QUINOA (disebut: KEEN-wah)
.
Dalam grup Coaching saya pg ni ada soalan popular ttng bijian karbohidrat yg jarang2 kita makan ni. Nah Coach reshare kat sini utk uolss.. siapa pernah mkn Quinoa ni pls share your experience, bagaimana anda sajikan?
.
Quinoa ialah alternatif kepada nasi, untuk gantikan portion karbo dalam plate lunch/dinner
.
Quinoa mempunyai kandungan protein dan serat yang lebih tinggi daripada nasi. Jadi, quinoa boleh memberikan rasa kenyang lebih daripada nasi. Ia adalah sumber karbo kompleks yg sgt baik
.
Quinoa (disebut: KEEN-wah) merupakan bijian yang telah ada sejak 7000 tahun lalu yang berasal dari kawasan pergunungan Amerika Selatan yang telah mula mendapat perhatian beberapa tahun lalu disebabkan oleh kebaikan nutrisi dan khasiatnya
.
Quinoa sebenarnya adalah makanan yang berunsur yang sama seperti bayam atau ubi bit. Tetapi apabila anda masak quinoa di dalam air panas ia akan menjadi tekstur seperti beras ataupun kuskus
.
Cara memasak quinoa adalah sama seperti memasak nasi putih. Beras putih adalah kanji halus, jadi ia mempunyai indeks glisemik yang tinggi dan bukan pilihan yang baik bagi yang ingin menjaga berat badan
.
Satu cawan quinoa yang dimasak mempunyai kira-kira 40 kalori lebih rendah berbanding jumlah yang sama jika menggunakan beras putih. Nasi mempunyai hampir 15 kali ganda kandungan karbohidrat, dan quinoa pula mempunyai 5 gram serat dan 2 gram protein yang lebih berbanding nasi
.
Antara lain-lain lagi kebaikan Quinoa
.
1. Bantu mengurangkan KOLESTEROL
2. Bantu menurunkan BERAT BADAN
3. Bantu menstabilkan tahap GULA dlm darah
4. Menguatkan memori
5. Alternatif utk pelbagaikan sumber karbo dlm diet harian
.
Kat sini Coach share cara coach mkn Quinoa bersama Wrap Salad. Sempoi wooo.. selamat mencuba! 🤩🍽
.
Tag/SHARE utk simpan post ni ✅
cara menurunkan darah tinggi 在 Facebook 的最讚貼文
Pokok Asam Batu boleh menurunkan tekanan darah tinggi serta boleh melancarkan sistem penghadaman. Jom kita tengok video di bawah untuk mengetahui kebaikan lain pokok Asam Batu serta cara untuk menggunakkannya.
#trending #stayhome #staysafe #pkp #pokokasambatu #herba #herbadt #sihat
cara menurunkan darah tinggi 在 Coach Anuar Facebook 的最佳解答
DIET KOPI
.
Apakah seseorang itu boleh bertahan hanya dengan pengambilan kafein sepanjang hari? Apakah manfaat dan risikonya?
.
Apa sebenarnya diet kopi?
.
Kaedah ini melibatkan pengambilan beberapa cawan kopi setiap hari bagi mengelak pertambahan kalori. Ia dipercayai menjadi popular menerusi buku tulisan Dr Bob Arnot, The Coffee Lover's Diet di mana penulisnya mendakwa dengan meminum kopi beberapa kali sehari ia dapat meningkatkan kadar metabolisme, membakar lebih banyak lemak, menghalang penyerapan kalori dengan mengurangkan selera makan
.
Bagaimana ia berlaku?
.
Bagi yang berminat mencuba, anda perlu minum paling kurang tiga cawan kopi berkafein atau sebaliknya tanpa gula atau krim. Untuk tempoh seterusnya anda boleh mengambil snek ringan atau menjamah menu termasuk yang rendah kalori dan lemak tetapi tinggi kadar serat sepreti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin
.
Manfaat?
.
Jika satu-satu matlamat untuk menurunkan berat badan, diet ini boleh membantu dalam dua cara. Pertama, ia dapat mengurangkan selera dan kedua mampu meningkatkan kadar metabolisme
.
Kebanyakan pakar percaya ianya benar kerana dengan meminum kopi sebelum menjamah hidangan boleh membuatkan anda makan dalam kuantiti sedikit. Bagaimanapun, masih banyak kajian mengenainya perlu dijalankan
.
Bagaimanapun, mengenai metabolisme pula, kajian melibatkan 600 individu menunjukkan pengambilan kafein dapat menurunkan berat badan, indeks jisim badan dan lemak
.
Risiko?
.
Kelemahan utama adalah kandungan kafein dalam badan kerana ia sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, insomnia dan sakit kepala. Jadi, kaedah ini tidak selamat untuk jangka panjang, sekali gus tidak sesuai untuk menurunkan berat badan
.
Bagaimanapun, jika anda memilih untuk mencuba diet ini, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan doktor atau pakar pemakanan. Tentu sekali mereka dapat menilai keadaan anda berdasarkan rekod kesihatan anda
.
Sumber: indiaexpress.com
.
Jika tanya Coach Anuar, sy tak galakkan langsung. Ia bukan diet fitrah. Ia menekan diri. Yg fitrah ialah Diet makan seimbang. Bersederhana dan tidak melampaui batas
.
InshaaAllah dlm Misi Kurus Online sy tunjuk ajarkan 👉🏼https://bit.ly/3fJ7pli