 在 Facebook 的最讚貼文
・・・
Terima kasih kepada isteri Athiah Ilyana dan anak-anak yang di kasihi Amna Maryam dan Amna Khadeeja, hanya Allah yang mengetahui pengorbanan kalian. Pepatah ‘Di belakang kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang perempuan yang hebat’ adalah benar sama sekali. Saya berkahwin seawal usia 22tahun, ketika itu ramai yang kata karier saya akan hancur, perut akan membuncit dan lutut akan longgar. Biasalah, stigma masyarakat. Saya buktikan itu semua dusta, syukur Alhamdulillah sampai ke hari ini masih perkasa. Orang hanya lihat kejayaan saya adalah hasil dari kerja keras latihan dan sebagainya tetapi sebenarnya sokongan jitu dari isteri dan keluarga adalah melangkaui segala-galanya. Kebenarannya adalah kejayaan ini tidak dapat di butirkan tanpa sokongan isteri dan anak-anak dan juga tanpa kehadiran mereka dalam hidup saya.
.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ibu ku yang disayangi, Selamiah Bt Yong. Sejak berusia 16 tahun. Ma dengan rela hati melepaskan saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita untuk menjadi atlet negara. Sejak dari itu, amat jarang dapat berjumpa apatah lagi untuk meluangkan masa bersama-sama seperti orang lain. Setelah arwah abah meninggal ketika saya berusia 16 tahun, Ma tinggal sendirian dan terpaksa bersusah payah sendirian. Tetapi dalam keadaan begitupun, Ma masih sentiasa memberikan sokongan, menyuruh saya supaya sentiasa berlatih bersungguh-sungguh dan mengejar impian peribadi dan misi negara.
.
Terima kasih juga kepada Ayah saya, Awang Bin Embong. Walaupun juga jarang dapat bersua, tetapi semangat Ayoh sentiasa bersama dengan saya. Ayoh adalah pesakit Dementia dan pernah diserang stroke sebelum jni. Kali terakhir ayoh datang melihat saya beraksi di Velodrome Nilai ketika itulah keadaan ayoh tiba-tiba makin merosot. Beberapa hari sebelum terbang ke Tokyo saya dapat berita Ayoh kene stroke lagi dan di masukkan ke hospital. Allah je tahu perasaan masa tu. Tetapi terima kasih kepada adik-beradik di Dungun yang menjaga Ayoh dengan rapi dan menyuruh saya memberikan tumpuan penuh kepada Olimpik ketika itu.
.
[Bersambung]
.
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#olympics #olympic
#tokyo2020 #tokyo
olympic velodrome 在 Facebook 的最佳貼文
Al-Kisah Lara Majnun
[Part 1]
.
Perjalanan menuju ke lapangan terbang Tullamarine kali ni penuh hiba. Biasanya kalau saya drive dalam 20-30 minit dah boleh sampai tapi kali ni saya bawa perlahan sangat-sangat untuk lambatkan perjalanan. Trip kali ni rasanya lain sangat-sangat dugaan dia tu. Rasa berketi-keti berat nya untuk tinggalkan anak dan isteri.
Dunia dah berbeza sekarang, bukan macam dulu lagi. Banyak benda-benda yang di luar kawalan kita berlaku sekarang dan kadang-kadang tu benda yang tak terfikir dek akal pun kerap juga kita dengari. Kalau ikutkan perasaan, pelbagai persoalan dalam benak fikiran yang samar jawapan bila nak ambil keputusan untuk terbang ni. Namun.
.
Semenjak berada di era pandemik, masa yang diluangkan hanya kepada dua perkara sahaja, latihan dan keluarga. Memang seronok boleh imbangi dua perkara ni. Pagi saya berlatih, selesai latihan saya sempat menghantar anak-anak ke sekolah dan selepas tu saya berehat sebentar sebelum ke sesi latihan seterusnya di Velodrome. Pulang dalam kepenatan tu, bila masuk ke dalam rumah dan beri salam, terdengar anak-anak menjawab dengan nada teruja dan berlari berebut nak peluk membuatkan lenyap selenyapnya penat tu wei. Selesai makan malam jadi Ustaz Aziz ajar quran dan iqra kat diorang. Selepas tu jadi Sir Aziz Cikgu Disiplin pula tengok diorang siapkan kerja-kerja sekolah. Dah settle semua tu kena jadi Ken pulak. Bukan Ken kawan Ryu dalam street fighter tapi ni Ken boyfriend Barbie tu.
.
Masyghul betul bila teringatkan satu ketika selepas solat berjemaah, si bongsu Khadeeja menangis-nangis. “I don’t want you to fly Abi, I don’t want you to leave us” tambah dia lagi “please cancel the Olympic”. Mak oih, terkejut Abi nya. Macam Abi dia ni penganjur Sukan Olimpik tuh senang-senang mintak suruh cancel macam tu je. Dalam sebak tersengih sekejap. Paling tak tahan bila si sulung Maryam pun menangis juga tak mahu Abi pergi tinggalkan mereka berbulan-bulan. Maryam ni karakter dia lebih kurang saya sikit. Agak keras dan kental. Tapi kali ni dia luntur juga. Lagilah masyghul hati ni bila tengok si emaknya pun turut serta berjemaah menangis sakan. Saya memilih untuk tidak patuh kepada emosi tetapi
.
[BERSAMBUNG]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
#RoadToTokyo #GoAzizulGold
#59