Zaman kanak kanak dulu Bila tiba bulan puasa, dimulai dengan solat tarawih, bilal akan berselawat, dan budak budak akan menjawab selawat ke atas Nabi dengan penuh meriah.
Zaman tu zaman 20 rakaat, tapi budak budak belum lapan rakaat dah turun main Meriam buluh, main galah panjang, main lilin, main bunga api, main kejar kejar, dan macam macam lagi sebab masa tu orang tua sibuk bertarawih, jadi sambung main di malam hari bersama kawan kawan sebab siang habis dengan aktiviti baca komik gila gila atau kungfu cina, tidur, dan mandi air telaga, al maklumlah puasa.
Dalam sibuk bermain, memang ada kawan penjaga masa yang mana waktu solat witir bermakna kami kena masuk saf, kami pun masuk dan solat satu rakaat.
Lepas witir imam akan baca doa berjemaah, dan hujung sekali imam akan baca niat puasa dengan kuat agar budak budak dapat ikut.
Waktu sahur ada geng kejut sahur sebab zaman dulu mungkin sunyi sikit, tapi tempat kami, waktu imsak di kejutkan dengan bunyi meriam betul, tak percaya tanya orang kuala Terengganu. Masuk waktu berbukapun guna meriam.
Kata orang tua, zaman dulu mana ada speaker untuk azan, jadi bunyi meriam dua kali di awal subuh adalah untuk imsak dan subuh, manakala magrib meriam berbunyi satu kali.
Lepas tu ada sambutan nuzul al quran, ada malam tujuh likur dan sebagainya, yang bagi bidak budak meriah sangat sebab orang pakat hias lilin di beranda rumah masing masing. Budak budak dan api lilin, oh.. macam macam permainan mereka boleh cipta.
Tiba hari raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru, bermaafan, makan sedap sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, ziarah kubur, dan lain lain.
Tapi itulah, sekarang dah PKP, semua tu kita nak buat kat rumah. Jadi jom melafazkan niat puasa di malam hari baik dengan berjamaah maupun sendiri-sendiri dengan kuat walaupun ada yang kata ini bidaah yang hasanah, tapi bagus apa imam lafaz kuat biar anak anak boleh niat puasa esok, orang tua yang lupa pun boleh niat sama, benda common sense tak perlu nak bidaah sangat.
Lepas tu jika ada ustak wahabi bagitahu bidaah solat tarawih 20 rakaaat, hadis riwayat Aisyah bagitahu nabi solat 11 rakaat sajer, siapa tambah tak ikut sunnah bagai.. aduh.
Pulak dah, Saidina Umar yang buat 20 rakaat sebab ada dalil Nabi pernah buat lebih walau bukan seluruh malam, dan kata Saidina Umar, inipun bidaah hasanah, kat Mekah pun buat 20 jugak, jadi semua boleh buat.. 20.. 8.. kat rumah korangkan? Takde siapa nak halang.
Lepas tu jika dalam rumah korang ada anak korang yanv berguru dengan ustak wahabi lalu berkata selawat salawat ke atas Nabi Muhammad SAW lepas solat sunat tarawih bidaah, Nabi tak buat lepas solat tarawih dengan berselawat macam geng surau buat, amalan bidaah ni sesat jika di istiqamahkan.
Adohai, lepas solat, ikut koranglah nak buat apa pun?, nak berdoa, nak berzikir, nak berselawat, apa masalahnya? Nak buka phone main FB, main spinner atau nak buang tahik cicak pun apa salahnya? Dah lepas solat kan?
Eh? Ustak wahabi tak setuju, lebih baik diam katanya, jangan tambah tambah bab agama, bidaah ni haram, selawat lepas solat tarawih tu haram sebab Nabi tak buat! Takde hadis pun Nabi berselawat antara solat tarawih! Bidaah semua tu!
Aduh..
Please jangan sempitkan fatwa dengan satu hadis sahaja, padahal banyak lagi hadis lain yang boleh sandar bab nak bersalawat lepas solat ni, rujuk kisah waktu Nabi naik mimbar, maka malaikat Jibril datang dan berdoa:
“Celakalah seseorang yang jika disebut nama Nabi Muhammad SAW namun dia tidak berselawat kepada Nabi” dan Nabi aminkan,
Hadis ni ada dalam bab bulan puasa, macam tahu-tahu kan memang akan ada orang yang sengaja tak nak selawat pada Nabi bila tiba bulan puasa. Adohai...
Lepas tu bab menetapkan waktu imsak, bidaah jugak katanya, lagi lagi guna meriam macam di Terengganu tu, ganggu orang tidur dengan meriam tu salah! kata ustak wahabi lagi tak perlu berhati hati nak bersahur di waktu imsak, sebab boleh makan lagi jika dah azan subuh, lepas tu bagi dalil ada sahabat makan waktu bilal sedang azan, padahal di Madinah, mereka azan dua kali, azan pertama oleh bilal di waktu lebih kurang imsak, dan azan kedua baru untuk masuk waktu subuh, jadi logic lah orang makan sahur lagi di azan pertama.
Lepas tu akhir bulan puasa dan pagi raya juga dikatakan haram ziarah kubur sebab bidaah pergi tarikh tu, haram jugak berdoa depan kubur, sebab jika baca doa depan kubur, bermaka sembah kubur. Ikut logic ustak wahabi lah ni, bermakna doa depan makanan sembah makanan, doa depan FB, sembah FB? Doa jimak depan bini sembah bini? gitu ke?
Banyak lagi yang di bidaahkan haram oleh ustak wahabi, seperti sambut nuzul alquran atau sambut tujuh likur tu haram, puji empat khalifah waktu tarawih 20 rakaaat pun haram, takbir raya rumah ke rumah, berzanji rumah ke rumah semua tu haram sebab bidaah.
Pasang lilin dituduh tiru hindu, pasang lampu kelip kelip di tuduh tiru kristian, orang nak deco rumah pun di bidaah haram. adohai..
Padahal Bidaah ada yang Hasanah dan ada Bidaah Dholalah.
Tapi itulah, ustaz wahabi tak paham dengan istilah bahasa arab ini walaupun dah ramai ustaz ulamak di jabatan agama dah terangkan seperti:
Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah dikira sebagai bidaah sesat, manakala Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi al-Quran dan sunnah adalah perkara baru yang tidak sesat.
Dah berbuih buih mulut ustaz-ustaz tu terangkan tapi tak faham jugak korang ni.
Bidaah hasanah adalah merujuk kepada mereka yang menggunakan alasan agama untuk perkara baik, dan perkara baik itu pula Nabi tak pernah buat. Kalau nabi pernah buat itu bukan Bidaah Hasanah, itu Sunnah.
Contoh macam sambut Nuzul Al quran, memang Nabi tak pernah buat, tapi perkara tu tak harampun, dan bagus untuk orang datang dengar ceramah jika PKP dah berakhir, ada makan free, lagi bagus dapat cuti free jika dah kerja, simple sahaja.
Yang perlu kita faham, perkara tersebut, tinggal tak berdosa, buatpun tak berdosa selagi tak bercanggah dengan Al quran dan hadis, dan boleh dapat pahala pula jika cukup syarat syaratnya.
Tapi, (ada tapi tu..,) apa yang saya rasa, atau apa yang saya faham, akan kenapa ulamak ulamak terdahulu, seperti Imam Syafee dan lain lain, melebelkan perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah Mahmudah, atau lain lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada lebel itu, maka, pada pendapat saya yang hina dan banyak dosa ini…
Ulamak melebelkan amalan tersebut dengan istilah: BIDAAH HASANAH adalah supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat), Cuma ianya bagus. Kat situ Nampak murninya ulamak terdahulu yang tak sewenang wenang kata ini Sunnah!
Tapi korang ulamak dah lebel bidaah Hasanah, korang nak tukar pada Bidaah Haram pulak.
Baca Al quran ada baris ni bidaah hasanah korang tahu tak? Mampu ke baca Al quran takde baris macam zaman Nabi?
Nasihat saya, orang yang nak guna alasan ugama (baca: Bidaah Hasanah) untuk perkara baik yang Nabi tak pernah buat, tak perlu kita serius sangat, nak letak hukum pada mereka sekian sekian, masuk neraka itu bukan kerja kita, dakwahlah mereka dengan lemah lembut itu yang terbaik, fahamkan mereka tentang sunnah dan kepentingan ikut sunnah, lebih penting nun terang terang orang buat dosa, jangan membisu, pergi dakwah mereka macam orang tabligh buat. InsyaAllah.
Tapi sekarang semua dah kena PKP maka marilah kita ajar ahli keluarga kita tentang sunnah dan bidaah hasanah.
Selamat berpuasa. Semoga Woha sampai syurga.
I rest my case. Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「waktu imsak hari ini」的推薦目錄:
- 關於waktu imsak hari ini 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於waktu imsak hari ini 在 Coach Anuar Facebook 的最佳解答
- 關於waktu imsak hari ini 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
- 關於waktu imsak hari ini 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於waktu imsak hari ini 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於waktu imsak hari ini 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
waktu imsak hari ini 在 Coach Anuar Facebook 的最佳解答
Apakah proses AUTOLISIS ni sebenarnya?
.
Autolisis ni satu sistem automatisasi dalam tubuh yang memformat sistem badan ke keadaan yang ideal. Macam laptop, iphone pun kena format bila dh berat sgt! Kereta pun kena service. Macam tu juga badan manusia.. badan pun kena overhaul jugak. Ianya proses semulajadi..
.
Kalau kita lihat semua makhluk hidup di bumi pun mengalami proses autolisis ni:
.
- Pohon berpuasa dengan menggugurkan daun.
- Rumput dan biji berpuasa dengan berhenti tumbuh (dorman).
- Beruang berpuasa selama musim dingin.
- Buaya berpuasa (aestivasi) selama musim panas.
- Ikan paus dan burung berpuasa ketika bermigrasi.
- Ikan salmon, pinguin, berpuasa ketika musim kawin.
- Kuda, kucing, berpuasa ketika terserang penyakit hingga sembuh.
.
Autolisis juga dikenali sebagai 'self digest' atau 'self healing' iaitu program penyerapan makanan untuk mendapatkan tenaga dan nutrisi, melalui siri proses pembakaran sel-sel tubuh dalam mekanismenya. Dan proses sel membaiki dirinya sendiri menggunakan bahan mentah dari zat makanan yg kita berikan dgn mencukupi dan berkualiti.
.
Autolisis akan membaiki dan membuang sel-sel rosak, sel sel mati, benjolan hingga tumor serta timbunan lemak yang sering menjadi sarang zat beracun (toksin didalam badan) juga dikenali sebagai proses DETOKSIFIKASI.
.
Proses autolisis bermula selepas 2-3 hari berpuasa semasa tubuh kita mula mengeluarkan bahan-bahan sisa metabolik yang tak diperlukan lagi. Selalunya kita boleh lihat dari kelesuan dan rasa mengantuk pada awal puasa kita.
.
Macam mana nak atasi? Ini panduannya..
➡ Rehat mencukupi dan berkualiti
➡ memilih menu makanan yg baik ketika sahur dan berbuka
➡ minum cukup air selps waktu berbuka hingga imsak
.
Ketika kita berpuasa, darah akan dipenuhi tenaga dan nutrisi yang sihat, sel akan diganti dengan sel yang baru yang lebih sihat. Setiap 10 hari, sel badan akan bertukar dengan lebih baik. Jadi, pentingnya memilih jenis makanan bersahur dan berbuka. Pilihlah makanan yang bernutrisi dan berzat. Kalau hari-hari makan makanan berminyak , dan ikut saja kehendak nafsu mmg kita tak dapat nikmati proses tersebut dgn maksima.
.
AUTOLISIS
.
Bila kita berpuasa dan berniat... rahsia besar :
▪sistem badan automatik format keadaan tubuh ke paras ideal
▪tahu keadaan sihat setiap sel dan jumlah ideal sel tubuh
▪menghapus sel-sel liar atau radikal bebas
▪hilangkan sel-sel rosak, yang mati dan benjolan tumor
▪membakar timbunan lemak
▪pembaikan sel rosak, penggantian sel mati, pembentukan sel baru maka penyakit mudah disembuhkan
.
KESAN AUTOLISIS (ANDREA WYLER)
▪10 hari pertama memperbaharui 10% sel-sel tubuh manusia
▪10 hari berikutnya memperbaharui 66% sel-sel tubuh
▪10 hari terakhir memperbaharui 100% sel-sel tubuh secara keseluruhannya
.
Mula merancang plan makanan ketika puasa nanti. Jadikan Ramadhan 2017 your best year ever! not only amal, tapi kesihatan dan bentuk badan juga. 😍💃
.
InshaaAllah dalam Program #misikurus21hari edisi Ramadan ini kita akan sama2 manafaatkan peluang ini.
.
Siapa bersemangat utk dpt hasil maksima Ramadan kali ini kata 'SAYA' 🙋🙋
.
Silakan TAG/SHARE info ini. T. Kasih
waktu imsak hari ini 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Orang perempuan walaupun badannya kecil, tapi tenaganya luar biasa, hari ni last puasa, dan dia tak pernah miss masak berbuka dan bersahur.
Lebih dari itu, tak pernah miss pastikan anak anak lelaki semuanya solat berjemaah, sahur akan sengaja dilewatkan jam 5 pagi agar anak semua tak tidur lepas subuh, habis gosok gigi dan minum air masak, waktu itulah waktu imsak.
Baju solat semua dia dah siapkan, begitu jugak lepas berbuka, suruh semua anak anak masuk dalam kereta untuk solat berjemaah.
Solat waktu lain tak payah ceritalah sebab dua waktu tu yang paling mujahadah, magrib waktu kenyang, dan subuh waktu kenyang plus mengantuk, pun berjaya puan bini susun agar anak anak lelaki semua solat berjemaah, dah tentulah akupun kena susun sama dalam menjayakan misi rumahku syurgaku.
Jadi hari ni aku tanya: "apa rahsia awak, sangat kuat dan bersemangat buat semua ini tanpa penat?"
Jawap Bini:
"cinta.., cinta Allah, cinta abang"
Wow, habis tu bila awak penat?
"Bila cinta, penatpun seronok, tapi jika tak cinta, tak buat apa-apapun penat"
Terus aku berdiri, buat tabik dan kagum dari dekat. Dalam hati aku berdoa:
Oh Tuhan.., panjangkanlah umurnya, biarkan umurku lebih pendek dari umurnya....
Kerana aku tidak mahu penat merinduinya sewaktu dia tiada kelak.
Sob..sob..