MOCHI JEPUN - sukatan cawan
========
Bahan untuk resepi kuih mochi sedap :
Satu setengah cawan tepung pulut
Setengah cawan tepung jagung
Satu per empat cawan gula
Satu cawan air
Sedikit pewarna pilihan
Inti Kacang Merah ( Saya beli di kedai kek )
Cara Buat Kuih Mochi
Cara cara membuat kuih mochi :
Masukkan tepung pulut, air dan gula ke dalam bekas dan masukkan ke dalam microwave selama dua minit. Kalau adunan sudah bertukar warna dari putih tepung kepada putih kekuningan seperti kuih koci selepas kukus kiranya adunan sudah menjadi.
Tapi kalau adunan masih putih tepung bukan putih kekuningan, masukkan kembali ke dalam microwave lagi 30 saat.
Kemudian kacau sebati sampai adunan menjadi kental.
Jika nak buat kuih mochi warna warni, asingkan adunan kuih mochi kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna pilihan.
Taburkan tepung jagung pada dulang serta letakkan adunan mochi di atasnya.
Tarik atau potong adunan kuih mochi dan leperkan.
Letak inti kacang merah pada bahagian tengah kuih mochi. Tutup, gentel bulat.
Ulang sampai habis adunan.
Golekkan kuih mochi di dalam tepung jagung ( snow sugar pun boleh ) dan boleh terus dimakan.
Search