DULU CIKGU, SEKARANG ISTERI SAYA !
Kota Tinggi: Cinta memang tidak mengenal usia dan buktinya Akmal Yusof, 22 memilih bekas gurunya, Suzana Isa yang berusia 47 tahun sebagai pasangan hidup.
Berkongsi kisah perkenalan mereka, Akmal yang juga seorang pengurus dan pengasas sebuah kafe berkata, Suzana mengajar mata pelajaran Sains Sukan ketika dia di Tingkatan Lima dam ketika itu hubungan mereka tidak lebih daripada seorang guru dan pelajar.
"Isteri adalah guru kegemaran saya ketika di sekolah dan dia disayangi pelajar kerana sikapnya yang mesra. Itu membuatkan saya sukakannya tetapi tidak sampai ke tahap ada perasaan cinta.
"Tamat persekolahan, saya terputus hubungan dengan beliau selama beberapa bulan tetapi berhubung semula selepas itu atas dasar kerja urusan perniagaan yang dijalankan bersama," katanya ketika dihubungi.
Lama kelamaan kata Akmal, timbul rasa cinta antara mereka berdua sehingga menjalin hubungan lebih serius.
"Februari tahun lalu, saya mulakan langkah pertama dengan menghadiahkan cincin ketika ulang tahun kelahirannya.
"Saya beranikan diri luahkan perasaan dan tak sangka, dia terima jadi kami sepakat menghalalkan hubungan dengan berumah tangga.
"Alhamdulillah, keluarga kedua-dua pihak menyambut baik hasrat kami untuk berkahwin walaupun jurang umur yang jauh antara kami," katanya.
Bercerita lanjut, Akmal berkata dia tertarik dengan Suzana kerana isterinya itu seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang dirinya.
"Sebelum berkahwin hingga kini, isteri tetap sama iaitu sentiasa ambil berat mengenai saya. Itu yang menguatkan lagi cinta dan keserasian antara kami.
"Saya bersyukur dijodohkan dengan wanita sepertinya malah tidak anggap umur sebagai penghalang sebaliknya percaya ajal maut dan jodoh pertemuan sudah diatur sebaiknya oleh Allah SWT," katanya.
Sementara itu, Suzana mengakui keluarga pada mulanya agak ragu ketika dia menyuarakan hasrat berkahwin dengan Akmal yang juga bekas anak muridnya.
Bagaimanapun Suzana berkata, dia cuba yakinkan keluarga yang akhirnya menerima pilihannya malah menganggapnya sebagai takdir.
"Mulanya rasa janggal juga kerana saya lebih berusia daripadanya (suami) jadi tahap kematangan kami tentunya berbeza.
"Namun saya cuba tetapkan dalam minda setiap hari yang dia (Akmal) adalah suami dan saya pula isteri jadi perlu belajar mengawal ego.
"Namun saya cuba tetapkan dalam minda setiap hari yang dia (Akmal) adalah suami dan saya pula isteri jadi perlu belajar mengawal ego.
"Jika ada masalah, kami akan cuba berbincang dan saya terpikat dengan suami kerana dia pandai mengambil hati, bijak memujuk jika saya merajuk serta suka beralah," katanya yang masih bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini.
Credit : Harian Metro
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam perey! ☄️ AMARAN ⚡️ video ini tidak sesuai untuk penonton bawah umur. Setiap tontonan adalah tanggungjawab masing2. Sekian. . Like page https://...
「kata kata bijak cinta」的推薦目錄:
- 關於kata kata bijak cinta 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於kata kata bijak cinta 在 Facebook 的最佳解答
- 關於kata kata bijak cinta 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於kata kata bijak cinta 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最讚貼文
- 關於kata kata bijak cinta 在 10 Gambar & Kata-kata Bijak Tentang Cinta Part-1 - Pinterest 的評價
- 關於kata kata bijak cinta 在 Dengan cinta, yang pahit menjadi manis - Kutipan Kata ... 的評價
kata kata bijak cinta 在 Facebook 的最佳解答
Saya tengok sejak dua menjak ini ada Atheis (orang tidak percaya kepada Tuhan) datang perli saya di ruang komen.
Saya nasihatkan kepada pembaca beragama islam, jangan sindir sangat mereka, doakan hidayat, sebab seorang tidak bertuhan sanggup datang ke Page ketuhanan dan tak jemu ceritakan kelebihan Tidak bertuhan adalah seorang yang sangat kesepian.
Kesipian boleh datangkan kemurungan, dan boleh membawa kepada bunuh diri.
Saya Google kejap tadi dan mendapati, banyak kajian menunjukan golongan Athies lebih ramai membunuh diri berbanding orang agama.
Copy paste: In a global study on atheism, sociologist Phil Zuckerman noted countries with higher levels of atheism had the highest suicide rates. (wiki)
Lepas tu saya terbaca artikel ini, ditulis oleh Staks Rosch seorang vocal atheist, and Jedi.
Tulisan itu sangat membantu orang Atheis yang kemurungan, maka saya translate dan copy paste di sini, semoga membantu:
Tajuk: ATHEISM HAS A SUICIDE PROBLEM, oleh Staks Rosch seorang Vocal Atheist.
Kemurungan adalah masalah yang serius dalam komuniti orang yang tidak bertuhan dan sering membawa kepada bunuh diri.
Ramai Atheis tidak suka perkara ini termasuk saya sebab kita ingin percaya kita manusia Bahagia tanpa Tuhan tapi bila sesuatu yang buruk berlaku, kita sangat tidak Bahagia.
Sudah tentu ada banyak sebab mengapa ateis lebih cenderung kepada membunuh diri berbanding daripada golongan penganut agama. Tapi ironinya, salah satu sebab ateis membunuh diri adalah tekanan dari orang Bergama itu sendiri, mereka selalu menyisihkan kita, menghina, mengutuk, mengkeji hingga ramai Ateis yang mengalami kegelisahan dan kemurungan.
Bayangkan seorang anak muda yang baru menyedari bahawa Tuhan itu tidak wujud? Baru sedar amalan kelurga semuanya sia sia, maka anak muda itu tidak dapat menjawab soalan, dari mana saya datang, kemana saya selepas mati? Dan apa tujuan hidup?
Dalam kemurungan mencari jawapan yang tidak ada, masalah ditambah bila anak mud aitu dipulaukan oleh orang agama, dihina dan dikutuk, maka anak muda itu terpaksa teruskan perjuangan tanpa tujuan secara bersendirian dan akan cenderung bunuh diri.
Saya pernah menulis mengenai masalah bunuh diri di kalangan ateisme sebelum ini dan mendapat pelbagai respons. Beberapa ateis mempersoalkan sama ada statistik itu benar-benar wujud? Sebagai rekod, memang begitu. Malahan saya dapat memberitahu anda secara anekdot, bahawa ia berlaku.
Pengalaman saya sendiri, memang ada rakan-rakan ateis yang saya kenal telah bunuh diri, malahan sejak saya pegang jawatan ‘vocal atheist’ saya kini lebih tahu begitu banyak lagi ateis yang telah membunuh diri sendiri.
Jadi kita kena berusaha menurunkan angka bunuh diri tersebut sebab Kehidupan ini adalah satu-satunya harta yang kita ada.
Ada orang Kristian yang menjawab secara peribadi dan terbuka akan artikel saya sebelum ini lalu berkata:, “Lihat, ateisme menyebabkan bunuh diri,”
Ada juga yang berkata:
“Atheis mempunyai kadar bunuh diri yang lebih tinggi kerana mereka tahu bahawa hidup mereka tidak ada artinya tanpa Tuhan, tetapi terlalu sombong untuk meminta pengampunan kepadaNya walaupun mereka tahu di dalam diri mereka adalah bersalah, tapi mereka tetap memilih untuk mati selamanya dengan dosa kesombongan mereka. "
Ya, itu adalah komen dari penganut agama Kristian. Malah ada yang menulis buku bertajuk:
"Kelebihan Katolik: Mengapa Kesihatan, Kebahagiaan, dan Syurga Menunggu Orang Yang Beriman,"
Baiklah, saya akui, atheis seperti minoriti lain yang bila stress boleh terdedah kepada kemurungan dan bahkan bunuh diri tapi korang semua kena ingat sebahagian besarnya bunuh diri ini disebabkan oleh tekanan geng agama!
Saya mengakui bahawa ‘kejahilan’ sebenarnya adalah salah satu kebahagian atau kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kepercayaan pada syurga juga adalah kebahagian, tapi bagi saya kebahagian sejati bila kita mampu bahagiakan diri sendiri dan mampu bahagiakan orang lain tanpa perlu kepada tahyul, itu Bahagia tertinggi! Lebih tinggi dari Jesus sebab kita memahami tentang alam semesta yang luas seluasnya!
Sebagai sebuah komuniti, ateis harus saling mengingatkan tentang keajaiban alam di sekeliling kita. Alam ini terlalu besar dan kita mudah tersesat dalam perjuangan serta masalah kita sehari-hari.
Memetik kata kata Ferris Bueller, kehidupan ini bergerak sangat pantas dan jika kita tidak berhenti dan menoleh sekali-sekala, maka kita akan ketinggalan sedangkan kita hanya mempunyai satu kehidupan. Sungguh tidak ada Tuhan yang ajaib dan Maha sempurna menanti kita selepas kita mati. Ini sahaja pilihan kita ada, nikmati hidup sebab Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan.
Sekiranya hidup anda menyedihkan, tolong berusaha untuk menjadikannya lebih baik, jika tidak untuk anda, buatlah untuk orang yang menyayangi anda. Ingatlah, ada banyak Galaxie di luar sana dan kita semua adalah pelengkap dalam rantaian kemajuan manusia.
Satu perkara yang saya perasan adalah: Selepas seorang ateis membunuh diri, tiba-tiba nampak macam banyak yang nak bantu, tapi dah terlewat,padahal kalaulah bantuan itu dibuat sebelum mereka bunuh diri tentu lebih baik.
Dalam bab ini golongan agama lebih baik, mereka saling bantu membantu, mereka ada system yang sangat baik, sepatutnya kita golongan ateis juga boleh memiliki system sokongan tanpa perlu percaya kepada Tuhan.
Tapi masalahnya golongan Atheis terkenal sebagai orang yang suka membantah dan tidak suka berjemaah, Cuba korang kumpulkan tiga atheis di sebuah bilik bersama, kejap lagi mereka akan bergaduh dengan masalah kecik tak masuk akal, adohai.
Jadi terbukti, hidup berjemaah membantu orang Bergama selesaikan kemurungan, maka kita golongan athies patut lebih mudah berjemaah, bergabung tanpa perlu bersetuju dengan semua isu, kita hanya perlu sokongan moral sesama atheis kerana kita tiada Tuhan ajaib yang akan menolong kita.
Dengan system berjemaah ini,. Kita bukan sahaja mampu untuk saling membantu, tetapi kita juga mampu untuk menyampaikan gerak perjuangan kita antara satu sama lain dan mampu meminta sokongan. Sungguh tidak ada Tuhan ajab yang akan bantu kita untuk keluarkan kita dari neraka ini.
Eh? Adakah saya sebut Neraka? Itu tak wujudpun, maafkan saya yang tersesat dalam berkata kata, Walau bagaimanapun, maksud saya adalah kita jangan sombong untuk menawarkan pertolongan kepada orang lain dan kita jangan malu untuk meminta pertolongan.
Jadi sesiapa yang ada masalah nak bunuh diri, sila hubungi nombor ini:
(Rujuk artikel asal dalam link, maaf jika translate saya tidak tepat, BI masa SPM dulu tak kredit, saya cuba ringkaskan sebab agak Panjang, nak baca kill link ini: https://www.huffpost.com/entry/atheism-has-a-suicide-problem_b_5a2a902ee4b022ec613b812b )
Ulasan saya:
Seronok bila tahu Atheis kagumi alam yang luas ini, Tahu tak? Ada teori mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Macam ada satu kuasa yang mengawalnya, kan?
Balik ke bumi, Bila tak ada air, tiba tiba hujan, bila lapar nak makan, ada tumbuh tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab ada kuasa yang pantau kita.
Oleh sebab alam ini begitu tersusun, maka orang agama Yakin ada Kuasa yang menyusunnya, letupan di angkasa (big bang) bukan tiba tiba, sebab dibumi ini ada banyak bahan letupan nuklear, tapi takde yang meletup sebab ada yang kawal, maka Sebagai manusia yang boleh berfikir, kita rujuk sebab dan akibat, Tuhanlah layak kepada segaka penciptaan.
Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang untuk penuhi keperluan cinta.
Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana aku datang?, apa tujuan aku di dunia ini?, dan kemana aku selapas ini?. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Dan Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.
Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.
Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.
Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.
Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?
Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kita pilih nobody cares?
Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Lakum di Nukum Wali Yaddin.
Woha!
kata kata bijak cinta 在 Facebook 的最讚貼文
Kenapa ada wanita sanggup kacau rumah tangga orang?
Sebab perkahwinan itu ibarat roda, kadang di atas kadang dibawah..
Atau dalam bahasa penjajah:
“Marriage is a lot like a roller coaster. It has its ups and downs. But it’s your choice to scream or enjoy the ride.”
Ya betul.. hidup berkahwin macam naik Roller coaster ada waktu naik ke atas maka terpulang nak enjoy sambil bersyukur dan ada waktu menjunam pun terpulang sama ada nak sabar dan enjoy apa yang ada kerana tetap ada orang tersayang sudi meneman...
Balik kepad persoalan akan Kenapa adaorang perempuan jatuh cinta pada suami orang? Walaupun tak hensem?
Ini saya cerita pengalaman sendiri, bilamana ramai (tak ramai pun, tapi tulis ramai supaya nampak macam popular-woha!) jadi bila ada peminat perempuan ajak poligami, dan saya tolak sebab belum ada dalam agenda hidup nak kahwin ramai.
Maksud saya jika betul nak kahwin lagi, biar untungkan ramai pihak, bukan bini baru sahaja untung, sedang anak dan bini pertama rugi. Itu bukan pelaburan yang bijak. Lagipun bila peminat perempuan suka kat kita, belum tentu kita terus suka kat dia?
Jadi Bila tolak, perempuan tu cakap saya takut binilah, saya tak amalkan islam sempurnalah, macam-macamlah!
Padahal, bukan mudah juga suami orang nak suka pada perempuan lain jika bini pertama sangat membantu kehidupan dunia akhirat.
So saya cakap, jika anda nak sangat poligami, nak sangat kahwin dengan laki orang, pergilah ambik hati bakal madu anda dan pujuk elok elok sebab korang nak kongsi hidup dan kongsi suami, eh tahu pulak tak nak! Suruh kahwin senyap senyaplah, malah lagi teruk, ada pulak suruh cerai bini pertama sebab dia tak nak berkongsi kasih! Dan ini banyak berlaku pada kisah rumah tangga di Malaysia. Nauzubillah!
Ok, balik pada tajuk, Kenapa orang perempuan jatuh cinta pada suami orang? Walaupun tak hensem? Apa orang bujang tak menarik ke?
Ini adalah kerana, suami orang ni pada pandangan mata perempuan lain, macam Roller Coaster, lagi besar Roller Coaster, lagi menarik! So dalam Roller Coaster tu ada anak bini yang semua kelihatan seronok naik Roller Coaster! Menjerit jerit bahagia dalam hidup. Jadi perempuan lain pun nak tumpang sama naik Roller Coaster!
Memang ada pasangan yang izinkan perempuan lain naik Roller Coaster!, tapi berebut kerusi pulak sebab semua nak duduk tepi suami, yang bergilir baguslah! Yang bergaduh alamak runtuhlah Roller Coaster tu!
So jangan gaduh gaduh, nak naik Roller Coaster tu ambiklah hati semua penumpang sebab anda berkongsi perjalanan pada Roller Coaster yang sama.
Pengajaran di sini, kepada lelaki bujang, kesilapan korang bila jatuh cinta, korang janganlah hidup mati pada perempuan tu semata mata, terus hidup korang focus pada perempuan tu lalu kehidupan korang jadi tak menarik. Setakat jatuh cinta macam tu semua orang boleh buat, yang sebetulnya korangpun kena ada Roller Coaster yang menarik! Itu yang perempuan nak.
Bila hidup kita macam Roller Coaster yang menarik, berebut perempuan nak!
Apa itu Roller Coaster yang menarik? Hidup yang ada tujuan yang jelas, kerjaya yang semakin berkembang, suka terlibat aktiviti kemanusiaan, suka membantu masyarakat, kemampuan hadapi cabaran dengan riang ria macam orang menjerit seronok naik Roller Coaster waktu tiba di laluan paling mencabar!
Perempuan jandapun sama, walaupun ada yang tak jelita, tapi bila si janda tiba tiba hidupnya bertukar menjadi Roller Coaster yang menarik! Bisnes Berjaya, kerjaya berkembang, bakat dicurahkan pada masyarakat, maka berebut pulak si lelaki datang meminang sebab nak naik Roller Coaster duduk kerusi paling depan! Perghhh..
Jadi, Roller Coaster hidupku ini, kerusi depan semua dah penuh, namun masih ada gerabak kosong di belakang tapi jika nak naik, pergi ‘mengorat’ bini saya dulu. Dan andai kata bini saya suka pada korang, belum tentu saya suka sebab cinta tak boleh di paksa.
Woha!
(Terima kasih kepada yang sudi beli buku abang keretamayat)
Ps: Korang mungkin kenal saya waktu saya ceria sedang gembira, sebab nampak macam selalu woha di media sosial, lalu korang jatuh cinta, tapi korang tak pernah tengok waktu saya paling marah, waktu saya paling down, waktu di dunia sebenar.
Andai jika korang tahu, dan nampak sikap saya waktu susah di waktu itu, tentu korang akan jatuh cinta pada saya abang keretamayat buat kali ke dua-Woha!
.
.
.
.
.
.
Video abang naik roller coaster dengan anak syurga.. maaf kualiti suara agak kurang...
https://youtu.be/JZ3k-_jz6FU
kata kata bijak cinta 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最讚貼文
Salam perey! ☄️
AMARAN ⚡️ video ini tidak sesuai untuk penonton bawah umur. Setiap tontonan adalah tanggungjawab masing2. Sekian.
.
Like page
https://www.facebook.com/jamusapumontok/
.
Si suami VS si bini VS si bespren. Kedak cinta 3 segi jak bunyi tapi bukan kisah cinta yg Ngektsai nak sentuh kali tok. Benda tok nang selalu gilak blaku ngan dirik Ngektsai mpun. Kedak dlm video ya bah, jelas situasi contoh dlm video ya di mana si bini n si bff menyuarakan pendapat yg sama tapi malang bagi si isteri apabila suaranya sik didengar oleh si suami. Si suami lebih mendengar kata org lain berbanding kata isteri. Bukan semua lah tapi sesetengah pasangan. Tok Ngektsai merungkai persoalan si isteri atas tindakan si suami sedemikian rupa.
.
Sesetengah pasangan bila dah lamak nikah, laki nisik kedak jaman bercan marek. Mun masa bercan marek semua diturut. Sabila dah bertaun2 nikah, turutan kpd si isteri berkurangan. Jawapannya adalah bukan kerana cinta ya dah kurang kali. Rasa Ngektsai ada sigek benda si isteri patut belaja. Iaitu belajar cara nak explain.
.
Kadang2 si isteri tmanjak2 atau merungut kedirik nak mintak sesuatu dr laki, kadang2 laki rasa “eee nakpahal ktk gia...” hahaha. Alu sik diturutnya. Jgn pia ngek, jadi kedak si bff ya tadik. Di mana nya menyuarakan sesuatu based on baik n buruk sesuatu keputusan. Jika kita explain dgn baik apa bagus n sik bagusnya sesuatu keputusan, insyaAllah laki kita akan nenga kata. Mula2 bengkeng la sikit tapi atas dasar ego kali. Mun si isteri bijak agik, gunalah taktik bersekutu dgn bff si suami. Hahaha. Pastilah si bff suami akan nolong si isteri menyuarakan pendapat. Har har har. Kata Ngektsai jak la, ktk org, aku sik tauk giney.
.
Maka penyelesaian utk kes rumah tangga mcm tok adalah dengan menundukkan ego lelaki! Giney? Makei Jamu Sapu Montok la! Hahaha. Bah para isteri sekarang, like page fb jamusapumontok kinek! Dan dptkan produk tok!
.
Cara makei produk tok agak sik sesuai nak dpadah dlm video la tapi Ngektsai rasa para wanita di luar lebih memahami apabila disebutkan untuk menjaga bahagian intim ktk org dan kesejahteraan rumah tangga. Hihihi... paham nak ooo?
.
Maka moral of the story, para isteri haruslah lebih pandei nak tackle para suami dgn hujah2 atau point2 yg membuatkan suami berpikir dlm membuat sesuatu keputusan. Sekian. Ngektsai mendoakan sesiapa yg menonton video tok akan kekak bahagia rumah tangganya sampei bila2! Aminnnnnn
.
#ngek
#ngektsai
#ngektsaiarmy
.
Ps : aku belom bebini, tapi slalu jadi mangsa pasangan dlm hal mcm tok kerana cara aku xplain adalah mantap. Maap k. Hahaha

kata kata bijak cinta 在 10 Gambar & Kata-kata Bijak Tentang Cinta Part-1 - Pinterest 的推薦與評價
2017 Sep 13 - 10 Gambar & Kata-kata Bijak Tentang Cinta - Gambar kata-kata bijak tentang cinta merupakan gambar yang bertuliskan kata-kata mutiara yang bisa ... ... <看更多>