TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 19)
Tempoh sebulan berada di bumi kinanah (Mesir) telah sampai di penghujung. Walaupun pelbagai cabaran, alhamdulillah semuanya berjaya. Tidak ada kejayaan kalau badan tidak terluka. Tidak ada anak burung yang terbang kali pertama tanpa rasa takut. Kejayaan tidak pernah datang bergolek.
Saya senyum sendirian bila menaiki pesawat Excalibur pulang ke bumi England. Semua penumpang adalah pelancong British memburu sejarah, antropologi & arkeologi Mesir. Saya seorang pelancung kedai buku & perpustakaan.
Mereka semua ketawa ria. Air mata saya pula mula menitis laju. Saya rasa amat bersalah meninggalkan isteri & anak2 di St Andrews sebulan suntuk. Mungkin saya ingin dapatkan sangat hadiah award 1000 pound sterling ini (sama dengan 3 x bayaran sara hidup) sampai sanggup meletakkan tempoh kajian selama sebulan. Mungkin tempoh 2 minggu dah cukup.
Saya rasa amat bersalah kepada isteri saya & anak2 yang masih kecil. Pasti mereka kesunyian selama sebulan di negara asing. Saya amat sayu tapi pasti mereka lebih sedih & sayu. Dalam hidup & kerjaya saya, pengorbanan seorang isteri bukan kepalang. Tidak mampu dilakukan oleh semua orang (cerita akan datang nanti).
Pesawat mendarat di Heathrow. Semua penumpang bising gembira. Saya pun tumpang gembira. Semakin dekat dengan pangkuan keluarga. Jam sudah hampir pukul 10.30 malam. Saya terus bergegas mengambil train ke Paddington. Bag saya berat dengan buku2. Tak sabar nak baca & kaji unruk elokkan kajian tesis saya.
Kemudian saya ambil train bawah tanah sekitar jam 11.30 malam menuju bilik sewa (Prof. Dato Dr) Ahmad Hidayat Buang, pelajar PhD di London (beliau senior saya di Maktab Mahmud & Kolej Islam Klang). Berpeluh2 membawa bag berat seorang diri menuju zon 3.
"We need to suspend this service due to IRA threat," suara pengumuman dalam train. Semua penumpang terpaksa keluar di tengah jalan. Jam jampir 12 t/malam. Saya berada di kawasan hitam di London. Amat menakutkan. Saat ini terasa Mesir lebih aman walaupun berdebu. Masalahnya, saya tidak tahu camna nak sambung perjalanan saya. Saya nangis. Orang lelaki juga nangis. Tangisan tidak ada jantina.
(Foto hiasan sekitar tahun 1999).
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「heathrow to paddington」的推薦目錄:
heathrow to paddington 在 泳兒 Vincy Facebook 的最讚貼文
Arrived London ❤Taking the Heathrow express to London Paddington.. and then train to York !
#paperless
#noneedtickets
#onlineticketing
#scancode
#hasslefree
#convenient
#fast
#dontbelateformytrain