Teringat masa ramai kawan dulu-dulu waktu bujang. Yang bujang lepak sampai malam ke pagi, yang dah kahwin banyak yang bagi alasan kena balik awal la, tak dapat lepak lama, kejap-kejap isteri call suruh balik.. ingatkan TAKUT BINI. Rupa-rupanya memang betul!
Bukan takut isteri.. tapi takut terabai tanggungjawab. Isteri ni kan NAK perhatian? Dah ada anak ni lagi bertambah nak perhatian dan tanggungjawab.
Bengah nak buat satu karangan kat satu individu ni katanya “SUAMI KENA TEGAS! JANGAN JADI HAMBA ISTERI!” Tapi karangan ni umum untuk semua lelaki dan para pembaca.
Tugas suami ni tak berat pon. Kena ringan tulang je.. Apa yang isteri buat tu kita sama kena buat juga. Bengah pon tak suka jugak sebenarnya kena suruh itu ini dengan isteri bab jaga anak, basuh botol susu, tidurkan anak dan tukar lampin anak! Mula-mula jadi seorang Ayah ni.. Bengah ada satu perasaan AKU KETUA KELUARGA! KENAPA NAK SURUH2 AKU?? Haa.. tapi amek ruang sikit kat diri ni jangan ego. Cek dulu diri ni.. sematkan dalam diri ni, isteri bukan robot boleh buat semua kerja-kerja tu. Betul?
RINGAN TULANG la sikit.. ni bukan nak sembang diri ni rajin. Benda yang memang akan kita buat hari-hari. Jadi.. masing-masing boleh bahagi apa nak dibuat. PKP ni cuti panjang orang kata.. Sebagai ibu bapa ni tiada istilah cuti dalam hidup ni!
Jangan berkira la dalam hidup ni dengan pasangan. Sebab isteri Bengah ni tak pernah berkira kalau minta buat itu ini. Cuma tu la.. dia dah beli kan game ps5 sampai sekarang takde peluang lagi nak cuba-cuba main 😂
TAK BOLEH PUKUL ISTERI WALAUPON MARAH! Tapi boleh pukul curi waktu tengah bergurau. Haaa! Ini selalu Bengah buat. Kadang2 terluku kepala isteri sebab geram dia pon gurau over sangat! Waktu tengah baik tu sesuai la bergurau.. waktu moody? Amek ruang untuk bertenang.
Dulu sebelum kahwin tengok kawan-kawan yang dah kahwin jarang dapat lepak sama sebab ni la (macam dalam gambar)
Takde istilah TAKUT ISTERI. Bengah takut tak disayangi isteri je. Sebab selepas Mak.. isteri la tempat paling manja dekat dunia ni. Selagi masih ada kedua-dua ni.. jadi je baby 🥰
Last la nak cakap.. SABAR tu penting. Noktah.
#AbangYangPenyayang
#LelakiTanpaPs5
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
lelakitanpaps5 在 Facebook 的最佳解答
Luth Zareef ingat dia dah boleh berdiri dan terbang 😆 Dulu waktu Bengah kecik pon Ayah ada angkat anak-anak dia macam ni. Kalau Mak atau Opah nampak ni.. mau bising cakap “BAHAYA ANGKAT ANAK MACAM TU NANTI JATUH! PATAH KAKI TANGAN!”
Betul la tu. Buat atas risiko sendiri. Luth Zareef kat rumah memang waktu nak tidur selalu tak dipakai baju sebab nanti baju basah air liur meleleh.. (moga terjawab sudah pertanyaan kalian)
Siapa masa kecik dulu pernah kena timang macam ni? 😁
#MakhlokMachoJr
#LelakiTanpaPS5
lelakitanpaps5 在 Facebook 的精選貼文
Pengorbanan seorang ibu tu bukan setakat melahirkan zuriatnya tapi didahulukan memberi anak makan...
Berapa banyak suka Luth Zareef ketika diberi makanan kegemarannya ni? Mata mana mata.. 😆😍
#DahPutihPonPakaiBedak
#diambildenganiphone12pro
#LelakiTanpaPS5