Nabi Khidir masih hidup?
Satu hari ada sorang ustaz bernama Khidir yang sangat awet muda nak pindah, kacak orangnya berwajah macam pelakon Aquaman, beliau ni dah hampir 10 tahun duduk area sini, tak kahwin dan banyak buat hal sendiri, seorang yang suka bercucuk tanam sebab dalam rumahnya penuh dengan pokok menjalar. Jubah dan serban kegemarannnya warna hijau, dengan janggutnya yang putih, sekali sekala nampak macam bekas kumpulan Arqam.
Bila tahu Ustaz Khidir nak pindah, saya tolong kemaskan barang dia, tak banyakpun barang yang nak di bawa, hanya satu bungkusan bersaiz kain pelikat yang di lipat, apa yang menarik, waktu kemas saya jumpa dengan Tongkat purba, saya pun buat lawak:
“Ini tongkat Nabi Musa ke Ustaz?”
“Macam mana kau tahu?”
“Nampak pelik dan unik”
“Selawat sikit waktu pegang tu, ambik berkat”
“Allahomusuluahimuhammad, ustaz ambik kat mana ni?”
“Panjang ceritanya anak muda..”
“Kejap, cincin kat tangan ustaz tu cincin Nabi Sulaiman kan?”
“Macam mana kau tahu?”
“Dah ustaz cakap ini tongkat Nabi Musa, tentu pekej dengan Cincin Nabi Sulaiman”
“Kau ni terer anak muda, baik sekarang ustaz nak tanya, nampak tak peta dunia di dinding tu?”
“Nampak, ada dua tanda merah, nak suruh saya teka ke?”
“Cuba teka?”
“Baiklah, tanda di lautan itu lokasi persembunyian Dajjal, dan tanda di daratan tu lokasi persembunyian Yakjud dan Makjud, betul tak?”
“Perghhhh, engkau ni kasyaf ke apa?”
“Bagilah hadiah sebab saya dah teka semua betul”
“Apa hadiah kau nak?”
“Saya nak ustaz cakap jujur, tak boleh bohong, atau bergurau akan soalan saya selepas ini”
“Baiklah, ustaz setuju”
“Ustaz ni siapa sebenarnya?, saya nampak tak tua tua pun, dan 10 tahun saya kenal ustaz, wajah dan badan, masih maintan macam dulu, apa rahsia?”
“Baiklah, sebab kau nak ustaz cakap jujur, ustaz ni adalah Nabi Khidir”
“Ha ha, yelah tu, tak kan Nabi Khidir cakap melayu?”
“Habis tu dah hidup beribu tahun, semua Bahasa ustaz tahu!”
“Baiklah ustaz, apa ustaz buat pada hari ini ditahun 500 masihi?”
“Baik ustaz tanya balik, apa kau buat tahun lepas di hari ini?”
“Aduh.., tak ingat?”
“Tahun lepas pun kau tak ingat, maka jangan nak terjah tanya perkara 1500 tahun yang lepas”
“Kenapa ustaz tak kahwin?”
“Nanti bini ustaz tua, ustaz masih muda, tak sanggup ustaz nak hadap semua tu”
“Jadi ustaz mampu lihat masa depan? Dan ubah takdir macam zaman Nabi Musa tu?”
“Itu Anugerah Allah”
“Ajarlah saya ustaz..”
“Nak belajar ilmu ni kena ada ilmu sabar, Nabi Musa pun tak lepas nak belajar ilmu lihat masa depan dan ubah takdir, lagi kan kau sorang pemandu keretamayat, tak payahlah”
“Okey, saya layan, kalau betul ustaz Nabi Khidir, kenapa selama ni tak tolong umat islam yang tertindas?"
“Kau ni buta sejarah ke apa? Kerja Nabi khidir bukan ubah semua takdir, rujuk zaman Nabi Musa waktu Bani Israel tertindas pun Nabi Khidir tak mampu melawan takdir, sebab dunia ni memang Allah yang atur, dan kita usaha agar berada dalam watak yang baik, janji Allah akhir zaman masjid akan sikit orang datang, Nabi Khidir pun tak boleh lawan takdir ini, tapi kita usahakan agar kita hadir ke masjid walau zaman Covid sekalipun, jadilah yang sikit sebab kita memang di akhir zaman”
“Tapi ustaz kan Nabi, patut tolonglah ubah takdir, selamatkan dunia!”
“Adohai kau ni, Nabi Adam pun tak mampu ubah takdir isterinya makan buah larangan, juga tak mampu hentikan pembunuhan anaknya. Lagi? Nabi Nuh pun tak mampu selamatkan anaknya yang lemas, Nabi Luth pun tak mampu selamatkan isterinya yang menyokong Homoseksual. Kau faham tak ni?”
“Err, tak faham, terangkan lagi, saya dengar”
“Beginilah, zaman Nabi Muhammad SAW, waktu keluarga Yasir di seksa, Bilal di palu, Khabbab di bakar, dan Sumayyah di bunuh, Nabi kitapun tak mampu waktu itu nak halang takdir yang menimpa ummat Islam, hingga Nabi sendiri dipulau ke lembah yang jauh dari kampong, dan dikenakan sekatan ekonomi, lalu bayi orang islam meninggal di atas ribaan ibu ibu yang menangis bermujahadah di jalan Allah! Kau rasa?"
“Saya rasa, ustaz berbohong konon ustaz ni Nabi Khidir, sebab tak nak bantu ummat...”
“Come on Hamka, Sejarah dah lama buktikan ketika para Nabi masih hidup, bukan setakat ummat masih teraniaya dan ditindas, bahkan ada waktunya Nabi atau Rasulnya yang kena bunuh oleh orang Kafir, rujuk kisah Nabi Zakariya di gergaji, Nabi Yahya di pancung!”
“Lalu..?”
“Lalu.., janganlah kamu harap Nabi Khidir nak tolong ubah takdir ummat islam, jika ummat islam sendiri tak nak ubah takdir mereka, kerana janji Allah, kitalah yang boleh ubah nasib kita, bukan Nabi Khidir atau siapa siapa”
“Saya tak faham?”
“Usahkan kau, Nabi Musapun waktu ikut Nabi Khidir, tak faham dan tak sabar, ingatlah ilmu kamu sangat cetek dengan Ilmu Allah, Nabi Musa sendiripun pelik bila tengok Nabi Khidir lubangkan sampan orang miskin, lepas tu di kampung orang biadab, di baiki dinding rosak, dan lepas tu bunuh kanak kanak”
“Sebab ustaz mampu tengok masa depan?”
“Itu Ilmu Allah bagi pada Nabi Khidir, dan kau tak perlu faham, sebab kau Ummat Nabi Muhammad, kau follow jer Al quran dan Sunnah serta ulamak, InsyaAllah, ustaz nak cepat ni, air dah nak pasang”
“Kejap ustaz, kenapa ustaz tak jumpa nabi Muhammad?”
“Jika ustaz jumpa kenapa nak kena bagitahu?, ustaz ada ziarah kubur Nabi, Saidina Ali Nampak ustaz dan terus kenal siapa ustaz sebab Saidina Ali Ilmunya luas, lepas tu dekat kaabah, ustaz ada borank dengan Saidina Ali, lepas zaman tu, ustaz juga pernah jumpa dengan Umar Ibnu Aziz, Abu Zuura ustaz jumpa dua kali, waktu dia muda dan waktu dia tua, terkejut dia tengok ustaz kekal muda”
“Sembang dengan fakta ni ustaz, jadi akhir zaman nanti ustaz akan bertemu Dajjjal dan sihirnya tak mampu bunuh ustaz?”
“Itu Ilmu Allah, ustaz tak perlu cerita detail sebab tak wajib untuk kamu tahu ilmu ustaz khidir”
“last ustaz, saya nak tanya, mana satu betul? akidah Asyaari atau akidah Wahabi?”
“Ustaz tak nak campur urusan akidah kamu, sebab Agama islam sudah sempurna, bermakna setiap masalah tak perlukan campur tangan Nabi, ummat ini mampu bermuzakarah dan berpakat pada perkara kebaikkan, ambil lah fatwa dari hati yang bertakwa, sungguh perbezaan pendapat itu rahmat selagi tak bertentangan dengan Akidah dan Fekah”
“Eh? Ustaz nak ke mana tu?”
“Ustaz nak belah laut dengan tongkat Nabi Musa ini”
“Kejap ustaz, katakan ini semua dusta, saya nak call pejabat agama cakap ustaz mengaku nabi Khidir dan buat ajaran sesat!”
“Ha ha, saya tak mengajar siapa siapa, kalau kau tak percaya kau tengok ni”
Terus ustaz tu baling tongkat ke arah laut, sebab rumahnya berdekatan dengan laut, tapi tiada apa apa yang berlaku, saya cemas menunggu laut terbelah, suasana sunyi sepi, hanya kedengaran ombak mengempas pantai.
Tiba tiba datang orang gila berpakaian ala ala Din Beramboi, dan berkata:
“Hamka, dan nak magrib ni, speaker surau rosak, kau kan pandai elektronik?, Imam Sufi Sufian sebut sebut nama kau tadi, baik kau cepat”
Saya menoleh pada ustaz yang mengaku Nabi Khidir dan bertanya, tak nak solat Jemaah sekali ke?
“Saya dah niat musafir, kau pergi dulu”
“Tapi ustaz, tolonglah tarik balik dakwaan ustaz tu Nabi khidir, tak boleh tidur saya malam karang”
“Ha ha, kau yang mulakan dulu, tongkat Nabi Musalah, cincin Nabi Sulaiman lah, ustaz ikut game kau, kan dah terkena”
“Tapi kata kata ustaz tadi masuk akal”
“Benda boleh Google di internet, kau pergilah dulu, satu kerja pulak ustaz nak cari tongkat yang dah baling tadi”
Saya pun bergegas ke masjid, baiki speaker, lepas tu masuk waktu magrib, solat semua, tiba tiba lepas isyak, orang gila berpakaian macam Din Beramboi datang bagi surat, katanya dari Ustaz Khidir.
Saya baca:
“Ustaz Khidir pergi dahulu duhai hamka, Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan. Janganlah pula apabila kamu melakukan kekhilafan, berputus asa dengan kekhilafan yang telah dilakukan itu. Menangislah disebabkan kekhilafan yang kamu lakukan, wahai Hamka keretamayat, Jumpa lagi lain kali.
Sedih pula baca ayat dari ustaz Khidir, rupanya itu hari terkahir saya jumpa dengan ustaz Khiddir, waktu baca surat itu Din beramboi masih ada di sebelah saya, terus saya pun Tanya:
“Magrib tadi, ustaz Khidir ke mana?”
“Ustaz cari tongkat tepi pantai”
“Jumpa tak?”
“Jumpa....”
“Lepas tu ustaz Khidir buat apa?”
“Lepas dah jumpa, tiba tiba Tongkat tu jadi ular besar, dan Ustaz Khidir naik Ular raksasa tu dan masuk dalam laut”
Woha!
SEKIAN.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ps: Adakah Nabi Khidir masih hidup? wallahualam, hanya Allah yang mengetahui. Namun Cerpen ini hanyalah rekaan semata mata, tiada kena mengena dengan mana mana bakal mayat atau yang dah jadi mayat, namun dialog bab agama dipetik dari Al quran dan hadis adalah benar. Kesimpulannya, jika orang gila tu berbohong, maka tertipulah kiter. Woha!
iklan sikit:Jom belajar hafal yassin dan jom jadi ejen ebook dengan komisyen 50%, klik sini: https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/order/form/yasin/hamka
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Lupa bonda nk kasi info..rugi x cerita habis2 ilmu yg baik.. Kalau xda mesin pakai blender biasa jer..Rebus kacang ni lama smapai lembut (pakai presu...
ilmu awet muda 在 bie.yusof Facebook 的最佳貼文
Chocolate is my all time favorite. Tak pernah tak suka coklat. Tapi bila berdiet, jadi dilema sebab tak tau boleh ke idok makan coklat. Kalau nak tau coklat pilihan saya ofcoz dark chocolate yang ada lebih 80% cocoa. Sedapnya😋. Nak tau khasiat dark chocolate?
.
Selain baik untuk kesihatan jantung, coklat hitam mampu mengurangkan pembekuan kolesterol. Ia turut mampu mengurangkan tekanan darah jika dimakan dengan sederhana dan mengikut peraturan
.
Kajian menunjukkan memakan coklat hitam mengikuti kuantiti yang dibenarkan setiap hari selama dua minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah dengan ketara
.
Selain itu bagi wanita, coklat hitam ini mampu menjadikan kulit berseri dan mengekalkan awet muda kerana ia mengandungi mineral serta vitamin A, C dan E, meningkatkan peredaran darah sehingga ke otak dan merangsang ingatan
.
Anda tidak perlu bimbang kerana lemak yang terdapat dalam coklat hitam ini tidak menggemukkan
.
Turn on notification agar tak tertinggal tips dan info di posting saya🤗
.
TAG & SHARE semua posting saya dekat family dan kawan-kawan ye
.
Coach Bieyusof 0196056471
Follow ig @bie.yusof
MUDAHNYA KURUS DENGAN ILMU, COACH DAN SUPPORT GROUP👍
.
#sedap #sedapgiler #malaysiafood #makanmakanmakan #fitmuslim #resepimudah #bruneifood #malaysiaonlineshopping #bajuplussizemurah #skirtplussize #kasutplussize #gemokisawesome #MiraFilzah #NLFH #darkcoklat #tipskurus #NLF #coklat #ebitlew #tudungbidang60 #lazada #lazadamalaysia #shopee44megashoppingday #shopee44crazyflashsale
ilmu awet muda 在 Facebook 的最佳貼文
Satu hari Anak bertanya:
“wahai ayah, Apa yang paling penting dalam hidup?”
Lalu saya Tanya anak balik:
“Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”
Anak jawab betul, dan bila bincang tentang masalah itu, semua masalahnya yang lain menjadi kecik dan simple sahaja.
Memang betul, dalam hidup ini, jika kita faham tentang masalah terbesar dalam hidup, maka segala ujian, kesusahan, penderitaan, dan lain alain ujian semunya adalah sangat kecil.
Jadi, apakah masalah terbesar itu?
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Alkisahnya ada seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz, katanya tuhan tidak adil…
Kenapa?
Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.
Lalu tanya ustaz, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”
Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.
Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?
Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.
Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.
Tuan tuan, kita tengok cina mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?
Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!
Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!
Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.
Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.
Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Jadi anakku masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.
Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.
Terima kasih Allah, bagi kami Islam,
Senang cerita, wahai Anakku, ada lima perkara paling penting dalam hidup iaitu:-
1) Agama:
Pertama kita kena sedar kita sedang berada dalam nikmat yang paling besar, tiada nikmat yang paling besar dari nikmat dapat beriman kepada Allah. jagalah agama sepanjang hidup ini kerana inilah perara yang paling utama! Dengan agama, kita layak masuk syurga tapi layak juga masuk neraka kerana abaikan agama, maka carilah ilmu agama, amal dan sampaikan, faham?
(anak angguk tanda faham)
2) Keluarga:
Nabi adalah orang yang paling baik dengan keluarganya, memeluk dan mencium anak anak, bergurau senda, dan lain lain, maka hidup ini akan sepi tanpa cinta dan semua orang perlukan cinta, sebaik baik cinta pada manusia adalah pada keluarga, dan di hujung usia, jika orang yang kita sayang sakit dah lumpuh, dengan cintalah kita akan mampu menjaganya hingga hujung hayat, sanggup suap makan, sanggup basuh najisnya, peluk dan belai dengan penuh ikhlas, semua itu adalah cinta.
Korang main game online dengan kawan, ayah panggil ajak makan, korang cakap kejap!, geme sedang online tak boleh pause nanti kawan perli, lalu ayah dan bonda makan tanpa korang padahal jika korang sakit terlantar ada kawan game korang nak suap makan? Nak tukar lamping korang jika terlantar?
Kawan ni kita borak sampai kedai kopi tutup, lepas tu sembang lagi sambil berdiri sebab banyak topik best, tapi esok kita lumpuh ada dia datang hari hari nak mandikan kita?, nak tukar basuh kencing berak?, suap makan? Ada?
Maka jagalah hubungan dengan ibu ayah, selalu jengah ayah dan ibu walaupun kita sibuk, selalu cari masa agar dapat Bersama orang yang kita sayang, si ibu bapa pula luangkan masa dengan anak, dan tolong hidup ini jangan sakitkan hati orang yang kita sayangi atau orang yang sayangi kita. Tolong!
Hidup terlalu singkat untuk bergaduh maka berdamai dengan semua ahli keluarga adalah tujuan utama cinta dalam untuk meneruskan hidup yang Bahagia, faham?
(anak angguk tanda faham)
3) Kesihatan
Nabi menjaga kesihatan, maka makanlah dengan ilmu, dan bersenamlah dengan ilmu, bersukanlah dengan ilmu, beriadahlah dengan ilmu, usahakan agar kesihatan kita membuatkan kita lebih mampu beribadat dan lebih bermanfaat kepada keluarga. Ayah Alhamdulillah mampu derma darah tiap enam bulan, mampu (hiking) naik puncak tertinggi Malaysia (daki kinabalu), mampu menyelam (diving) dan berenang(snorkeling), Alhamdulillah, sangat seronok hidup bila sihat (dan nikmat ini akan hilang bila tua)
Maka Buatlah target kita yang nak jaga pasangan kita yang sakit, bukan pasangan kita yang nak kena jaga kita yang sakit. Bila kita sakit siapa yang nak jaga kita? Allah! Dia selalu ada bagi mereka yang bersabar. Faham?
(anak angguk tanda faham)
4) Kerjaya
Hidup perlukan wang dalam poket agar kita boleh tolong orang, makanan atas meja agar anak bini tak lapar, dan stok makanan dalam peti ais agar anak bini tak risau, barulah hidup kita tak menyusahkan orang, maka carilah ilmu agar dapat mencari wang tanpa abaikan agama, cari wang dan meriahkan keluarga, cari wang tanpa abaikan kesihatan dan cinta. Cari wang perintah Allah!
Rukun Islam yang wajib ada dua tempat perlu pada wang, iaitu zakat dan haji, maka carilah kerjaya yang boleh banyak dapat wang, tanpa abaikan agama dan keluarga, insyaAllah. Target jadi orang kaya yang baik, jangan target nak jadi kaya perasan baik. Jangan sengaja jadi orang miskin.
Rezeki berganda akan sentiasa ada bagi orang yang berusaha, maka fahami zaman kamu cara wang bekerja, maka mudahkan wang itu datang ke poket kita. Dah banyak wang jangan lupa bantu orang, sungguh tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Faham?
(anak angguk tanda faham)
5) Masa lapang.
Masa lapang adalah nikmat kelima terbesar selepas kerjaya, kesihatan, cinta, dan agama.
Maka masa lapang adalah masa lapang, jangan sibuk kerja sampai tak ada masa lapang, dan fitrah manusia perlukan masa lapang untuk “me time”, buat apa yang kita suka, baru tak stress, orang panggil HOBI.
Hobi ayah adalah membaca, menonton dan menulis, tapi pastikan hobi kita bukan bertaraf ‘end user’, iaitu hanya untuk kepuasan kita, biarlah hobi yang boleh dikongsi dengan orang lain dan memberi kebaikkan, lagi bagus jika hobi kita dapat membantu agama, dapat membantu keluarga, dapat membantu kesihatan dan dapat wang! Oleh sebab itu, apa yang ayah tonton, baca, ayah akan tulis balik dengan bahasa yang mudah agar orang boleh ambik manfaat dari pengalaman ayah. Nampak tak?
Akhir kata, sungguh dalam hidup ini, susunlah hidup dengan baik, ingat lima perkara yang ayah ceritakan tadi, dan sungguh hidup ini adalah untuk di urus, bukan untuk di risaukan, bila kita berjaya, kita kena urusan kejayaan agar kejayaan kita tak menjadi sebab masuk neraka, (dunia ini dipenuhi oleh orang yang gagal uruskan kejayaan sampai lupa tuhan) dan bila kita gagal, kita juga kena uruskan kegagagalan agar tidak menjadi sebab masuk neraka. (dunia ini juga dipenuhi oleh orang yang gagal uruskan kegagagalan hingga buat perkara yang bukan bukan, buat jenayah dan bunuh diri-nauzubillah!)
Sungguh, kerisauan sebenar bukanlah untuk dunia, tapi akhirat. Faham?
(Anak tak angguk, tapi terus tunduk suasana sunyi sepi, saya toleh, semua anak dah tidur. Adohai)
Takpe, ayah tulis balik pesanan ini, dan satu hari waktu mengeteh di kubur ayah sambil membaca pesanan ini, bacakan sama untuk ayah, Al Baqarah.
Woha!
Jemput follow, subscribe youtube saya dan set loceng #seefirst. Belajar share ilmu guna video pulak. InsyaAllah. ..
https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube)
Ps: Gambar kiri dan kanan bezanya 18 tahun. Anak makin besar tapi masin awet muda. Alhamdulillah.
Video detail tentang gambar: https://youtu.be/uprmEufYEwI
ilmu awet muda 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
Lupa bonda nk kasi info..rugi x cerita habis2 ilmu yg baik..
Kalau xda mesin pakai blender biasa jer..Rebus kacang ni lama smapai lembut (pakai presure cooker boleh)..rendam dlm semalaman dulu..Dah empuk blend..tapis buat aiir boleh dicampur santan +bcincau+ atau susu segar..
wanita seeloknya 6 blnn sebelum mengandung kena makan brokoli dan makan kekacang ..Ibu dn anak sihat jangka masa panjang..Awet muda..cergas dh tua nanti ..
tapi ms hamil jgn makan soya dn lecitin nanti anak akzema kulit cepat rosak x tahan..Mmg kulit bayi nnati cantik tp akzema myb bawa kod asma..
Itu yg kita nak start dr awal lg..dlm pantang jaga elok2..badN aset berharga
Jangan lupa Subscribe Channel Bonda & boleh follow bonda di Media Sosial yang lain :
FB PAGES (Rozita Jamu Ratu Malaya)
https://www.facebook.com/BondaRozita/
Instagram (Rozita Jrm Official)
https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim
Ikuti kisah Bonda di blog
http://rozitaibrahim.com/
Dapatkan Produk Jamu Ratu Malaya melalui pengedar SAH kami :
FB PAGES Pengedar & Stokis
https://www.facebook.com/JRMHQ1/
