Hati-hati ibu mengandung sekalian.. wabak covid 19 makin menular. Jaga kesihatan anda sebaiknya.
COVID19 & PREGNANCY
Apakah risiko wanita mengandung dijangkiti COVID19?
Adakah mudah untuk wanita mengandung jatuh sakit sekiranya dijangkiti?
Jika dijangkiti adakah wanita mengandung akan lebih teruk keadaannya daripada individu lain?
Jawapan: masih belum diketahui lagi sama ada wanita mengandung lebih berisiko dijangkiti COVID19 atau keadaan lebih serius jika dijangkiti.
Wanita mengandung akan alami perubahan dalam fungsi sistem tubuhnya dan mungkin boleh meningkatkan risiko sesetengah jangkitan.
Jika dilihat virus daripada kelompok yang sama dengan COVID19 dan virus lain yang menjangkiti saluran pernafasan, dilihat wanita mengandung adalah lebih berisiko untuk mengalami kesan serius jangkitan.
Oleh itu adalah amat penting untuk wanita mengandung menjauhi dan mengelak daripada menerima jangkitan.
Amalkan saranan pihak KKM untuk :
1. Kerap basuh tangan dengan sabun atau gunakan 'Hand Sanitizer' apabila berada di luar.
2. Jarakkan diri 1m daripada orang yang bergejala (social distancing)
3. Pakai face mask apabila berada di luar.
4. Jauhkan dari daripada lokasi tempat awam atau kawasan yang sesak dengan masyarakat awam. Tak perlu pergi jangan pergi. Jika perlu pergi minta bantuan suami seperti ke pasaraya atau ke pasar awam.
5. Elakkan melawat ke luar negara atau ke kawasan yang diketahui alami wabak COVID19 ini.
Sumber : https://www.cdc.gov/.../prepare/pregnancy-breastfeeding.html
Sumber : Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
#SocialDistance
#medicalmythbustersmalaysia
Be careful of pregnant mothers.. the outbreak of covid 19 is becoming more contagious. Take good care of your health.
COVID19 & PREGNANCY
What is the risk of pregnant women infected with COVID19?
Is it easy for pregnant women to get sick if infected?
If infected would pregnant women be worse than other individuals?
Answer: still unknown whether pregnant women are more risky of being infected with COVID19 or more serious conditions if infected.
Pregnant women will experience changes in their body system function and may increase the risk of some infections.
If seen by virus from the same group as COVID19 and other viruses infecting respiratory tract, being seen by pregnant women is more risky to experience serious effects of infection.
Therefore it is very important for pregnant women to stay away and avoid infections.
Practice KKM's recommendations for:
1. Often wash hands with soap or use 'Hand Sanitizer' when outside.
2. Distance 1 m from the symptoms (social distancing)
3. Wear face mask when outside.
4. Stay away from public places or areas that are crowded with public society. No need to go don't leave. If you need to go ask for help of your husband like going to the supermarket or to the public
5. Avoid visiting abroad or to the known areas of this COVID19 outbreak.
Source: https://www.cdc.gov/.../prepare/pregnancy-breastfeeding.html
Source: Your Pharmacy Officer
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
#SocialDistance
#medicalmythbustersmalaysiaTranslated
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「medicalmythbustersmalaysia」的推薦目錄:
medicalmythbustersmalaysia 在 Pai Syahira Facebook 的最佳解答
Jari tangan lekat & sangkut (Trigger Finger)
****************************************
Seorang guru wanita melangkah masuk ke bilik konsultasi saya minggu lalu.
"Doktor, jari tangan saya ni tersangkut la doktor." Senyuman terukir dibibir namun suaranya bergetar menahan kesakitan.
"Jari yang mana sakit Cikgu, tangan kiri atau kanan?"
"Dua-dua tangan pun kena Doktor. Dua-dua jari tengah. Cuma yang kiri ni saya boleh lurus sendiri, yang kanan kalau dah sangkut, saya terpaksa guna tangan kiri saya untuk luruskan balik. Sakit doktor, siap ada bunyi meletup lagi!"
"Kalau dah sampai tahap sangkut macam tu, dah tahap 3-4 dah cikgu. Cara paling berkesan ialah kita buat pembedahan kecil. Buka sikit di sini dan kita lepaskan urat yang tersepit kat situ. Kalau peringkat awal, kita boleh beri ubat anti-radang & fisioterapi dahulu. Saya menjelaskan masalah yang berlaku & rawatan yang perlu dilakukan.
"Kalau kena operate, operate la Doktor. Dah tak tahan saya sakit ni" saya ikut saja.
Jari tengah kedua tangan cikgu ini mengalami masalah Trigger finger. Masalah ini lebih serius pada tangan kanan dimana beliau terpaksa menggunakan tangan kiri beliau bagi meluruskan jari yang lekat (jammed). Bunyi "pop" jelas kedengaran ketika jari tersebut diluruskan disertai dengan kesakitan. Manakala, jari beliau di sebelah kiri masih boleh diluruskan sendiri walaupun tersekat-sekat.
Trigger finger berlaku akibat radang yang berlaku pada A1 Pulley iaitu satu lapisan yang melapisi flexor tendon iaitu urat yang membolehkan kita membengkokkan jari-jari kita. A1 pulley ini terletak pada garisan yang paling hujung pada tapak tangan kita.
Keradangan ini menyebabkan laluan tendon menjadi sempit dan ketat. Ia menyebabkan pesakit sukar meluruskan jari setelah dibengkokkkan dan menjadi tersangkut (jammed). Adakalanya terdapat nodule atau biji kecil pada bahagian A1 pulley ini.
Ia mempunyai beberapa tahap:
* Tahap 1: Pesakit merasa sakit pada bahagian A1 pulley tapi jari tidak sangkut (jammed)
* Tahap 2: Jari ketat dan sangkut tapi pesakit boleh luruskan kembali jari tersebut
* Tahap 3: Jari tersangkut setiap kali pesakit membengkokkan jari & pesakit perlu menggunakan tangan sebelah bagi meluruskan kembali jari yang sangkut tersebut.
* Tahap 4: Jari tersangkut & tidak dapat diluruskan kembali.
"Boleh saya ambil video jari cikgu ni? Nanti saya nak share dengan pembaca2 di media sosial untuk educate public kita. Boleh ye Cikgu?"
"Boleh Doktor. Bagus la doktor share ilmu ni. Ramai yang tak tahu masalah ni."
"Cikgu boleh baca artikel saya di Malaysian Medical Gazette untuk info lanjut ye."
"Baik Doktor." Beliau berlalu sampai tersenyum.
Oh ye, jika anda atau ahli keluarga anda ada masalah Trigger finger ni, tak perlu la nak cuba makan segala bagai jus atau herba, teh atau kopi, daun & minyak, spray tonik atau supplements. Buat perabih boreh je. Ada ke benda alah semua ni yang berharga RM5 atau kurang?
Segera ke hospital & jumpa Pakar Ortopedik bagi rawatan yang berkesan dengan hanya RM5. Usah tertipu dengan ejen yang ingin mengambil kesempatan dengan masalah & masalah anda. Mulutnya manis kononnya ingin anda sembuh, hati & fikiran sebenarnya mengira bonus yang bakal diraih. "Kcing, kcing, kcing"
Ikhlas membantu walaupun tak dapat bonus,
#DrMahyuddin
Pakar Ortopedik, HOSHAS
#MedicalMythbustersMalaysia
#MedTweetMY
#MalaysianMedicalGazette
(www.mmgazette.com)
Video #TriggerFinger
********************
Tangan kanan: Trigger finger (Tahap 3)
Tangan kiri: Trigger finger (Tahap 2)