13 Tips untuk menghasilkan barang hantaran yang nampak Grand dengan bajet yang minima.
Anda bakal bertunang atau bakal bergelar pengantin baru tidak lama lagi? Sedang mencari idea untuk hantaran?
Jom kami kongsikan tips memilih barang hantaran sebagai panduan untuk anda.
1. Berapa bajet anda untuk hantaran?
Sebelum apa-apa, anda dan pasangan perlu tetapkan berapa bajet maksimum yang akan diletakkan untuk barang hantaran. Meletakkan bajet adalah sangat penting supaya anda tak terlebih berbelanja akibat terlalu curiga. KAlau terlebih belanja untuk membeli barang hantaran, dikhuatiri akan menjejaskan bajet untuk perkara lain.
Bagi memudahkan anda merancang kewangan, asingkan bajet bagi tiga perkara utama ini:
i) Bajet untuk dulang
ii) Bajet untuk gubahan dulang serta upah penggubah dulang
iii) Bajet untuk barangan hantaran yang akan diletakkan di atas dulang
2. Berapa jumlah dulang nak disediakan?
Dah ada bajet, bolehlah anda tetapkan pula berapa jumlah dulang hantaran yang nak disediakan. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil. Jika pengantin perempuan bercadang untuk memberi tujuh dulang sebagai hantaran untuk pihak lelaki, selalunya pihak lelaki akan membalas dalam jumlah yang kurang sedikit daripada itu, biasanya lima dulang.
3. Apakah warna & tema majlis anda nanti?
Tip penting dalam memilih barang untuk dulang hantaran adalah memilih konsep majlis dan tema warna terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan daripada lari konsep di antara barang anda serta konsep keseluruhan majlis.
Contoh konsep majlis dan tema warna yang mungkin sesusuai untuk anda:
🌸Konsep Klasik Tradisional Melayu🌸
Warna yang sesuai adalah emas di raja, ungu manggis, hijau gelap, dan merah gelap (maroon). Lazimnya hiasan dulang akan merangkumi tepak sirih tradisional, bunga paha, bunga telur, dan hiasan bunga segar.
🌸Konsep Perkahwinan Inggeris🌸
Warna yang sesuai adalah warna-warna pastel seperti putih, biru, kuning, merah jambu, dan hijau. Semuanya di dalam tona warna lembut. Hiasan dulang pula adalah seperti bunga hydrangea, lily, pot pori, kek cawan, atau dulang moden seperti kaca atau dulang putih
berenda bunga.
🌸Konsep Perkahwinan santai🌸
Bagi konsep perkahwinan ini, pilihan warnanya adalah lebih banyak. Cadangan hiasan dulang pula adalah seperti alas dulang bantal, kayu palet atau pun sponge.
4. Jangan lupa masukkan barang adat dalam senarai hantaran
Jangan lupakan barang adat seperti sirih junjung, bunga rampai, Al-Quran, sejadah, dan telekung solat yang menjadi adat kita orang melayu. Kurang manis majlis nanti kalau takde barang adat atas dulang hantaran.
5. Senaraikan barang hantaran yang perlu dibeli
Sebelum anda mula membeli-belah, sediakan senarai barang hantaran yang perlu dibeli. Senarai ini merangkumi barang hantaran dan aksesori hiasan dulang untuk gubahan. Takde idea untuk hiasan dulang? Kalau ada bajet, anda boleh upah sahajaorang lain untuk gubahkan. Kalau tak, anda boleh cari idea dari majalah pengantin atau google sahaja.
6. Beli barang hantaran semasa jualan murah
Jom kami kongsikan tips paling ‘Awesome’. Nak beli barang untuk hantaran? Beli sewaktu ada jualan murah. Biasanya sempena jualan murah, anda akan dapat diskaun yang banyak. Tak perlu risau, ada banyak jualan murah di Malaysia.
Jualan akhir tahun, jualan sempena hari raya, jualan sempena deepavali, jualan sempena tahun baru cina, jualan sempena krismas. Anda boleh beli sedikit demi sedikit. Tak semestinya kena beli sekali gus.
7. Masukkan Barangan Wajib Hantaran
Antara barangan wajib dan klasik yang tidak patut anda tinggal adalah:
✅ Tepak sirih
✅ Tapak cincin
✅ Kotak mas kahwin/hantaran
✅ Sepasang telekung/ mushaf Al-Quran/sejadah
✅ Makanan seperti kek, coklat, dan buah
Barangan di atas telah dimasukkan di dalam senarai gubahan dulang sejak turun-temurun, maka moleklah anda memasukkannya juga untuk dulang anda. Ianya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!
8. Jangan Berlebih-Lebihan
Tips memilih barang hantaran perkahwinan seterusnya yang ingin kami kongsikan dengan anda adalah jangan berlebih-lebihan. Dulang hantaran hanyalah secebis daripada keseluruhan majlis perkahwinan anda. Ada banyak lagi kos lain yang perlu difikirkan.
9. Elakkan terlalu banyak dulang
Kalau boleh elakkan dulang hantaran yang banyak kerana nanti, anda perlukan lebih ramai ‘dulang girls’ untuk memegang dulang anda, bermakna makin ramai kawan/sahabat anda perlukan untuk memegang dulang anda. Sekiranya baju-baju dulang girls ini anda kena sponsor, maka bertambahlah bajet yang perlu anda belanjakan.
Takkan 3 dulang girls yang lainnya mak cik- mak cik yang pegangkan dulang anda, tak cantik pula dalam gambar kahwin nanti!
10. Sesuaikan barang dengan dulang
Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan dulang yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz dulang jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih dulang dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
11. Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki
⚜️Sirih Junjung
⚜️Kemeja/Seluar
⚜️Beg duit/Tali Pinggang
⚜️Al-Quran Biasa/Digital
⚜️Sejadah
⚜️Jam Tangan
⚜️Set minyak wangi/Barangan peribadi
⚜️Kasut
⚜️Buah-buahan
⚜️Kek/Kek Cawan
⚜️Coklat
⚜️Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
12. Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
💝Mas kahwin/Duit Hantaran
💝Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
💝Tepak sirih
💝Al-Quran Biasa/Digital
💝Sejadah
💝Potpuri/Bunga Rampai
💝Jam tangan
💝Kasut
💝Telekung
💝Beg Tangan
💝Set wangian /Barang mekap
💝Buah-buhan
💝Kek/Kek Cawan/ Coklat
13. Idea jenis & jenama yang boleh anda beli untuk hantaran
👔Set pakaian
Baju Kemeja Crocodile, Polo, Tommy Hilfiger
Baju Wanita Gucci, blouse, seluar pants, night dresses
💅🏼Set alat makeup
Set barang makeup Mac, Brown, etc
💍Set minyak wangi
Giorgia Armani, Polo, Hugo Boss: barang hantaran untuk lelaki
Victoria Secret, Body Shop, Clinique, DKNY: barang hantaran untuk perempuan
📱Set barangan elektronik
Barangan Apple seperti iPhone, iPad, Macbook, etc
Barangan Samsung seperti Galaxy S7, Galaxy Edge, etc
🖥Laptop seperti Dell, HP, Lenovo, etc
📸Kamera seperti Nikon, GoPro, Sony, Polaroid
Set mas kahwin
Cincin/barang kemas
Cek hantaran kahwin
Buku mas kahwin
Emas dinar/jongkong emas
Set pakaian sukan
Kasut Adidas, Nike, Puma, Reebok
Topi
Set sembahyang suami isteri
Telekung Siti Khadijah, Kain Pelekat Gajah Duduk
Mushaf Al-Quran/sejadah
Kain meter untuk baju kurung /baju melayu
Kain sampin songket
Set makanan
Cupcakes, kek Secret Recipe
Buah seperti epal, buah naga, anggur, oren, pear
Coklat Cadbury, Hersheys, Toblerone, Kinder Bueno
Kredit: Pinterest, Wedpedia
「senarai barang hantaran kahwin」的推薦目錄:
- 關於senarai barang hantaran kahwin 在 Pai Syahira Facebook 的精選貼文
- 關於senarai barang hantaran kahwin 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於senarai barang hantaran kahwin 在 Senarai Barang Hantaran Perkahwinan - YouTube 的評價
- 關於senarai barang hantaran kahwin 在 Senarai Barang Hantaran Perkahwinan Yang Ringkas! 的評價
senarai barang hantaran kahwin 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Berborak dengan beberapa kenalan penulis yang sudah berumah tangga, mereka menasihatkan jika belum cukup duit atau memang tiada wang untuk berkahwin, jalannya hanya satu. Perlu membuat perancangan rapi dan disiplin tinggi untuk capai keinginan. Sebaik-baiknya rancang persediaan kahwin lebih awal dan jangan lupa, wujudkan sedikit simpanan setiap bulan untuk hidup selepas majlis kahwin nanti. Ini adalah antara cara untuk anda elakkan daripada buat pinjaman wang untuk berkahwin.
Mula lebih awal
Kepada pasangan muda ingin berkahwin, dinasihatkan semak cara perbelanjaan setiap bulan. Adakan senarai keperluan. Seeloknya bincang bersama-sama pasangan dan tetapkan tempoh sesuai. Bagi yang belum ada pasangan, jangan ambil mudah. Tak semestinya tiada pasangan ketika ini, anda akan berkahwin kelak, jadi isu ini juga berkaitan dengan anda.
Rahsianya, mulakan lebih awal. Berbincang mengenai majlis, wang simpanan atau apa saja berkaitan perlu dilakukan awal untuk elakkan masalah kemudian hari. Jika dilakukan saat akhir, situasi akan jadi kelam-kabut dan aturan kewangan juga terganggu.
Kaedah menyimpan wang sebenarnya ada 1001 macam cara, yang utama adalah disiplin dan kita tahu apa kemahuan diri. Sebaik-baiknya, mulakan amalan menabung daripada dapat gaji pertama. Perlu diingatkan, menyimpan wang bukannya untuk dihabiskan buat kenduri kahwin, tetapi bermacam-macam lagi kegnaannya.
Perempuan jangan lepas tangan
Selalunya kalau berbincang isu kahwin dan kumpul duit, orang akan fikir ia tanggungjawab lelaki, tapi hakikatnya beban ini perlu ditanggung bersama-sama. Memanglah ada duit hantaran, tapi perlu diketahui bukan semua keluarga gunakan duit terbabit untuk tanggung kos kenduri. Duit hantaran untuk menampung sedikit sebanyak kos itu ini dalam majlis resepsi.
Ada juga kisahnya duit hantaran diberi terus pada anak perempuan selepas kenduri atau dibahagi sama rata dengan mak ayah. Jadi kesimpulannya, si gadis juga perlu bebankan otak jangan hanya biarkan si jejaka ‘kacau kepala’.
Pengalaman mendirikan rumah tangga dikongsi Nur Nasirah Maulod, 23, yang berkata, zaman sekarang memang perlu berkongsi apa saja untuk hidup terutama babitkan isu kahwin. Katanya, dia dan suami sama-sama menabung untuk berkahwin.
“Kalau cuma biarkan lelaki yang keluarkan duit untuk belanja kahwin memang susahlah. Bayangkan nak adakan majlis kahwin di kedua-dua belah pihak, sekurang-kurangnya perlu ada RM25,000 untuk taraf sederhana.
“Sebagai perempuan, kita impikan perkahwinan yang cukup untuk tinggalkan kenangan indah. Tak perlu berbelanja mewah, cukuplah dengan bajet yang ada. Untuk majlis kahwin sebelah saya, saya gunakan wang sendiri selain dibantu dengan duit hantaran. Secara tak langsung dapat ringankan beban lelaki,” katanya.
Kerja ‘part-time’
Untuk yang bekerja makan gaji, boleh jana pendapatan dengan buat kerja sambilan (part-time). Sudah diketahui 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, oleh itu apa salahnya berniaga kecil-kecilan untuk tambah wang tabung kahwin.
Mungkin persoalan di mana nak dapatkan modal, tiada pengalaman, tak cukup masa dan sebagainya akan buatkan fikiran terganggu sama ada mahu teruskan misi mencari duit lebih, namun jawapannya perlu tekad untuk memperoleh sesuatu.
Contohnya, mulakan dengan menjual barang peribadi yang belum atau sudah dipakai. Lelong barang dengan harga jualan terpakai mungkin boleh menarik minat pembeli. Hasilkan kek cawan menarik bagi mereka yang suka memasak, sandwic dijual di pejabat atau kerepek dapat tingkatkan duit tabungan. Selain itu, kerja di kedai serbaneka 24 jam, pam minyak atau menjadi jurujual sementara juga dapat membantu. Cuma perlu aturkan masa dengan bijak supaya rasa letih berkurangan.
Menabung bersama
Tip untuk elakkan pasangan muda buat pinjaman perkahwinan, anda boleh menabung bersama-sama. Jika masih belum mencukupi ataupun gaji di paras sederhana, cuba rancang perkahwinan ikut kemampuan.
Diakui Mohd Syazwan Mohamed Shah Affendi, 26, yang menjelaskan jika kebanyakan pasangan muda memilih untuk membuat pinjaman wang perkahwinan, dia lebih senang berusaha lebih dengan menabung.
“Sebolehnya saya tak mahu buat pinjaman, oleh itu saya hadkan masa dua tahun untuk menabung. Saya mula menabung pertengahan tahun lepas (2012) dan bercadang untuk adakan majlis pada Mei tahun depan. Saya dan pasangan peruntukkan kurang lebih RM1,000 untuk simpan setiap seorang.
“Mungkin kedengaran jumlahnya banyak, tapi perlu disiplin kalau betul-betul nak kahwin. Bajet perkahwinan kami sekitar RM50,000 untuk kedua-dua pihak, sebab itu kena berusaha lebih, kerja keras sikit nak capai sasaran. Bayangkan lebih kurang RM2,000 sebulan mungkin dalam tempoh 24 bulan kami dapat kumpul RM48,000, tambah sikit duit tabungan yang lain. Insya-Allah, boleh. “ katanya.
Katanya, bagi mereka kurang mampu menabung dalam jumlah tinggi mungkin boleh mulakan dengan RM500 sebulan. Tapi ia perlukan dilakukan kedua-dua belah pihak. Jika mengharapkan sebelah pihak, mungkin hasrat untuk berkahwin perlu dilanjutkan lagi.
Tahan nafsu
Semua orang sukakan barangan berjenama, kalau boleh setiap kali gaji masuk pastinya tas tangan baru ditambah dalam koleksi sedia ada. Tapi perlu diingatkan, mahukan sesuatu berjenama, berkualiti, harganya juga setanding dengan gaya. Waktu ini perlu tahan nafsu dan sentiasa ingatkan di kepala, anda perlu menyimpan wang untuk berkahwin.
Kurangkan janji temu pada setiap hujung minggu. Memanglah sebolehnya kita mahu menghadap muka kekasih 24 jam tetapi anda perlu tahu, setiap kali melangkah keluar dari rumah, akan ada wang mengalir keluar daripada dompet. Pertimbangkan hal ini!
Pada zaman moden serta kecanggihan teknologi serba baru ini, seperti ada tarikan magnet untuk membeli gajet terbaru di pasaran. Duit bonus belum dapat tapi sudah terbayang gajet terkini dalam genggaman. Mudah saja, kurangkan ambil tahu perihal gajet dan jadikan diri anda seorang yang ketinggalan zaman. Hanya untuk sementara waktu saja, ini semua untuk kepentingan masa depan.
Jika tinggal di rumah sewa, kurangkan makan di luar. Dan lebih berkesan kurangkan menjamu selera di restoran mewah, lebihan duit makan tengah hari boleh dimasukkan dalam tabung dan pada sebelah malamnya, masaklah sesuatu untuk kenyangkan perut.
Bermacam-macam lagi tip untuk pasangan muda bina mahligai impian tanpa perlu buat pinjaman. Sesiapa saja sebolehnya mahu elak untuk meminjam wang, tetapi keadaan ada kalanya memaksa. Mungkin dengan ubah cara hidup buat seketika, lebih berdisiplin dan menabung dengan aktif dapat merealisasikan hasrat anda. Apa salahnya tahan tekanan buat sementara, asalkan dapat senyum lebar di kemudian hari.
Kredit : http://www.hmetro.com.my/
senarai barang hantaran kahwin 在 Senarai Barang Hantaran Perkahwinan Yang Ringkas! 的推薦與評價
Mar 12, 2017 - Dapatkan senarai barang hantaran perkahwinan yang ringkas untuk rujukan. Tak perlu yang mahal-mahal, asalkan cukup untuk memenuhi adat. ... <看更多>
senarai barang hantaran kahwin 在 Senarai Barang Hantaran Perkahwinan - YouTube 的推薦與評價
Kami senaraikan barangan hantaran yang sesuai diberi semasa majlis pernikahan. Baik hantaran adat atau hantaran hobi, semua ada! ... <看更多>