Dulu masa kecik belajar agama, ustaz pesan EMPAT perkara kena tinggalkan terus jika nak selamat di akhirat.
Nasihat tentang 4 perkara itu Nampak simple, tapi jika tak di jaga boleh membawa ke Neraka selamanya.
Apa Nasihat itu?
Okey, bagi yang belum tahu, dalam kita belajar agama, kena ikut 16 nasihat ini:
Apa 4 perkara yang kena tinggalkan terus?!
(1) Jangan Harap Pada Makhluk
(2) Jangan Minta Pada Makhluk
(3) Jangan Membazir
(4) Jangan Ambik barang tanpa izin
4 perkara kena banyakkan
(1) Banyakkan Dakwah
(2) Banyakkan Belajar Agama
(3) Banyakkan Ibadat
(4) Banykkan Khidmat.
4 perkara kena kurangkan
(1) Kurangkan Makan
(2) Kurangkan Tidur
(3) Kurangkan cakap sia sia
(4) Kurangkan amalan dunia
4 perkara jangan Terlibat
(1) Berdebat Mazhab mana paling betul
(2) Berdebat pangkat serta darjat mana paling hebat.
(3) Berdebat Isu Semasa yang sensetif
(4) Mintak derma, Jangan mintak derma!
Okey, saya tak sempat nak cerita semua 16 pesanan itu, (lain kali InsyaAllah) saya Cuma nak focus kepada 4 perkara yang kena tinggalkan terus.
4 perkara yang kena tinggalkan terus!
(1) Jangan Harap Pada Makhluk
(2) Jangan Minta Pada Makhluk
(3) Jangan Membazir
(4) Jangan Ambik barang tanpa izin
Nampak simple, tapi Ustaz cakap, apa apa masalah, jangan Harap pada sesiapun melainkan Allah, walau kita sedang usaha sesuatu, jangan Yakin dengan usaha kita, tapi Yakinlah dengan Allah semata mata.
Contoh Ustaz cakap lepas solat nak makan, jangan harap mak ayah terus, doa minta pada Allah, makanan depan matapun, doa juga kepada Allah, sebab ada orang baru nak suap, ayam lompat sambar rezeki, berputih matalah kita, maka doa minta pada Allah! Jangan harap pada makhluk!
Nampak simple pesanan ini, Rupanya bila dewasa baru Nampak jelas, bahaya Syirik kecil ni bermula apabila kita harap pada selain Allah, dan bagaimana rosaknya hidup jika kita berharap pada makhuk bukan kepada Allah, banyak kes stress, murung, berpunca dari harapan yang pecah, yang mana bila orang kita percaya, musnahkan harapan itu.
Contoh kisah Isteri menderita bila harap pada suami semua benda, tapi suami curang, atau kisah pekerja menderita bila berharap pada majikan naikkan gaji, sekali kilang rugi, atau kisah rakyat menderita bila berharap pada kerajaan bantu semua. Selaki nak mintak KWSP sendiri pun tak dapat, adahai..
Sekali air bah, sekali pantai berubah, tapi Sekali manusia berubah, berkali kalilah harapan manusia lain yang musnah! maka ramailah yang berharap sesama manusia akan menderita, sungguh makhluk tak boleh bagi harapan..
Jadi berhentilah berharap pada makhuk, belajarlah hanya berharap kepada Allah, maka tertutuplah segala pintu Syirik kecil.
Cucuk vaksin boleh, tapi hati harap pada Allah, cucuk vaksin usaha fizikal sahaja, namun jangan lupa usaha atas hati untuk harap hanya kepada Allah!
Nasihat kedua, Jangan Minta Pada Makhluk, merujuk kepada Syirik besar, seperti minta bantuan pada Jin, minta bantuan Sihir, yang mana semua itu bermula dari perangai suka meminta minta tanpa hati ada sandarkan pada Allah, awalnya tak salah minta pada yang ada, macam order makan di kedai, yang mana permintaan yang tak susahkan orang tak ada masalah, tapi bila permintaan yang menyusahkan orang seperti minta rasuah, mintak hak orang, mintak sedekah dengan memaksa, sampai satu tahap mintak pada sihir, maka sampailah kepada pintu dosa besar. Syirik! Nauzubillah. Sungguh Syrik dosa tak terampun di Neraka.
Nasihat ke tiga, Jangan membazir, pesan Nabi, Ambik wudhu jangan membazir, Nampak simple, tapi ada hadis bagitahu membazir adalah saudara Syaitan! Maka menjadi saudara kepada Syaitan bukan nasihat simple. Maka belajarlah tidak membazir umur, membazir harta, membazir waktu, membazir makanan, kerana Firman Allah, demi masa semua manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman, beramal soleh, berdakwah dengan Hak, dan berdakwah dengan sabar.
Paling membazir, demi kemewahan dunia, kita terlibat hutang Riba, Riba adalah pembaziran masa, harta dan diri sendiri, dan Riba adalah termasuk Dosa besar.
Nasihat ke empat, Jangan ambil barang tanpa izin, pesan ustaz: duduk surau nak ke tandas, Nampak selipar kawan jangan terus ambil sebab tak nak basahkan selipar sendiri, kerana amalan itu, jika kawan terasa hati, maka ianya sama dengan mencuri, merompak, yang mana hukumnya adalah haram! Ambil barang tanpa izin termasuk dosa besar.
Ada hadis bagitahu orang mati syahid semua dosa terampun kecuali Hutang, kenapa Hutang dosa besar? Sebab ambil hak orang tanpa izin.
Maka apa apa sahaja berkenaan hak orang, jangan kita ambil, mengumpat, menfitnah, menuduh orang berzina, membunuh, makan harta anak yatim, hutang riba, lari dari perang, semua itu dosa besar kerana kita telah ambil “hak” orang tanpa izinnya.
Jadi bila rujuk balik Hadis dalam Islam berkenaan tujuh dosa besar, semuanya berkaitan dengan empat pesanan ustaz waktu saya kecik dahulu, (1) Jangan minta pada makhuk, (2) jangan harap pada makhluk, (3) jangan membazir, dan (4) jangan ambik hak orang tanpa izin.
Rupanya 4 perkara yang ustaz pesan tinggalkan itu, adalah berkait dengan 7 dosa besar! Patutlah pesanan itu suruh tinggalkan terus!
Apa itu 7 dosa besar?
i. Syirik kepada Allah, iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain
ii. Sihir, mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.
iii. Mengambil nyawa, membunuh.
iv. Memakan harta anak yatim.
v. Memakan riba.
vi. Lari dari medan pertempuran.
vii. Menuduh orang melakukan zina tanpa bukti.
Sekarang ini di media sosial, ada orang selamba buat dosa besar, like dosa besar, share dosa besar, siap dengan gambar bagai, makan tak habis ni jika orang kita tuduh tu mangsa fitnah, jika anda mangsa seks haram boleh report polis, jika anda pula dituduh buat seks haram, sila report polis, biar polis siasat, biar pihak berkuasa buat kerja.
Sejak bila menuduh orang berzina bermakna sifulan adalah penzina? Dan kenapa kita ada sifat seronok bila aib orang tersebar? zaman nabi waktu Aisyah di tuduh berzina, Nabi tak bela terus, Nabi juga tak hukum terus, Nabi siasat, doa dan tawajuh pada Allah, berapa ramai makan dosa tak habis sebab percaya Aisyah berzina, betapa ramai musuh Nabi yang seronok dengan fitnah ini? Dan akhirnya terbukti itu semua fitnah, dan penfitnah telah dikenakan hukuman,
Jadi bab menuduh orang buat dosa, kena ada bukti, sangat berdosa besar tuduh dan sebarkan aib orang tanpa bukti sebab pesan Nabi jelas, jika terbukti Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya, maka pandangan saya, tiada orang terlepas dari dosa, jika terbukti bersalah, hukumlah, tak kita orang tabligh ke, lebai ke, ustaz ke, artis ke, salah memang kena hukum, jangan taasub membela atau menuuh hingga kita tak sedar dah sampai ke tujuh pintu Dosa besar, sekali kena Viris stage 5 waktu buat dosa besar? Bagaimana?
Keretamayat tak pilih kasih, semua pendosa boleh naik, tapi ingatlah, hala tuju kerata mayat adalah tanah perkuburan islam, dan keretamayat sehala jalannya, sekali masuk terus jalan, sekali turun tak naik dah.
Woha!
「kwsp majikan」的推薦目錄:
kwsp majikan 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
TIPS E-FILING NEWBIE & ELAK PENALTI DIBAWAH S.113(2).
1. Perkerja bergaji RM3,000-00 ke atas dan sudah berkerja setahun dan keatas yang belum mendaftar E-filing, bolehlah hadir ke Pejabat LHDN untuk mendaftar dan dapatkan No. Cukai Pendapatan, dan password E-Filing.
2. Untuk yang pertama kali buat E-Filing, boleh lah membuat demikian di Pejabat LHDN sendiri untuk mengelakkan sebarang kekeliruan kerana di Pejabat LHDN akan ada pegawai yang mebantu untuk proses pengisian E-Filing.
3. Semasa hadir untuk mengisi E-Filing, boleh la membawa salinan Asal dan Fotokopi dokumen-dokumen seperti berikut:
a) EA Form tahun sebelum dari majikan,(makesure dalam ni tertulis jumlah KWSP, PERKESO dan Zakat atau lain lain bayaran yang dibuat melalui potongan gaji)
b) Resit perubatan berkaitan Ayah,ibu,diri sendiri, isteri, dan anak-anak
C) resit pembelian buku,surat khabar dan alatan sukan
d) Bill pembayaran langganan internet atas nama sendiri ( yang ni kira harga internet sahaja, tidak termasuk GsT dan bill telefon, boleh tgok dlm bill)
e) Statement pembayaran premium insurans bagi tahun sbelum (boleh minta dari agent insurans memasing)
F) statement pembayaran zakat pendapatan (sekiranya bayar sendiri)
G) statement pembayaran yuran pembelajaran diri sendiri
H) dan lain lain dokumen yang berkaitan yang boleh menjadi Tolakan Cukai.
4. Setelah selesai mengisi E-Filing dengan bantuan Pegawai LHDN, boleh terus mengambil nombor untuk berjumpa pegawai untuk AUDIT E-filing yang dibuat sebentar tadi.
5. Kenapa perlu Terus AUDIT selepas E-filing? Secara praktikalnya pihak LhDN akan memberikn suatu Notis untuk mengemukakn dokumen (Audit) kepada kita berkenaan tentang apa yang kita filingkan. Walaupun BAKI CUKAI TAKSIRAN BAGI TAHUN TERSEBUT ADALAH RM0.00. Dan kebiasaannya terjadi masalah apabila perkerja TIDAK MENERIMA NOTIS TERSEBUT dan terus dikenakan PENALTI DI BAWAH S.113(2) kerana gagal mengemukakan dokumen. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sebarang penalti dikenakan, wajarlah untuk terus MEMBUAT AUDIT DENGAN PEGAWAI LHDN SEJURUS MEMBUAT E-FILING, yang mana pegawai tersebut akan memerikan semua dan segala dokumen yang kita bawa tadi dan diserahkan sesalinan Fotokopi semua dokumen tersebut kepada pegawai tersebut.
Dan pegawai tersebut akan mengesahkan bahawa penerimaan salinan dokumen untuk pengesahan audit cukai taksiran tahun tersebut.
Maka selesailah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab.
Sekiranya terdapat cukai yang perlu dibayar, maka buat lah pembayaran sama ada sekaligus atau berkala melalui potongan gaji.
Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat.
Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi pegawai LHDN di kawasan masing sama ada ke pejabat LHDN atau melalui panggilan telefon.
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
Terima kasih.
Kredit : Nur Syaedah
#TipsNsK #Cukaipendapatan
kwsp majikan 在 Fedtri Yahya Facebook 的最讚貼文
Perkongsian daripada pembaca:
Assalam
saya baca posting tuan.Macam saya ambik keputusan berani mati pindah ke tempat baru pada January 2020. Waktu tu virus covid 19 dah melanda tapi kita tak jangka perkara ni akan serius. Ya berbalik kepada pindah ke tempat baru kerana saya rasakan graf kehidupan kami tidak berubah. Hidup serabut, rumahtangga tak aman dll. Jadi saya decide pindah dan masa pindah saya ada lah fulltime housewife. Suami hotelier. Kami setuju PJJ. Anak2 semua ikut.
Di tempat baru saya usaha cari kerja. Dan saya dapat as a partime cleaner di sebuah bank. Anak saya cakap saya downgrade diri saya sebab kerja cleaner sdgkan saya dulu kerja di office di bawah saya ada staff. Saya grab peluang tu sebab satu saya terdesak perlukan kerja dan gaji dan saya nak pengalaman macam mana kerja cleaner. Well sebenarnya saya enjoy dgn kerja tu saya tak stress. Dan di tempat baru tak ada yang kenal saya. So saya tak malu. Dan pada March 2020 1st PKP dilaksanakan. Saya masih kerja seperti biasa. Tapi anak2 dah cuti sekolah sbb PKP jadi saya tak perlu nak ulang alik ambik anak saya. Jimat tenaga saya. Dan dalam masa yang sama suami beritahu dia di beri no pay leave sebab wabak C19. Hotel tak boleh beroperasi. Dia akan balik kepada kami. Jujur waktu itu saya rasa sikit goyah. Bila no pay leave bermakna no gaji sedangkan byk yg perlu kami bayar. Dan tempoh saya kerja berakhir pada minggu pertama April 2020. Tapi saya cuma diam. Bila suami balik kami berbincang. Saya tanamkan keyakinan yang kami boleh survive. Waktu tu kami dah mohon pengeluaran KWSP, Bermakna kami dah ada 1K dalam tangan dan dah lepas bayar sewa rumah. Ada lebihan 250 dlm tangan. Dan suami akan dapat 600 sebulan dari perkeso atas dasar program subsidi upah. Dan kami yakin kami boleh survive. Saya mula cari kerja. Sasaran saya bukan kerja office lagi sebab saya tahu majikan lebih memandang fresh graduate dan saya sudah 40an
Saya cuma cari kerja sbg pembantu gerai, kedai. Kerja yang santai tapi ada income hari2. Dan saya jumpa satu tawaran kerja tukang masak. Dan diam2 saya mohon untuk suami saya. Hari yang sama pihak majikan call minta hadir interview. Dia....
kwsp majikan 在 Perhatian Majikan/ Wakil... - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 的推薦與評價
Perhatian Majikan/ Wakil Majikan, Anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengurusan caruman KWSP atau perkara-perkara lain tentang KWSP?... ... <看更多>
kwsp majikan 在 BANTUAN COVID-19 | KWSP Lancar Inisiatif Bantu Majikan 的推薦與評價
... <看更多>