・・・
Hari ini adalah merupakan hari wuquf di Arafah bagi mereka yang berada di Tanah Suci. Hari Arafah adalah hari yang ke sembilan dalam bulan Zulhijjah. Ia merupakan salah satu daripada hari-hari yang dimuliakan oleh Allah SWT serta mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu dan merupakan hari kemuncak ibadah haji
.
1. Berpuasa sunat Arafah bagi orang yang tidak mengerjakan haji kerana orang yang berpuasa pada hari itu, akan diampunkan dosanya selama dua tahun. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Berpuasa pada hari Arafah, aku berharap bahawa Allah akan mengampunkan dosa pada tahun sebelumnya dan tahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)
.
2. Menjaga solat secara berjemaah, memperbanyakkan solat sunat dan qiamulail kerana semua ini merupakan ibadah-ibadah yang paling afdal bagi mendekatkan diri kepada Allah
.
3. Memperbanyakkan doa dan zikir, kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah”.
Selain itu, rebutlah peluang kemuliaan yang ada pada hari Arafah ini dengan memperbanyakkan tahlil, tasbih dan takbir.
Sabda Rasulullah SAW, "Kalimat utama yang aku dan para nabi ucapkan pada senja hari Arafah adalah:
.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَ لَهُ الحَمْدُ ، وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
.
Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu”.(HR. Ath-Thabrani)
.
Memandangkan pada tahun ini kebanyakkan dari kita tidak dapat menunaikan fardu Haji, maka marilah kita merebut peluang ini dan perbanyakkan amalan bagi mendapat keredhaan Allah swt.
.
#arafah #hariarafah #zulhijjah #9zulhijjah #haji #hajj #hajj2020 #islamicreminder
Search