MAAFKAN IBU SAYANG.... #HBLOW JADI PUNCA IBU HILANG SAYANG...... 🙁
Saya Aliya, sejak kecil sampailah besar... saya sentiasa elakkan makanan seperti sayur & buah buahan sebab tak suka. Kalau telan rasa nak muntah. Kalau order makanan panas, saya akan asingkan dulu semua sayur termasuk bawang putih dan barulah saya makan.
Pendek kata.. semua jenis makanan berkhasiat saya susah nak telan. Ya.. salah saya.
Supplement pun saya tak ambil sebab tak ada ilmu mengenai kepentingannya.
.
.
Ini pengalaman kehamilan saya disebabkan tak concern mengenai ini semua.
.
.
Saya menghidap HB Low disebabkan lifestyle saya yang tak teratur selain penghidap thalassaemia. Seperti wanita lain, ketika kita disahkan hamil, keindahan & kebahagiaan tu jelas terasa. Tak sabar rasanya nak rasa denyut nadi dalam rahim ni.
.
.
Saya & suami saya plan macam macam untuk anak kami. 😊 Kami plan nak masukkan anak kami ke sekolah tahfiz & menuntut di Al-Azhar.... 😊
.
.
Dalam keseronokan tu... saya dimaklumkan doctor.. anak di dalam kandungan saya tiada denyut nadi. Selain tahap hemoglobin (HB) saya ni rendah, saya juga berdepan jangkitan pada rahim(cervical incompetence) yang memungkinkan saya berdepan keguguran ini.
.
.
Allah..... baru semalam kami cakap mengenai masa depan anak ini, hari ni kami sekeluarga bersedih.
.
.
Anak ibu cukup sifat sayang.... Anak ibu nampak comel di atas tapak tangan ibu.. tapi anak ibu dah takda nadi....
.
.
15 minggu anak ibu bersama ibu..... bermainlah anak ibu di dalam syurga yang kekal abadi... .. Luluh hati saya masa tu.
.
.
Doctor cakap HB ni adalah pengangkut oksigen & zat makanan ke seluruh badan. Disebabkan saya ni mengalami anemia, tisu seluruh badan kurang kandungan oksigen dan kurang tenaga.
.
.
Bila saya pun tak cukup oksigen, macam mana saya nak berkongsi dengan anak? Allahuakhbar....... salah saya.
.
.
Walaupun Allah pinjamkan sekejap anak ini buat kami, tapi kesannya begitu mendalam. Sebab pakaiannya semua kami dah beli.
.
.
Tahun berikutnya saya disahkan hamil anak kedua. Alhamdulillah... walaupun HB saya masih rendah, tapi mendapat pantauan khas dari kk ibu & anak.
.
.
Masa kehamilan kedua ni, semuanya ok kecuali masa kandungan mencecah 34 minggu, tumbesaran anak saya berhenti.
.
.
Memasuki minggu ke 37, bayi saya tak tunjukkan sebarang respon dan kurang bergerak. ALLAH.... apa pula kali ni.
.
.
Kes saya dirujuk ke HKL. Doctor minta saya lahirkan segera bagi mengelakkan risiko yang tak diingini berlaku.
.
.
Saya bersyukur masa tu, sebab doctor & nurse semuanya bagi kata kata semangat & doakan saya. Betullah... masa kita tengah down, pelukan adalah antara rawatan terbaik. Nurse yang melihat saya sedih & menangis datang dan peluk saya.....
Kurang beban.
Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.06kg selepas 8 jam induce.
.
.
Ingatkan semua dah selamat. Doctor maklumkan anak saya hanya mempunyai sebelah saja buah pinggang.
.
.
Allah....walaupun saya makan & minum pelbagai jenis makanan yang kaya dengan zat desi, namun saya berdepan juga masalah kesihatan ini disebabkan saya pembawa thalassaemia. Kalaulah dari kecil saya ni jenis makan sayur & buah, sekurang kurangnya saya boleh bantu elakkan ini semua walaupun sedikit.
.
.
Bagi wanita yang nak pregnant, tolonglah ambil tahu pasal HB anda ni. Kerana kesakitan bila kehilangan anak ini sungguh lain sekali.
& sebelum kahwin tolonglah buat ujian sringan thalassaemia. Ia sangat penting untuk elakkan problem macam saya ni.
.
.
#TIPS!
Semoga ALLAH mudahkan semua urusan Aliya.
Ingat mommy.... disebabkan HB LOW bayi berdepan kecacatan & tiada degupan jantung & mungkin keguguran.
.
.
Ambil serious, kerana hemoglobin ini yang akan mengangkut oksigen
Sebenarnya kisah Aliya ni menunjukkan betapa pentingnya pemakanan sihat untuk semua wanita. Termasuk anda yang ada anak anak perempuan. Dari usia kecil lagi bermulanya punca penyakit ini.
.
.
Sebab tu sebelum berkahwin anda dan pasangan disuruh membuat ujian saringan thalassaemia.
.
.
1 daripada 5 wanita hamil alami HB low. Berapa HB anda?
.
.
BAGAIMANA ANEMIA DIKESAN?
💊 Dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras HB dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.
.
.
Sebelum kita hamil, dari kecil lagi... seorang wanita perlukan 15mg zat besi tiap hari. Anda.. anak perempuan anda.. cukup tak keperluan zat besi setiap hari?
.
.
Jika tidak.... dia mungkin berdepan hari hari sukar ketika ingin hamil nanti. Nauzubillah... InsyaAllah... kita buat yang terbaik.. Allah akan mudahkan...
.
.
Seorang wanita hamil perlukan 30mg zat besi setiap hari!
.
.
RISIKO ANEMIA KETIKA HAMIL :
💊 Kelahiran pra-matang dan bayi yang kurang berat sewaktu lahir
💊 Terpaksa menjalani penambahan darah (blood transfusion) sekiranya berlaku kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
💊 Kemurungan selepas bersalin
💊 Bayi menghidap anemia
💊 Bayi yang mengalami lewat perkembangan
💊 Bayi mengalami kecacatan kelahiran pada tulang belakang mahupun otak
.
.
Disebabkan tak cukup zat besi untuk hasilkan hemoglobin (hb) buat ibu & bayi ni lah ibu hamil mudah dapat anemia.
.
.
Jumlah hemoglobin bagi wanita biasa adalah 12-16gm/dL berbanding wanita hamil hemoglobinnya 11-15gm/dL.
.
.
Actually banyak dah supplemen yang kaya dengan zat besi di pasaran. So ia mudahkan ibu hamil untuk mendapatkannya... TAPI pastikan ada kelulusan KKM.
.
.
.
Ketika hamil, bayi di dalam kandungan menyerap nutrien daripada ibunya & jika anda mengandungkan anak kembar ia boleh meningkatkan risiko mengalami anemia.
.
.
Thalassaemia juga adalah sebab wanita berdepan anemia ketika hamil.
.
.
SIMPTOM ANEMIA :
💊 Keletihan & sesak nafas
💊 Sakit kepala
💊 Telinga berdengung
💊 Jantung berdebar
💊 Kelihatan pucat
.
.
Cara atasi, pemakanan selamat ketika hamil, apa yg perlu elak & amal ketika hamil segala panduan, tips & ilmu ini ada di dalam ebook.9bulan10hari.com..
💊 Copyright @9bulan10hari saja! Elakkan budaya copy paste!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...