Harini masak Nasi Kandaq lagi. Kali kedua dah saya buat sepanjang PKP berlangsung. Jemput makan semua ❤️
Untuk kali kedua ni, saya ada improve sikit bahan.
Resepi Nasi Kandaq
✨Nasi
-Basuh beras dan ketepikan.
-Tumis daun pandan, 3sekawan dan serbuk kunyit menggunakan butter. Masukkan garam dan sedikit gula.
Jika ada pewarna kuning, boleh letak sedikit untuk naikkan warna.
-Kemudian masukkan beras. Masak sebentar di atas dapur.
-Kemudian pindahkan ke dlm rice cooker.
✨Ayam Goreng
-Bahan bancuhan
Tepung serbaguna Pak Lah/Bestari
Sedikit tepung beras
Serbuk Cili Kering
Serbuk Kari Daging
Sedikit Garam
-Adun dgn air sampai kelikatan yang kita nak, dan boleh salut ayam menyeluruh, then goreng ayam smpai masak.
✨Kuah kicap+kari
Bawang Besar hiris
Bawang Putih hiris
Rempah 3 sekawan
Ketumbar /Jintan Manis (tumbuk sikit)
-Tumis semua sampai garing dan naik bau
-Kemudian bubuh:
Serbuk Cili Kering
Serbuk Kari Daging
-Masukkan kentang, tomato, terung dan air
-Biarkan sampai mengelegak.
-Kemudian masukkan:
Kicap Manis (sampai colour kehitaman yg kita nak)
Gula
Garam
Sos cili 3sudu
-Balancekan sampai dpt rasa manis-manis kicap dan pedas kari tu. Dan pada pendapat saya, kuah untuk Nasi Kandaq kelikatannya janganlah terlalu pekat atau terlalu cair.
✨Bendi - dicelur sehingga separa layu
✨Telur Masin - direbus sempurna
Siap dah Nasi Kandaq 👩🍳
Credit : Nur Hidayah
Cooking Nasi Kandar again today. The second time I've done it throughout the PKP. Let's eat everyone ❤️
For the second time, I have improved some ingredients.
Nasi Kandar recipe
✨ Rice
- Wash rice and put aside.
- Stir-fry pandan leaves, 3 friends and turmeric powder using butter. Put in salt and some sugar.
If there's a yellow dye, you can put some to increase your color.
- Then put in the rice. Cooking for a while in the kitchen.
- Then move it into rice cooker.
✨ Fried Chicken
- Mixing material
Pak Lah / Bestari versatile flour
Some rice flour
Dry Chili Powder
Meat curry powder
A little salt
- Adun with water until the thickness we want, and can salute the whole chicken, then fry the chicken until cooking.
✨ Soy sauce sauce+kari
Big Onion slice
Garlic slice
Spice 3 friends
Cilantro / Sweet Cumin (punch a bit)
- Stir fry all until crispy and smelly
- Then bubuh:
Dry Chili Powder
Meat curry powder
- Insert potatoes, tomatoes, eggplant and water
- Leave it until it's stamping.
- Then insert:
Sweet Soy Sauce (until the dark colour we want)
Sugar
Salt
Chili sauce 3 spoon
- Balancekan until you can taste the sweetness of soy sauce and spicy curry. And in my opinion, the gravy for Nasi Kandar is not too thick or too melted.
✨ Okra - blamed until semi wilted
✨ Salted egg - boiled perfect
Nasi Kandar is done 👩 🍳
Credit: Nur HidayahTranslated
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Kari ayam ni kalau dapat makan dengan roti atau lempeng mesti best..rasanya pekat dan berkrim..cara nak sediakan pun mudah jer.. Resepi Kari Ayam Kua...
kari ayam kentang pedas 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Kuih Lipat Terengganu
Kuih Lipat Terengganu, Mudah Buat Dijamin Sedap!
Bahan inti:
150gram daging – potong kecil dan rebus
6 biji kentang – potong dadu
6-7 ulas bawang putih – hiris (2 biji blender)
5 biji bawang merah – hiris ( 3 bii blender)
3-4 labu bawang besar – potong dadu ( 1 biji blender)
Sedikit rempah gulai daging @ ayam
Sedikit rempah cap bunga Ros – jika ada
Sedikit daun sup – racik
Cili padi – pilihan
Garam dan gula
Minyak masak
Bahan Kulit:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 biji telur
Secubit garam
Sedikit air
Kuih Lipat Terengganu, Mudah Buat Dijamin Sedap!
Cara Membuat Kuih Lipat:
Satukan 2-3 sudu rempah kari daging bersama rempah cap Ros dan bawang kisar. Kacau sebati. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan tadi hingga pecah minyak. Biar seketika.
Bila dah pecah minyak, masukkan bawang-bawang yang dihiris dan dipotong dadu tadi. Kacau perlahan hingga masak. Masukkan pula daging yang telah direbus diikuti air rebusan daging. Biar mendidih.
Apabila nampak dah agak kering, masukkan ubi kentang. Gaul sebati, tambah sedikit air dan masak hingga kentang empuk. Kalau nak sedikit pedas, boleh masukkan cili padi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jangan masak terlalu lama takut hancur. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tabur daun sup di atasnya dan kacau. Ketepikan.
Kuih Lipat Terengganu, Mudah Buat Dijamin Sedap!
Untuk membuat kulitnya; gaulkan gandum dan air, kacau rata. Masukkan tepung yang digaul tadi ke dalam pengisar, masukkan telur dan garam dan kisar untuk dapatkan kulit lagi cantik dan licin.
Panaskan kuali. Jika tak menggunakan ‘non stick pan’, boleh letak sedikit minyak supaya tak melekat. Sendukkan sedikit adunan tadi dan letak di tengah kuali. Ratakan seperti membuat lempeng.
Angkat apabila gelembung udara muncul di tengah dan di kelilingnya agak terangkat. Ulangi proses hingga selesai. Setelah itu, letakkan sedikit inti di bahagian tengah kulit dan gulung seperti popia.
Panaskan minyak dengan kuantiti yang banyak dan bolehlah goreng. Angkat dan tos. Selebihnya boleh simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan bila hendak goreng. Jangan lupa Alaskan dengan plastik tiap lapisan kuih agar tak melekat.
Kredit: Mingguanawanita
kari ayam kentang pedas 在 Mat Salleh Cari Makan Facebook 的最佳貼文
Harini Rhys buka puasa bersama "Atuk" Colonel Sanders 👴
Alhamdulillah rezeki dapat cuba menu terbaru KFC Malaysia "Nasi Kari Atuk KFC". Bukannya selalu kita dapat makan Ayam KFC bersama dengan kuah kari yang sedap macam ni..
Rhys suka kombinasi signature Colonel Rice, yang memang dah ada rasa tersendiri, bersama dengan Kari Atuk ni. Kari ada rasa rempah2 traditional campur dengan rasa berlemak santan dan ketulan kentang 😋
Cara kita nak nikmat sepenuhnya, kita kena tuang kari atas nasi dan ayam KFC. Kalau kita nak tambah rasa pedas, kita boleh cicah ayam dalam Sambal Atuk ni, ataupun boleh tambah sambal atas nasi 🌶️
Mungkin Ramadan dan buka puasa tahun ni tak sama macam tahun yang lalu... tapi kita masih boleh buka puasa dengan juadah yang sedap dan unik macam ni... Giteww...
Memandangkan kita semua masih dalam tempoh PKP, kalau sesiapa nak rasa "Nasi Kari Atuk KFC" Rhys cadang order online melalui www.kfc.com.my, dalam aplikasi KFC Malaysia atau menggunakan Foodpanda. Boleh pilih waktu dan tarikh yang sesuai. Juga ada pilihan "contactless delivery" atau "contactless self collect" untuk lebih selamat dan bebas sentuhan 👍
Selamat buka puasa semua 🕌
#KFCNasiKariAtuk
kari ayam kentang pedas 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
Kari ayam ni kalau dapat makan dengan roti atau lempeng mesti best..rasanya pekat dan berkrim..cara nak sediakan pun mudah jer..
Resepi Kari Ayam Kuah Pekat | Chicken Curry with Thick Gravy Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam (dipotong)
4 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji cengkih
1 tangkai daun kari
50gm serbuk kari
1/2 cwn air (untuk tumisan)
1 sb asam jawa
3 cwn santan
2 biji kentang (potongan wedges)
1/2 cwn air
2 sk garam
Nota: Tambahkan serbuk cili sekiranya menggemari rasa yang lebih pedas.
Cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Tambahkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan daun kari, tumiskan sehingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kari dan air, tumiskan lagi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan biarkan seketika.
5. Tuangkan santan dan gaulkan sebati.
6. Masukkan asam jawa dan gaulkannya.
7. Masukkan kentang dan air, tunggu sehingga lembut.
8. Perasakan kari ayam dengan garam.
9. Kari ayam kuah pekat siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients
1/2 chicken (cut)
4 red onion (sliced)
3 cloves of garlic (sliced)
1 inch ginger (sliced)
1 cinnamon stick
1 star anise
2 cardamoms
2 cloves
1 strand of curry leaves
50 gm curry powder
1/2 cup of water (for saute')
1 tbsp tamarind
3 cups of coconut milk
1/2 cup of water
2 pcs of potato (wedges cut)
2 tbsp of salt
Note: Add more chili powder if you like it spicy.
Cooking methods
1. Heat oil and saute' red onion, garlic and ginger.
2. Add cinnamon stick, star anise, cloves, cardamoms and curry leaves, saute' until fragrant.
3. Add curry powder and water, saute' until the oil separates.
4. Add chicken and cook for a while.
5. Pour coconut milk and stir it well.
6. Add tamarind and stir it.
7. Add potato and water, cook until soften.
8. Season chicken curry with salt.
9. Chicken curry with thick gravy is ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#kariayam #kari #curry #chickencurry #creamy #chicken #ayam #recipe #resepi
#kisahdunia #rasaflix
#dapurterpanas #mr_lovva #lemankakap #rinrinchan #lawakdboom