*Sabar atas bala & musibah*
*Maulana Ali Hanafiah - 25/1/2021*
- Syukur kepada Allah SWT
- Allah kurniakan bermacam2 nikmat, pancaindera, keafiatan, nikmat iman & islam
- dapat kenal Allah dapat kenal Nabi SAW
- Sabar adalah perintah Allah SWT
- Allah perintahkan fi il amar (menyuruh, sabarlah kamu sebagaimana rasul2 ulul azmi) - mereka diuji oleh Allah SWT
- Nabi Nuh berdakwah, Allah hantar dia 1000 tahun kecuali 50 tahun maknanya 1000-50=950 siang dan malam buat dakwah
- Dugaan demi dugaan sehingga Nabi Nuh berdoa minta Allah
- Hanya 83 org ikut Nabi Nuh
- Nabi ibrahim as, dakwahnya, dihalau oleh Namrud
- Tak ada anak sampai dia dapat anak, terpaksa tinggal di Mekah kemudian dia ke Baitulmaqdis
- Kemudian kembali ke Mekah diperintahkan utk sembelih anaknya
- Nabi Isa as, ujiannya sampai skrg
- Org menyembah Nabi Isa as, org menyekutukannya
- Besar ujian Nabi Isa
- Wa lan tar dho sesekali tidak akan redha org yahudi dan nasrani selagi orang islam mengikut agama mereka
- Sehingga kini mereka berusaha utk merosakkan orang islam
- Allah memerintahkan kita bersabar
- Sabar dalam menerima hukum Allah
- Jangan kamu jadi tak sabar seperti Nabi Yunus as, tak nak buat dakwah dengan org kampungnya, tinggalkan kampungnya, naik kapal, nabi yunus terpaksa keluar dari kapal, terjun dan dimakan ikan paus, duduk dalam perut ikan paus selama 40 hari
- Zikir nabi yunus, lailaha illa anta subhanaka inni kuntuminaz zholimin
- Kalau nabi yunus tidak zikir, Allah swt akan letaknya dalam perut ikan paus sampai hari kiamat
- Kerana zikir ini Allah keluarkan nabi yunus dari musibahnya
- Sabar dalam AlQuran Allah berfirman lebih dari 7 kali
- Sabar adalah satu bahagian yg tersangat penting dalam AlQuran, pentingnya air dalam kehidupan, samalah pentingnya sabar dalam agama
- Air 71% darat 29%
- Allah berfirman, Allah ciptakan setiap benda yg hidup mesti ada unsur air
- Tumbuh2an, manusia
- Apakah kamu tidak beriman lagi dengan Allah?
- Di dalam setiap amalan perlu ada sabar
- Solat perlukan kesabaran, kena khusyuk, 5x sehari, wuduk, puasa dari pagi sampai ke maghrib, menahan diri dari melakukan perkara yg dilarang oleh Allah
- Orang yg sentiasa berzikir hidup di sisi Allah, org yg tak berzikir mati di sisi Allah
- Sedekah, perlukan kesabaran
- Haji, perlukan kesabaran, banyak pantang larang dalam ihram
- Jihad perlukan tahap kesabaran yg tinggi
- Dalam muamalah, tak boleh ada riba
- Menjual beli kena tunjuk barang baru blh bagi duit
- Saidina Ali, jagalah 3 perkara:
- Janganlah seseorang takut kecuali kepada dosa kita sendiri, jangan tengok dosa orang
- Bila takut tengok dosa sendiri, takut nak tengok dosa orang lain
- Allah tutup aib kita
- Rendah diri, tengok keburukan diri sendiri
- Jangan berharap kecuali kepada Allah SWT
- Hanya Allah yg turunkan bala dan boleh angkat bala
- Jangan kamu malu nak belajar
- Jangan malu kalau kamu ditanya sesuatu dan kamu cakap yg kamu tak tahu
- Ketahuilah
- Sabar makamnya seperti kepala pada badan, maka sekiranya terputus kepala dari badan maka binasa jasad kita
- Apabila terputusnya sabar dalam setiap perkara, maka rosaklah setiap perkara dan ibadah kita rosak
- tiada kebaikan kepada hamba jika tiada kesakitan
- Sesungguhnya apabila Allah sayang kepada manusia, dia bagi bermacam ujian kepadanya, Allah memberi kesabaran kepadanya
- Jangan takut dapat bala dari Allah
- Sesungguhnya Allah menyediakan seseorang satu darjat, amalan dia tak sampai pada darjat itu,
- Telah turun kepada Nabi SAW, ayat itu lebih baik dari dunia dan seisinya
- Sesiapa yg buat satu keburukan dapat 1 dosa, kemudian Allah bagi dia kesempitan dan bala atas dunia
- Allah takkan azab kali ke dua
- Orang yg paling dapat banyak nikmat dalam dunia, org itu dicelup dalam neraka sekejap sahaja dan dikeluarkan
- Adakah pernah berlalu dapat nikmat di dunia? Tidak, saya sentiasa dapat azab dan bala di dunia
- Maksudnya, sekali Allah celup dalam neraka, kesakitan itu buat kita lupa dan hilang segala nikmat yg Allah berikan di dunia
- Orang yg paling dasyat bala di dunia, dia dapat masuk syurga sekejap sahaja, Allah tanya, pernahkah kamu pernah rasa susah di dunia? Dia kata tidak, saya rasa nikmat sahaja di dunia.
- Orang yg sentiasa memuji Allah swt ketika dalam kemudharatan - inilah orang yang sabar, tidak merintih
Allah bawa 4 Nabi sebagai saksi -hujah atas 4 jenis manusia
- Nabi Sulaiman bin Daud: kepada orang kaya, kekayaan telah menyibukkan dgn dunia, Nabi sulaiman kekayaannya tidak menghalangnya utk beribadah kepadaNya
- Nabi Yusuf dijadikan hamba, dikhianati adik bradik (dengki dan campak dalam perigi), dijual dan dibeli gabenor mesir.. kepada hamba datang di akhirat, bila jadi hamba tak ada masa utk beribadah
- Fakir miskin, hujahnya Allah bawa Nabi Isa as, sesungguhnya hajat aku keperluan aku menghalang aku utk beribadah kepadaMu.. adakah kamu lagi miskin atau nabi Isa lebih miskin?
- Orang sakit dengan hujah Nabi Ayub as.. kesakitan telah menghalang utk beribadah kepadamu. Adakah sakit kamu lebih dasyat dari Nabi ayub? Sesungguhnya kesakitan nabi ayub tidak menghalang dia utk beribadah kepadaKu
- abu dardar seorang sahabat Nabi SAW yg sangat zuhud
- Kehidupan di dunia sangat sekejap, persinggahan menuju ke akhirat
- Makruh: yg tidak disukai, tinggal dapat pahala, buat tak berdosa
- Manusia tak suka kepada kemiskinan, tapi Abu Dardar suka fakir miskin sebab sifat hamba
- Manusia tak suka kematian, tapi Abu Dardar suka
- Manusia tak suka sakit, tapi Abu Dardar suka supaya Allah dapat ampunkan dosa
- Abu Dardar cintakan kematian sbb rindu nak jumpa Allah SWT
- pasangan kita, anak2 kita, ahli keluarga kita, sahabat2 kita, akan menjadi saksi kita di akhirat
- Merintih, meminta doa kepada Allah SWT
- Manusia yg jenis mana yg paling kuat ditimpa bala,
- Yg pertama nabi2
- Orang2 soleh
- Orang2 yg mengikuti jalan org2 soleh
- Cara Allah nak tinggikan darjat dengan bagi bala pada orang2
- Hawariyun - pengikut bani israel
- Bila ditimpa bala, kena senang hati
- Allah bawa kita dalam jalan org yg soleh
- Maka, apabila nak lalui jalan org soleh, kena lalui kesusahan
- Bila Allah bagi kesenangan, kena menangis utk diri kamu kerana jalan itu adalah jalan yg berbeza dari jalan org2 soleh utk mendapat maqam yg tertinggi oleh Allah SWT
- Betapa dasyat kelaparan Nabi SAW
- Sahabat sampai menangis melihat Nabi SAW, sanggup buat apa sahaja utk Nabi SAW
- Apakah yg kita telah buat utk Nabi SAW, apakah yg kita pernah buat agama
- Bersiap sedialah dengan baju yg tebal, demi Allah bala itu lebih cepat kepada org yg mencintai Nabi SAW
- Barangsiapa yg mencintai Nabi SAW maka akan melalui jalan susah payah, jalan mujahadah, jalan Nabi SAW
- kesabaran paling tinggi, apabila kita boleh sabar dengan perkara yg kita boleh untuk lawan contohnya orang berkasar dengan kita, bersabar di kala kita mampu utk berlawan tapi kita tidak melawan.. kita bersabar
- Ganjaran sabar Allah tak kira, terlalu banyak, tak dapat nak timbang/kira
- Bi ghoiril hisab, bukan tak boleh kira, tapi terlebih dari timbangan utk dihitung
- Orang yg bersabar, malaikat tanya, siapa kamu? Kami orang2 bersabar.. maka malaikat menjawab masuklah kamu ke dalam syurga
- Mereka masuk syurga tanpa hisab
- Kita hidup di dunia utk dapat redha Allah, doa minta redha Allah, minta syurga Jannatul Firdaus
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過86萬的網紅SYEDOT ASMR,也在其Youtube影片中提到,ada yang pernah makan IKAN JERUNG? aka IKAN YU aka IKAN SHARK FIN aka WHALE SHARK.. tapi kita selalu panggil Ikan Yu je dan mejoriti ramai buat Sup se...
ikan nabi yunus 在 Facebook 的最佳貼文
PKP di zaman Nabi?
PKP atau Perintah kawalan pergerakan, yang mujahadah bagi kita, ada tak perkara ala-ala PKP yang terkena pada Nabi Nabi terdahulu? Ada…
• Nabi Yunus 40 hari dalam perut Ikan
• Nabi Musa 30 hari di Bukit Tursina, lepas tu bila kaumnya murtad, Allah tambah 10 hari menjadikan 40 hari.
• Nabi Ibrahim 40 hari dalam api
Ada lagi tak?
Dan dengar cerita PKP kita akan di sambung mungkin mencecah 40 hari.
Maka beruntunglah siapa yang sepanjang PKP ni dapat jaga solat berjemaah bersama keluarga dan dapat takbir pertama bersama Imam, beruntunglah kerana ada hadis, barang siapa yang solat berjemaah bersama takbir pertama, akan mendapat jaminan kebebasan dari api neraka dan bebas dari sifat minafik.
Jom rebut dua insuran dari Allah melalui amalan ini.
Amin...
Alkisahnya..
Semalam anak baca taklim, kisah sahabat yang agak panjang dan menariknya, kisah sahabat tu ala-ala PKP.
Tiga sahabat Nabi kena pulau sebab tak ikut Jemaah dakwah dan jihad, yang mana waktu semua penduduk lelaki Madinah keluar berjihad, tiga sahabat ni sibuk dengan kerja dikebun nak petik kurma baru masak.
Nama sahabat itu adalah Kaab, Hillal dan Murarah R.A.
Bila Nabi balik berdakwah, lapan puluh orang munafik bagi alasan ada masalah peribadi tak dapat join nabi berdakwah dan berjihad lalu Nabi maafkan, tapi tiga sahabat ni tak nak cakap bohong dan pilih untuk mengaku bersalah, sibuk dengan kebun.
Lalu ketiga tiga mereka kena hokum ala ala PKP, iaitu semua orang kena jarakkan hubungan social dengan ketiga sahabat tadi, tak boleh bercakap, tak boleh tegur, pendek kata semua kena pulaukan orang yang sengaja tak nak bantu agama kerana sibuk dengan dunia.
Malahan isteri mereka semua balik rumah masing masing kecuali isteri Hilal sebab Hilal dah tua tak mau nak urus diri. Isteri Hilal minta izin nak jaga suami uzur dan Nabi benarkan tapi tak boleh bersetubuh.
Maka bermulah episode kemurungan tiga sahabat itu, sangat sedih dan nangis hari hari.
Sahabat tu pergi pasar tiada orang tegur, pergi masjid orang tak tegur, salam pun orang tak jawab, semua penduduk Madinah patuh arahan Nabi iaitu jangan buat hubungan social dengan orang yang sengaja tak nak ikut keluar berdakwah dan berjihad.
Aduh, sedihnya.., sahabat tu sangat takut mati waktu PKP tu sebab bimbang masuk neraka sebalum Nabi maafkan mereka, dan dalam masa yang saba Sahabat juga takut Nabi wafat waktu mereka masih PKP sebab tiada siapa yang boleh bantu mereka.
Sahabat tu kena pulau lebih 40 hari hingga orang kafir datang dakwah mereka suruh tukar agama dan nak bagi hidup mewah kat nagara kafir.
Bencana apakah ini? Sahabat tolak pelawaan negara kafir dan pilih untuk sabar sambal serah pada Allah.
Sabar itu indah.., Sahabat terus setia pada islam dan mengaku bersalah dalam bertaubat, hari hari menangis bertaubat hingga hari ke 50, Allah ampunkan dosa mereka dan Nabi umum taubat mereka di terima lepas solat subuh, terus sahabat ni peluk Nabi dan bagitahu nak bagi semua harta untuk agama tapi Nabi suruh simpan sedikit untuk anak bini.
Moral cerita ni, zaman Nabi, tak ikut Nabi berdakwah kena PKP, kena pulau.., akhir zaman lagi sedih, orang berdakwah pulak yang dipulaukan, aduh..
Sempena PKP di rumah ini, marilah kita insafi dosa kita yang banyak abaikan dakwah .
Kepada Allah kita semua akan kembali, dan seburuk buruk takdir bila kita dipulau oleh Allah di akhirat, nak pergi mana? Maka insafilah, bertaubatlah kerana abaikan agama sebelum ini, dan moga Allah ampunkan dosa kita semua keraan Allah Maha pengampun.
Semoga woha sampai syurga.
Woha!
ikan nabi yunus 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
Tazkirah Jumaah - 4 Disember 2020
Allah SWT berfirman (maksudbya), "Pasti sesungguhnya Tuhanku akan memberi petunjuk kepada aku (sebagai jalan keluar)".
قال الله تعالى:
كلا ان ربي سيهدين
Latar belakang ayat ini: Bila mana Nabi Musa a.s. & pengikutnya dikejar oleh Firaun & tenteranya sehingga tersepit di Laut Merah, Nabi Musa a.s. masih positif & bersangka baik dengan Allah SWT.
Pengajaran:
a. Sikap bersangka baik malah melihat sesuatu perkara secara optimistik adalah sifat & akhlak para Nabi a.s. Apakah makna sifat optimistik (tafa'ul)? Mengharapkan campur tangan & interversi langit untuk mendapat perlepasan & kejayaan walaupun semua petunjuk & petanda menunjuk kepada sebaliknya.
b. Dalam keadaan tertekan & tersepit, kita hanya ada dua pilihan; bersikap positif atau bersikap negatif. Cuma kalau kita bersikap negatif, kita sudah pun gagal dan terbenam sebelum gagal.
c. Kenapa perlu kepada minda dan sikap optimistik? Pertamanya ia akan menjadikan diri kita lebih berkreativ. Keduanya, kalau ditakdirkan kita gagal & terbenam pun, kita tumbang dengan hati & paru2 yang penuh dengan gelombang keimanan & harapan kepada Allah sesuai dengan maksud tersirat hadith Nabi SAW yang menyuruh kita terus menanam benih pokok walaupun detik kiamat dah bermula.
d. Sifat optimistik bukan sifat kosong. Ini tidak akan timbul bagitu sahaja. Ia sudah dibina dari awal perjalanan. Semasa Nabi Musa a.s. diarah oleh Allah SWT menuju Laut Merah, Baginda a.s. sudah mula membina minda & sifat optimistik. Malah, ia sudah bermula apabila Nabi Musa a.s. diarah berjumpa dengan Firaun secara mata bertentang mata.
e. Sinopsis perbandingan antara cerita Nabi Musa a.s. dan Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus putus asa & tidak optimistik dengan rahmah & hidayat Allah SWT selepas kaumnya melakukan kemaksiatan. Nabi Yunus a.s.merajuk membawa diri sehingga ditelan ikan besar sehingga dipanggil oleh Allah dalam surah al-Qasas sebagai "Wahai orang ikan (يا ذا النون)" sebagai sentuhan teguran dari Allah SWT. Nabi Yunus a.s. tidak tahu bahawa Allah SWT telah menerima taubah kaumnya. Nabi Yunus a.s. tidak bersikap optimistik. Dalam kisah Nabi Musa a.s., Nabi Musa sentiasa optimistik.
Mohon share.
MDB
ikan nabi yunus 在 SYEDOT ASMR Youtube 的精選貼文
ada yang pernah makan IKAN JERUNG? aka IKAN YU aka IKAN SHARK FIN aka WHALE SHARK.. tapi kita selalu panggil Ikan Yu je dan mejoriti ramai buat Sup seperti di HOTEL² buat atau masak Kari.. ada yang pernah makan?
Mencari Ikan Segar? Murah? Boleh whatsapp: www.wasap.my/601131832796 (dia ada group tau, utk harga, korang boleh whatsapp dan minta group wasap utk tengok harga jualan setiap hari)
………………
Subscribe & Tekan All Bell Notification ?
SYEDOT GAMING : http://youtube.com/c/SYEDOTGAMING?sub_confirmation=1
SYEDOT ASMR : http://youtube.com/c/SYEDOTASMR?sub_confirmation=1
Jom Join Group Telegram, Aku Ada Dlm Tu Tau: https://t.me/syedotnation
Jom Follow IG Syedot: https://www.instagram.com/syedot.asmr
▬▬ Follow Socmed Syedot ▬▬
instagram : @syedot.asmr
https://www.instagram.com/syedot.asmr/
twitter : syedotASMR
https://twitter.com/syedotasmr
facebook : syedot ASMR
https://www.facebook.com/syedotASMR
facebook page : syedot ASMR
https://www.facebook.com/omgsyedot/
▬▬ Waktu Upload ▬▬
ASMR MUKBANG:
ISNIN 630PM
RABU 630PM
JUMAAT 630PM
GAMING VIDEO: @SYEDOT GAMING
SELASA 8PM
KHAMIS 8PM
▬▬ ASMR + EATING SHOW ? ▬▬
▪︎ Hi, thanks singgah ke channel aku dan yah aku buat video ASMR CRIPS SOUND with combination EATING SHOW MUKBANG
▪︎ Bermaksud gabungan crips sound dari ASMR dengan EATING SHOW berborak borak sambil makan (actually aku baru perasan orang Korea pon da start buat STYLE macam ni).
▪︎ Kenapa tak buat whispering/no talking, sebab rakyat Malaysia masih tak boleh terima Whispering/No Talking (sebelum ni mmg buat cara ni pon, insyallah maybe akan datang akan buat semula).
▪︎ Serta Whispering ni kebanyakkan buat sebab nak sync dengan sound quality dari crisp sound jadi kalau cakap normal akan pecah sound tu dan dorang malas nak edit terjadilah Whisper/No Talking untuk save their time.
▪︎ Bagi aku, ASMR FOOD bukan untuk Relaxation or Sleeping ya! sebab ASMR FOOD ni dia enhance kan bunyi so, White Noise/Humming akan kuat gila kalau guna eaphone jadi tak relax langsung, tapi untuk TRIGGER jadi LAPAR, CRAVING itu semestinya!.
▪︎ Untuk Relaxationg & Sleeping boleh tengok video aku Upload setiap hari Rabu 9PM DUA MINGGU SEKALI yang ini yes! Whispering dan cakap dengan nada perlahan untuk sync dengan brain korang ketika pakai earphone dan buat triggered gila gila sampai meremang bulu roma terutama bahagian tulang belakang.
▬▬ Apa Itu ASMR FOOD? ▬▬
▪︎ ASMR untuk merasakan kenikmatan dan untuk menaikkan stimulasi deria.
▪︎ Anda juga boleh gunakan earphone atau headphone.
▪︎ Jika anda tidak menyukai EATING SOUNDS, PLEASE DO NOT WATCH IT tau.
▪︎ Video ini mengandungi BUNYI MAKAN, MENGUNYAH TAPI TUTUP MULUT BUKAN CHUP CHAP CHUP CHAP dan seangkatanya yang sangat kuat.
▪︎ ASMR adalah Autonomous Sensory Meridian Response, atau lebih mudah dirujuk sebagai Braingasm.
▪︎ ASMR adalah stimulasi deria sensasi yang memberikan impak perasaan positif yang menyalur dari kepala, tulang belakang, sampai belakang tubuh dan akan memberi impak naik bulu roma juga.
▪︎ Setiap orang mempunyai ASMR triggers yg berbeza beza dan saya berharap anda menonton video ini dapat trigger diri anda.
▬▬ ▶︎ Hashtag ◀︎ ▬▬
#mukbangmalaysia #asmr #eatingshow #mukbangindonesia #mukbang #asmrmalaysia #asmrindonesia
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/JXuk4QZbn3E/hqdefault.jpg)