Bulan April bulan kesedaran Autisme ...
Ke tiga2 anak has mengalami Autisme+adhd , baby yusuf juga suspek Autisme .
Alkisahnya...
Masa izzat dilahirkan .. ia seperti baby lain yang normal ,sempurna tak banyak ragam ,sihat dan comel... saya dan suami berkecimpung dalam kerjaya perhotelan , masa kami habis di tempat kerja berbanding izzat .. izzat membesar di rumah pengasuh yang bertukar silih ganti kerana izzat kanak2 yang hyperactive masa tu dan saya sedar izzat mempunyai tingkahlaku mencabar sebab tu sentiasa bertukar2 pengasuh.. bila umur izzat 6tahun saya terfikir yang izzat wajib ke sekolah dan seperti ibu2 yang lain saya daftarkan izzat di tabika perpaduan . Sehari je sempat merasa tabika , cikgu call saya meminta untuk bawa izzat balik dan tak dapat terima izzat kerana tak terkawal tingkahlaku izzat.
Sebagai seorang ibu ia satu tamparan hebat dan sebenarnya sukar nak terima kerana saya tak nampak kecacatan izzat secara luaran taoi saya tahu izzat memang mencabar . Saya nekad hantar izzat ke sabah dengan harapan dia di terima sekolah di kg sendiri .. tapi sangkaan saya meleset .. 3 bulan je izzat bertahan di tadika kemas , kebetulan saya mengandungkan anak ketiga dan memang bercadang untuk balik sabah melahirkan di sana. Bulan 5 2014 saya balik sabah dan berjumpa dengan cikgu izzat .. cikgu tersebut memberitahu saya bahawa izzat anak istimewa dan perlukan sekolah yang special untuk kanak2 istimewa yang cikgu2 yang mrmahami mereka.. cikgu tersebut bagitahu anak nya juga nama izzat yang juga mengalami Autisma . Dia yang sarankan saya berjumpa dr pakar kanak2.
Saya dengan perut yang sarat masa tu menunggu hari bergegas refer izzat ke pakar kanak2 di hospital sandakan.. masa jumpa dr pakar kanak2 tu saya cerita tingkahlaku izzat yang mencabar dari A-Z. Izzat dapat appoitment seminggu sekali , 4kali pegi appoitmen izzat confirm diagnosis ASD AUTISM SPECTRUM DISORDER. Dr tu bagi saya borang jkm yang dah lengkap di isi untuk buat kad OKU nya ... masa buat tu memang langsung tak rasa apa2 pun .. selepas 3minggu kad oku izzat siap .. masa ni Allah swt je tahu sedih sangat2 bila tahu izzat oku 😭😭😭 sebab masa tu bila sebut oku sangat sensetif.. tapi saya tak biarkan diri bersedih lama2 sebab saya perlu kuat masa tu untuk baby yang dah lahir dan izzat yang perlukan sokongan... sepanjang izzat tak sekolah 2014 tu , saya ajar izzat homeschooling yang saya rasa penting untuk persediaan izzat ke sekolah tahun 1 2015 ..
Di rumah saya ajar izzat makan sendiri guna tangan ,sudu garpu, minum ,butang baju ,basuh lepas popo dan pepe ,guna stokin ,doa makan ,adab bersalam dengan orang lain... tapi saya terlupa untuk ajar modifikasi tingkahlaku kerana saya tak tahu pun tentang Autism .. Alhamdulillah lepas anak ketiga lahir 2minggu kemudian kami balik kl .. saya tak berlengah2 , saya google tentang sekolah hyperactive kerana saya masih tak tahu tentang dunia Autism .. saya tak baca pun borang diagnosis izzat masa tu . Sebab dalam hati nak melahirkan baby dan bslik kl 😁😁 . Alhamdulillah Allah swt permudahkan urusan saya , saya dapat info dari google tentang sekolah ppki yang berdekatan rumah dan apa yang ppd nak .. saya siapkan 3 salinan fothokopi salinan dokumen2 dan terus bawa ke PPD jalan Duta. Bulan 11 2014 izzat dapat surat tawaran diterima masuk ke ppki dan kena datang orientasi untuk semua sekolah bawah zon bangsar , kat sk tasik permaisuri ... di sinilah mata hati saya terbuka bila terpandang ada ramai sebenarnya kanak2 istimewa seperti izzat dan ibubapa yang senasib sekasut 🤗🤗🤗
Paling tak boleh lupa sehingga bila2 pun darang pn Maz Ismail perkenalkan diri dan tanya tentang izzat dan bagitahu tentang anaknya yang juga sebaya izzat masa tu 6tahun ... dan pn maz juga lah perkenalkan has pada page AUTISME MALAYSIA kat fb.. satu2 nya group support yang buat has positive, redha dan kuat sehingga hari ini 😘😘😘😘 dan has start join event pertama AM pada 9hb5 2015 di UM pj . Terima kasih buat En. Zamri Tembol dan Pn. Nora Yusof kerana menubuhkan page group support ni ... dan saya juga telah mendaftar sebagai Ahli PersatuanAutismeMuslimMalaysia ( PAMM ) , tak rugi sangat2 jadi ahli Pamm banyak aktiviti setiap tahun yang dapat has pergi dengan anak2 Autisme+Adhd has .
Ok masa izzat masuk sekolah di ppki ,izzat sangat teruja kerana ramai kawan dan kawasan yang luas .. izzat semakin hyper dan tak duduk diam , dia berlari ,berpusing2 ,turun naik tangga sambil tersenyum2 dan bercakap sendiri ikut bahasanya , kerana masa ni izzat melalui fasa echolalia iaitu bercakap satu hala je .. bila kita tanya dia akan ulang perkataan dan sebutan itu .. masuk bulan 2 GPK guru penolong khas ppki berjumpa saya meminta izzat dikurangkan waktu sekolah iaitu dari 5 hari isnin-jumaat ke 2hari je iaitu selasa dan khamis dan mencadangkan izzat ke PDK pemulihan dalam komuniti under JKM .. saya sebagai ibu memang sangat sedih dan masih trauma yang izzat pernah di rejek di tabika 2kali dan saya risau jika ia berulang semula .. jadi saya terima keputusan GPK tersebut dan meminta saya menulis surat untuk menghantar izzat 3hari ke pdk. Alhamdulillah urusan ke pdk dipermudahkan maka bermula lah perjalanan izzat ke ppki 2hari dan pdk 3hari .. ppki pula cuma dapat 2jam je sehari iaitu dari 7.30pagi-9.30pagi lepas rehat saya kena ambil izzat ..izzat yang gembira dengan suasana rehat mula2 tantrum juga nak bawa dia balik, lama kelamahan bila dah dah jadi routine izzat dah faham dan akur ..
Sebagai ibu saya juga ingin yang terbaik untuk izzat .. saya berjumpa semula GPK untuk meminta semua cikgu2 di ppki yang mengajar izzat subjek2 tertentu untuk menulis tentang tingkahlaku izzat di dalam kelas atau ketika seisi diluar kelas ... masa dapat surat2 dari cikgu2 semua subjek agak sedih juga bila membaca tapi saya kuatkan semangat untuk baca dan bawa surat2 tu ke pakar kanak2 semula dan izzat dapat appoitmen dengan dr Aminah kat HKL dan bermula lah izzat ada terapi OT dan ST kat hkl sebulan sekali dan jumpa dr Aminah 3bulan sekali dan izzat dibekalkan dengan ubat RITALIN yang membantu untuk mengawal emosi dan tingkahlalu izzat di sekolah dan public .. sebab saya akan bagi bila nak kesekolah atau jalan2 je .. sehingga hari ini izzat dah 11tahun masih ambil ritalin sehari sebiji. Dan di sini lah saya nekad resign 24jam untuk fokus pada anak2
Izzat ada adik putri dan irfan yang ketika itu dalam pemantauan saya kerana trauma dengan perjalanan izzat saya nekad memantau ketad2 dan naluri saya sebagai seorang ibu benar belaka .. semasa umur putri 1tahun 6bulan saya buat MCHART kat KKIA dan banyak ciri2 Autism dan banyak fail kat mchart tu ..dr kkia refer ke pakar kanak2 di paedetrik hkl .. putri di refer ke speechtherapy ST dan occupunatiol therapy OT sebulan sekali ...selepas setahun genap umur putri 3tahun . Putri confirm diagnosis ASD dan dr Ranjini yang diagnosis putri refer putri ke PERMATA KURNIA maka bermula lah kehidupan mempunyai 2 anak Autisma putri tak tunggu lama selepas 7bulan menunggu putri diterima belajar di pk dan hanya bayar yuran PIBI. Yuran bulanan dapat pelepasan free kerana syarat nya family yang income 3k ke bawah free dan ada lebih dari seorang anak Autisme ..syukur alhamdulillah Aamiin terima kasih sangat2 buat DR Hasnah Toran pengarah permata kurnia seorang ibu yang juga SUPERMOM kerana juga mempunyai 2 anak Autisme 💪💪💪 yang menjaya dan mengadakan pusat permata kurnia yang juga memperjuangkan hak2 anak2 Autisma ini ...
Sejak masuk permata kurnia putri banyak improve masuk bulan 3 2016 dan keluar pk bulan 12 2017 dari mode B intervensi ke Mode A prasekolah dan putri juga layak ke PPI program penuh Inklusif di aliran perdana seawal pra sekolah 6tahun pada 2018 ... sekolah yang sama dengan izzat dan ini sekolah ke dua izzat ... yang pertama izzat berhenti selepas 2tahun masih sama 2hari dan 2jam je di ppki dan kebetulan nak cari sekolah ppki yang ada prasekolah dan prappki untuk adik2 izzat .. Alhamdulillah Allah swt sebaik perancang kehidupan has dan anak2 , tak habis kisah putri has di uji lagi pada tahun 2016 juga irfan anak ke tiga has juga menampak kan ciri2 hyperactivity dan Autisma. Dan ketika ini umur irfan nak masuk 2tahun , saya refer irfan sewal 1tahun 6bulan buat mchart dan fail banyak dr kkia terus refer pakar kanak2 paedetrik hkl macam kakak putri nya ... dapat terapi carakerja dan terapi pertuturan ot dan st sebulan sekali ...selepas 4bulan genap umur irfan 2tahun , irfan confirm diagnosis Autisma dan seperti kakak putri juga saya dah takde istilah sedih atau airmata kerana saya redha dengan aturan Allah swt atas kurniaan 3 anak istimewa ...
Masa ni lah saya terfikir adakah saya ada Autism juga sebab 50% seakan2 ada ciri2 anak2 saya tanya dr ranjini, dr cindy dan dr Aminah pakar kanak2 anaj2 has .... mereka sebulat suara mengatakan tidak kerana saya masih bertenaga dan boleh handle ketiga anak2 sorang2 dan masa ni lah baru tahu yang suami has sebenarnya ada asperger cuma belum betul2 diagnosis , kerana dia pun dengan dunia nya .. dan saya lebih suka handle anak2 tanpa nya , kerana kami selalu bercanggah pendapat dan dia seperti anaknya jenis tak suka menunggu .. jadi saya biarkan dia buat apa yang dia minat agar emosinya juga stabil dan saya redha dengan aturan perjalanan ini ..
Ingatkan saya cuma ada 3 anak autisma dan bercadang untuk tidak melahirkan anak lagi dengan ambil suntikan perancang kekuarga .. tapi kuasa Allah swt saya mengandung lagi anak ke 4 dan selamat melahirkan baby yusuf pada 5hb7 2018 .. syukur alhamdulillah Aamiin dapat baby lelaki 😍😍😍 saya memang lebih bersedia kerana ilmu tentang dunia anak2 dah ada .lagipun baby yusuf suspek Autisma secara fizikali bila saya bagi gambar tangan ,kaki dan telinga baby yusuf kat dr Aminah dan dr Aminah refer gambar tu kepada dr Ahmad di hkl.. dunia Autisma dan dunia Adhd .. Bercerita tentang ADHD saya juga memang mengalami sejak lahir ...
Tapi saya sedar bila anak2 semua di diagnosis Autisma+adhd, saya nampak ciri adhd tu sejak saya kecil sehingga sekarang ni 😁😁😁 tenaga yang sentiasa berlebihan ... agaknya sebab tu saya sentiasa berfikiran positive kerana saya dah set dan otak saya tak sempat nak proses perkara2 sedih atau berlaku ..tetapi sebalik terus proses maklumat baru dan masa akan datang jadi otak sentiasa aktif bekerja🤣🤣🤣 saya mengalami stress melampau dan menjadi sedih melampau ...risau dengan anak2 saya refer ke psikiatri dewasa kat hkl pada bulan 10 2018 , tapi dr psikiatri dewasa tu cakap saya seorang ibu yang kuat dan takde pun ciri2 depression dan tak perlukan ubat .. tapi ciri2 ADHD sangat ketara dan atas persetujuan saya dan perbincangan di antara dr Ahmad dan dr anak2 has maka saya confirm diagnosis Adhder dewasa ...
Masih jauh lagi perjalanan hidup kami dan banyak lagi has kena belajar tentang dunia Autisma dan adhd serta asperger dewasa ... kerana anak2 has akan menginjak dewasa kelak ... dan di situ lah cabaran lagi hebat seperti ibubapa hebat2 di page Autisme Malaysia yang mempunyai anak2 Autusma dewasa ...
Harapan saya buat ibubapa di luar sana janganlah sedih atau malu bila tahu anak mengalami autisma dan lain2 yang ada masalah pembalajaran ...mereka Anugerah terindah dari Allah swt .. Terima mereka dan bagi sokongan penuh ... siapa lagi kalau bukan ibubapa sendiri yang memahami luar dan dalam anak2 kita .... tak salah bersedih tapi jangan lama2 ...jangan pandang ke belakang tapi teruslah melangkah kehadapan gapai tangan2 anak2 istimewa ini ..kerana mereka boleh lebih improve bila ada sokongan dari keluarga ,cikgu2 dan masyarakat di luar sana .. ingatlah mereka Amanah Allah swt dan mereka bakal memimpin tangan2 kita bersama mereka melangkah ke syurga Allah swt Aamiin ...
Terima kasih buat cikgu2 ppki izzat ,putri dan irfan kerana menerima dan memahami mereka seadanya .
#caknaautisma
#autismawareness
#autism
#autisme
#permatakurnia
#semarakautisma
#semarakbiru
#lightitupblue
Kredit : Haslinah Abdul Hassan.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「ciri ciri orang sabah」的推薦目錄:
- 關於ciri ciri orang sabah 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於ciri ciri orang sabah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於ciri ciri orang sabah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於ciri ciri orang sabah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於ciri ciri orang sabah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於ciri ciri orang sabah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於ciri ciri orang sabah 在 Appecut Sabah - Facebook 的評價
- 關於ciri ciri orang sabah 在 KULIAH KHAS ‼️.Perjumpaan Dengan Pelajar ... - YouTube 的評價
ciri ciri orang sabah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Ujian kekasih beriman.
Bagaimana nak tahu kekasih lelaki anda betul betul beriman, mudah sahaja caranya.
Pertama korang kena pastikan lokasi tempat tinggal kekasih korang, mereka berada di Sabah? Terengganu? Atau di mana mana sahaja, lepas tu sila rujuk lokasi mereka dengan jadual waktu solat dengan klik pada web web Islamik
Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhrim telefon) dan dengar jawapan kekasih anda. Jika:
Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.
Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?
Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.
Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.
Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat whatsapp, “saya solat tadi. Kenapa?”
Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat whatsapp: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”
Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat whatsapp: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik whatsapp sahaja,.”
Dah selesai hubungi kekasih anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?
******
Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:
Jika jawapan A:
Sah belum sempurna iman kekasih kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..
Jika jawapan B:
Belum jelas jugak akan tahap iman kekasih awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin pakwe akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!
Jika jawapan C.
Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat pakwe macam ni. Putus sahaja!
Jika jawapan D:
Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?
Jika jawapan E:
Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab whatsapp sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!
Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.
woha!
,,,,,,,,,,,
Sekian ujian kekasih beriman, sila telefon waktu haid, sebab lepas azan 5 minit masih sempat telefon tunang, itu tanda kaupun ada masalah iman. Dua dua hampeh!
ciri ciri orang sabah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
SOALAN PEMBACA TERPILIH: Saya mahu suami beriman?
En. hamka,
Saya telah baca blog en.hamka dan banyak sangat pengajaran yang saya dapat dari sana... kalo ada masa dan tidak keberatan saya ingin bertanya sedikit, bukan la pertanyaan cuma nak minta sedikit nasihat.saya tau mungkin en hamka seorang yang sibuk dan jika tidak membalas emel ini saya tidak lah berkecil hati...
begini, saya seorang perempuan yang bakal berkahwen pada umur 29 tahun, masalah saya sekarang, baru saya tahu tunang saya pernah terlanjur waktu muda dahulu, tapi sekarang dia sudah berubah,sudah sembahyang, sudah bertaubat, saya pada mulanya tidak dapat terima tapi akhirnya terima juga, apa yang saya takut, adakah seseorang lelaki yang pernah buat jahat waktu muda itu boleh membimbing kita lepas kawen, bagaimana nak tahu tunang saya itu sudah benar benar bertaubat, sebenarnya saya rasa takut tersalah pilih tetapi saya buang jauh2 kerana perasaan sayang saya...apa pendapat en hamka??
ini pertanyaan peribadi saya,jika boleh di kongsikan untuk kebaikan, kongsi la...
terima kasih.
******
JAWAPAN HAMKA KERETAMAYAT.
Macam macam hal korang nih (geleng geleng kepala sambil beristigfar), semoga Allah terima niat baik kita dan zahirkan niat baik kita dengan cara yang terbaik.
Baik, aku perasan sibuk, maka aku akan stick pada satu masalah sahaja untuk aku jawab iaitu “bagaimana nak tahu tunang saya itu sudah benar benar bertaubat?”harap dapat membantu dan orang lain pun dapat tumpang masalah ini.
Baik, bab bagaimana nak tahu pasangan kita itu sudah bertaubat, atau sudah betul betul beriman, mudah sahaja caranya. (bagi aku ler)
Pertama korang kena pastikan lokasi tempat tinggal pasangan korang, adakah mereka berada di Sabah? Terengganu? Atau di mana mana sahaja, lepas tu sila rujuk lokasi mereka dengan jadual waktu solat dengan klik pada web web Islamic, boleh kilik di sini.
Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhrim telefon) dan dengar jawapan pasangan anda.
Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.
Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?
Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.
Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyAllah.
Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi. Kenapa?”
Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Tolong jangan telefon saya selepas azan, kerana saya ada temu janji dengan Tuhan.”
Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa apa, baik SMS sahaja,.”
Dah selesai hunbungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari bertutut turut?
******
Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:
Jika jawapan A:
Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah lengah dan tak rasa bersalah, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi jika di layan, akan cerita dalam kain lah tu, astarfrullahal azim..
Jika jawapan B:
Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat. Woha!
Jika jawapan C.
Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putus sahaja!
Jika jawapan D:
Alhamdullilah, ada ciri ciri orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya.., kan?
Jika jawapan E:
Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!
Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.
Ulasan:
Semua wanita mahukan suami yang beriman (merujuk kepada jawapan artis wanita), sekarang, dalam menilai tahap iman pasangan anda, maka rujuklah pada amalan solat mereka, kerana solat adalah tiang ugama, dan solat adalah amalan pertama yang akan di soal pada hari akhirat, yang mana jika solat lulus, maka akan cerahlan amalan lain untuk lulus seperti puasa, zakat dan haji, kira tahap solat ni jika SPM macam BM wajib lulus, Cuma yang beza SPM dan solat ni adalah, jika tak lulus SPM masih boleh pergi melancong ke pyramid tengok mayat firaun, tapi jika tak lulus solat, alamak masuk nerakalah bersama tuan punya pyramid iaitu Firaun laknatullah,
Solat orang beriman pulak bukan setakat sekadar solat, tapi hendaklah solat secara berjemaah bagi lelaki, dan awal waktu bagi perempuan.
Solat berjemaah adalah petunjuk terbaik dalam menentukan pasangan korang benar benar beriman atau sekadar islam di IC sahaja, zaman nabi Muhammad SAW, nak tahu orang munafik juga melalui solat berjemaah, yang mana mereka yang tidak datang solat berjemaah di zaman Nabi, itulah orang munafik, simple.
Tapi zaman sekarang, aku tak nak letak fatwa mereka yang solat di rumah itu munafik, itu kau jawablah dengan Allah, Cuma menjawab email di atas, yang nak tahu betulkah pasangannya benar benar sudah bertaubat, jawapan aku, rujuklah amalan solat berjemaah mereka.
Ingat falsafah kereta mayat ini:,
Orang islam berjaya bukan sebab ada Negara islam (sahaja) tapi sebab Masjid di negara islam betul betul di makmurkan.. (rujuk masjid Nabawi dan solat sahabat di zaman itu)
Berapa banyak Negara islam hari ini yang telah di jajah Negara Kafir sebagai bukti bahawa Negara Islam sahaja tidak cukup jika orang Islam sendiri mengabaikan solat berjemaah atau tidak ambik bahagian dalam perkara memakmurkan rumah Allah..
Terbukti sudah, Orang yang berjuang untuk dapat Negara Islam acuan mereka sendiri, tapi lupa untuk berjuang meMakmurkan Rumah Allah ikut acuan Nabi, maka mereka adalah bodoh dan Hempeh! (maaf, aku terpaksa guna perkataan ‘bodoh’, sebab tak nak guna hukum akhirat kepada mereka yang belum jadi mayat)
Sambung balik, jadi dah jelas sudah, bahawa menjadi kewajipan ke atas bahu semua orang islam untuk memakmurkan Rumah Allah..
Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)
Apa lagi nak di kata?
Malahan ada juga riwayat bagi tahu Neraka Lam-Lam dicipta untuk orag yang melengah-lengahkan solat…
Itu cerita Ancaman, Fadhilat solat jemaah pula:
Lebih kurang hadith: kalau korang nampak ada satu orang yang selalu ke masjid, maka korang kena bersaksi dia tu ahli shurga,
Hadith lain: 40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam, korang bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama bersama imam, maka belumlah bebas kita ini dari sifat meunafik..oh, pesan pada diri sendiri.
Jadi nak cari calon suami, carilah mereka yang jaga solat berjemaah, atau dapat pasangan yang pernah buat dosa dan mengaku sudah bertubat, jadikan solat berjemaah mereka sebagai petunjuk taubat mereka, kerana jika korang dapat suami yang solat lengah lengah, tak mustahil anak korang akan solat jarang jarang, dan cucu langsung tidak solat. Bila anak cucu tak solat, mana lagi sumber pahala lepas jadi mayat? Tak ke naye?!
“TAPI HAMKA, TUNANG SAYA TU IMAM MUDA, DAN BERTUGAS SEBAGAI IMAM DI MASJID, UJIAN DI ATAS TAK MEMBANTU!”
Kalau imam masjid, cuba buat ujian ni waktu beliau tak bertugas, jika waktu tak bertugas dia solat di rumah, memang bangang!
Woha!
Sekian.
PS: Pastikan korang telefon waktu haid, dan semoga aku dapat amal apa yang aku tulis, pesan kepada diri sendiri.
ciri ciri orang sabah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
ciri ciri orang sabah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
ciri ciri orang sabah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
ciri ciri orang sabah 在 KULIAH KHAS ‼️.Perjumpaan Dengan Pelajar ... - YouTube 的推薦與評價
Perjumpaan Dengan Pelajar-Pelajar Tadabbur Kota Kinabalu, Sabah. . 19 MEI 2023 (JUMAAT) 8:45 MALAM ... CIRI - CIRI ORANG BERIMAN YANG BERJAYA. ... <看更多>
ciri ciri orang sabah 在 Appecut Sabah - Facebook 的推薦與評價
Mempunyai Impian yang besar. ... Suka stalk & mengidolakan orang yang berjaya serta mencuba untuk mendekatkan diri dengan mereka. ... Suka belajar dan tidak pernah ... ... <看更多>