TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 39)
Memang tahun 1998 amat bermakna. Saya mendapat tawaran menjadi penasihat Shariah di Dana Oasis, Cape Town. Ini perlantikan antarabangsa saya yang pertama. Beberapa bulan selepas itu, saya diberi peluang (dibayar tiket kapal terbang) untuk bersosialisasi dengan beberapa tokoh ulamak kewangan Islam di AAOIFI, Bahrain.
Kemudian saya juga ditawarkan bersama penasihat Shariah bagi Guidance Financial di USA. Yang lebih mengujakan dapat bersama 5 orang tokoh penasihat Syariah global iaitu Sheikh Taqi Usmani, Almarhum Dr Abdul Satttar Abu Ghuddah, Dr Ali Elgari, Sheikh Nizam Yaaquby & Sheikh Yusuf Talal Delorenzo. Saya masih bersama Guidance sampai hari ini.
Yang paling kemuncak di tahun itu saya dijemput bersama penasihat Syariah Dow Jones Islamic Market Index yang beribu pejabat di New York. Ahli Syariahnya adalah sama dengan barisan ahli di Guidance. Perlantikan ini benar2 meletakkan nama saya dalam peta dunia kewangan Islam global.
Saya yang pertama dari Malaysia. Paling muda. Paling kurang berpengalaman. Kebaikannya saya kena kerja lebih kuat bagi menghampiri tanda aras mereka. Saya masih bersama Dow Islamic Market Index (DJIM) sampai sekarang.
Saya sudah mula belajar Syariah secara praktis. Minda Syariah saya mula befikir dengan frekuensi tinggi & global. Di negara sendiri, dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti & Bank Negara di tahun 1997 & 1998 masing2. Sekarang saya ada dua sayap; sayap nasional & sayap internasional.
Hati saya masih tertanya-tanya; "kenapa aku dijemput bersosialisasi di AAOFI di Bahrain?"
Pada tahun 2000, saya dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Syariah AAOIFI sehingga 2010. Ini adalah satu penganugerahan yang amat tinggi dapat bergaul dengan ulamak senior. Saya juga termuda. Ilmu & cara fikir yang saya dapat selama 10 tahun boleh bertahan sehingga 100 tahun.
Saya di Bahrain 4-6 kali setahun. Gulf Air menjadi pilihan. Gulf Hotel macam rumah kedua. Semua orang di hotel kenal saya.
Penerbangan saya semakin berat dengan tangggungjawab amanah ilmu & kepenasihatan Syariah. Saya sudah mula mengumpul boarding pass saya. Ini koleksi saya yang unik & terbaik.
MDB
peta dunia 在 Facebook 的最佳解答
Bercerita tentang kemurungan dan bunuh diri, ada dakwaan setengah pihak dari barat yang mendakwa kisah Nabi jumpa malaikat di gua waktu bersunyi diri, dan berhalusinasi konon melihat Malaikat Jibril adalah tanda kemurungan, lalu Nabi di tuduh gila.
Namun mustahil seorang yang gila mampu memimpin pasukan perang dengan cemerlang, mampu menyatukan puak yang bergaduh, mampu memyelamatkan dunia dan mengubah peta dunia selamanya, maka orang islam yakin islam itu benar, malaikat itu benar, takdir itu benar, akhirat itu benar!
Melihat kejayaan demi kejayaan Nabi Muhammad, orang kafir dah tak tuduh Nabi gila, tapi tuduh Nabi ahli sihir pulak, tuduh Al quran adalah mentera sihir, dan mukjizat adalah tindak balas sihir.
Macam macam lah tuduhan..
Jadi sempena PKP, saya jumpa video sebelum PKP masuk gua bersama anak bini, terus terigat kisah Nabi masuk gua.
https://youtu.be/y-fSctAK1Yo
Maka dalam video ini akan ada kisah kami jumpa batu berbentuk Hantu, atau jumpa lukisan pelik zaman purba kah? Dan kaji benarkan dalam gua ada aircond sebab sejuk katanya.
Namun paling penting, saya masukkan kisah Nabi bukan seorang gila dan Malaikat Jibril bukan kesan dari halusinasi, semua itu adalah mukjizat Allah, nak tahu detail, jom tonton video yang tajuknya agak pelik dan berhalusinasi:
“Jumpa Puntianak di Gua Tempurung?”
https://youtu.be/y-fSctAK1Yo
Woha!
peta dunia 在 Facebook 的最佳貼文
Nabi Khidir masih hidup?
Satu hari ada sorang ustaz bernama Khidir yang sangat awet muda nak pindah, kacak orangnya berwajah macam pelakon Aquaman, beliau ni dah hampir 10 tahun duduk area sini, tak kahwin dan banyak buat hal sendiri, seorang yang suka bercucuk tanam sebab dalam rumahnya penuh dengan pokok menjalar. Jubah dan serban kegemarannnya warna hijau, dengan janggutnya yang putih, sekali sekala nampak macam bekas kumpulan Arqam.
Bila tahu Ustaz Khidir nak pindah, saya tolong kemaskan barang dia, tak banyakpun barang yang nak di bawa, hanya satu bungkusan bersaiz kain pelikat yang di lipat, apa yang menarik, waktu kemas saya jumpa dengan Tongkat purba, saya pun buat lawak:
“Ini tongkat Nabi Musa ke Ustaz?”
“Macam mana kau tahu?”
“Nampak pelik dan unik”
“Selawat sikit waktu pegang tu, ambik berkat”
“Allahomusuluahimuhammad, ustaz ambik kat mana ni?”
“Panjang ceritanya anak muda..”
“Kejap, cincin kat tangan ustaz tu cincin Nabi Sulaiman kan?”
“Macam mana kau tahu?”
“Dah ustaz cakap ini tongkat Nabi Musa, tentu pekej dengan Cincin Nabi Sulaiman”
“Kau ni terer anak muda, baik sekarang ustaz nak tanya, nampak tak peta dunia di dinding tu?”
“Nampak, ada dua tanda merah, nak suruh saya teka ke?”
“Cuba teka?”
“Baiklah, tanda di lautan itu lokasi persembunyian Dajjal, dan tanda di daratan tu lokasi persembunyian Yakjud dan Makjud, betul tak?”
“Perghhhh, engkau ni kasyaf ke apa?”
“Bagilah hadiah sebab saya dah teka semua betul”
“Apa hadiah kau nak?”
“Saya nak ustaz cakap jujur, tak boleh bohong, atau bergurau akan soalan saya selepas ini”
“Baiklah, ustaz setuju”
“Ustaz ni siapa sebenarnya?, saya nampak tak tua tua pun, dan 10 tahun saya kenal ustaz, wajah dan badan, masih maintan macam dulu, apa rahsia?”
“Baiklah, sebab kau nak ustaz cakap jujur, ustaz ni adalah Nabi Khidir”
“Ha ha, yelah tu, tak kan Nabi Khidir cakap melayu?”
“Habis tu dah hidup beribu tahun, semua Bahasa ustaz tahu!”
“Baiklah ustaz, apa ustaz buat pada hari ini ditahun 500 masihi?”
“Baik ustaz tanya balik, apa kau buat tahun lepas di hari ini?”
“Aduh.., tak ingat?”
“Tahun lepas pun kau tak ingat, maka jangan nak terjah tanya perkara 1500 tahun yang lepas”
“Kenapa ustaz tak kahwin?”
“Nanti bini ustaz tua, ustaz masih muda, tak sanggup ustaz nak hadap semua tu”
“Jadi ustaz mampu lihat masa depan? Dan ubah takdir macam zaman Nabi Musa tu?”
“Itu Anugerah Allah”
“Ajarlah saya ustaz..”
“Nak belajar ilmu ni kena ada ilmu sabar, Nabi Musa pun tak lepas nak belajar ilmu lihat masa depan dan ubah takdir, lagi kan kau sorang pemandu keretamayat, tak payahlah”
“Okey, saya layan, kalau betul ustaz Nabi Khidir, kenapa selama ni tak tolong umat islam yang tertindas?"
“Kau ni buta sejarah ke apa? Kerja Nabi khidir bukan ubah semua takdir, rujuk zaman Nabi Musa waktu Bani Israel tertindas pun Nabi Khidir tak mampu melawan takdir, sebab dunia ni memang Allah yang atur, dan kita usaha agar berada dalam watak yang baik, janji Allah akhir zaman masjid akan sikit orang datang, Nabi Khidir pun tak boleh lawan takdir ini, tapi kita usahakan agar kita hadir ke masjid walau zaman Covid sekalipun, jadilah yang sikit sebab kita memang di akhir zaman”
“Tapi ustaz kan Nabi, patut tolonglah ubah takdir, selamatkan dunia!”
“Adohai kau ni, Nabi Adam pun tak mampu ubah takdir isterinya makan buah larangan, juga tak mampu hentikan pembunuhan anaknya. Lagi? Nabi Nuh pun tak mampu selamatkan anaknya yang lemas, Nabi Luth pun tak mampu selamatkan isterinya yang menyokong Homoseksual. Kau faham tak ni?”
“Err, tak faham, terangkan lagi, saya dengar”
“Beginilah, zaman Nabi Muhammad SAW, waktu keluarga Yasir di seksa, Bilal di palu, Khabbab di bakar, dan Sumayyah di bunuh, Nabi kitapun tak mampu waktu itu nak halang takdir yang menimpa ummat Islam, hingga Nabi sendiri dipulau ke lembah yang jauh dari kampong, dan dikenakan sekatan ekonomi, lalu bayi orang islam meninggal di atas ribaan ibu ibu yang menangis bermujahadah di jalan Allah! Kau rasa?"
“Saya rasa, ustaz berbohong konon ustaz ni Nabi Khidir, sebab tak nak bantu ummat...”
“Come on Hamka, Sejarah dah lama buktikan ketika para Nabi masih hidup, bukan setakat ummat masih teraniaya dan ditindas, bahkan ada waktunya Nabi atau Rasulnya yang kena bunuh oleh orang Kafir, rujuk kisah Nabi Zakariya di gergaji, Nabi Yahya di pancung!”
“Lalu..?”
“Lalu.., janganlah kamu harap Nabi Khidir nak tolong ubah takdir ummat islam, jika ummat islam sendiri tak nak ubah takdir mereka, kerana janji Allah, kitalah yang boleh ubah nasib kita, bukan Nabi Khidir atau siapa siapa”
“Saya tak faham?”
“Usahkan kau, Nabi Musapun waktu ikut Nabi Khidir, tak faham dan tak sabar, ingatlah ilmu kamu sangat cetek dengan Ilmu Allah, Nabi Musa sendiripun pelik bila tengok Nabi Khidir lubangkan sampan orang miskin, lepas tu di kampung orang biadab, di baiki dinding rosak, dan lepas tu bunuh kanak kanak”
“Sebab ustaz mampu tengok masa depan?”
“Itu Ilmu Allah bagi pada Nabi Khidir, dan kau tak perlu faham, sebab kau Ummat Nabi Muhammad, kau follow jer Al quran dan Sunnah serta ulamak, InsyaAllah, ustaz nak cepat ni, air dah nak pasang”
“Kejap ustaz, kenapa ustaz tak jumpa nabi Muhammad?”
“Jika ustaz jumpa kenapa nak kena bagitahu?, ustaz ada ziarah kubur Nabi, Saidina Ali Nampak ustaz dan terus kenal siapa ustaz sebab Saidina Ali Ilmunya luas, lepas tu dekat kaabah, ustaz ada borank dengan Saidina Ali, lepas zaman tu, ustaz juga pernah jumpa dengan Umar Ibnu Aziz, Abu Zuura ustaz jumpa dua kali, waktu dia muda dan waktu dia tua, terkejut dia tengok ustaz kekal muda”
“Sembang dengan fakta ni ustaz, jadi akhir zaman nanti ustaz akan bertemu Dajjjal dan sihirnya tak mampu bunuh ustaz?”
“Itu Ilmu Allah, ustaz tak perlu cerita detail sebab tak wajib untuk kamu tahu ilmu ustaz khidir”
“last ustaz, saya nak tanya, mana satu betul? akidah Asyaari atau akidah Wahabi?”
“Ustaz tak nak campur urusan akidah kamu, sebab Agama islam sudah sempurna, bermakna setiap masalah tak perlukan campur tangan Nabi, ummat ini mampu bermuzakarah dan berpakat pada perkara kebaikkan, ambil lah fatwa dari hati yang bertakwa, sungguh perbezaan pendapat itu rahmat selagi tak bertentangan dengan Akidah dan Fekah”
“Eh? Ustaz nak ke mana tu?”
“Ustaz nak belah laut dengan tongkat Nabi Musa ini”
“Kejap ustaz, katakan ini semua dusta, saya nak call pejabat agama cakap ustaz mengaku nabi Khidir dan buat ajaran sesat!”
“Ha ha, saya tak mengajar siapa siapa, kalau kau tak percaya kau tengok ni”
Terus ustaz tu baling tongkat ke arah laut, sebab rumahnya berdekatan dengan laut, tapi tiada apa apa yang berlaku, saya cemas menunggu laut terbelah, suasana sunyi sepi, hanya kedengaran ombak mengempas pantai.
Tiba tiba datang orang gila berpakaian ala ala Din Beramboi, dan berkata:
“Hamka, dan nak magrib ni, speaker surau rosak, kau kan pandai elektronik?, Imam Sufi Sufian sebut sebut nama kau tadi, baik kau cepat”
Saya menoleh pada ustaz yang mengaku Nabi Khidir dan bertanya, tak nak solat Jemaah sekali ke?
“Saya dah niat musafir, kau pergi dulu”
“Tapi ustaz, tolonglah tarik balik dakwaan ustaz tu Nabi khidir, tak boleh tidur saya malam karang”
“Ha ha, kau yang mulakan dulu, tongkat Nabi Musalah, cincin Nabi Sulaiman lah, ustaz ikut game kau, kan dah terkena”
“Tapi kata kata ustaz tadi masuk akal”
“Benda boleh Google di internet, kau pergilah dulu, satu kerja pulak ustaz nak cari tongkat yang dah baling tadi”
Saya pun bergegas ke masjid, baiki speaker, lepas tu masuk waktu magrib, solat semua, tiba tiba lepas isyak, orang gila berpakaian macam Din Beramboi datang bagi surat, katanya dari Ustaz Khidir.
Saya baca:
“Ustaz Khidir pergi dahulu duhai hamka, Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan. Janganlah pula apabila kamu melakukan kekhilafan, berputus asa dengan kekhilafan yang telah dilakukan itu. Menangislah disebabkan kekhilafan yang kamu lakukan, wahai Hamka keretamayat, Jumpa lagi lain kali.
Sedih pula baca ayat dari ustaz Khidir, rupanya itu hari terkahir saya jumpa dengan ustaz Khiddir, waktu baca surat itu Din beramboi masih ada di sebelah saya, terus saya pun Tanya:
“Magrib tadi, ustaz Khidir ke mana?”
“Ustaz cari tongkat tepi pantai”
“Jumpa tak?”
“Jumpa....”
“Lepas tu ustaz Khidir buat apa?”
“Lepas dah jumpa, tiba tiba Tongkat tu jadi ular besar, dan Ustaz Khidir naik Ular raksasa tu dan masuk dalam laut”
Woha!
SEKIAN.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ps: Adakah Nabi Khidir masih hidup? wallahualam, hanya Allah yang mengetahui. Namun Cerpen ini hanyalah rekaan semata mata, tiada kena mengena dengan mana mana bakal mayat atau yang dah jadi mayat, namun dialog bab agama dipetik dari Al quran dan hadis adalah benar. Kesimpulannya, jika orang gila tu berbohong, maka tertipulah kiter. Woha!
iklan sikit:Jom belajar hafal yassin dan jom jadi ejen ebook dengan komisyen 50%, klik sini: https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/order/form/yasin/hamka