Mutiara Kata di Hujung Minggu
Dinukilkan daripada kata-kata ulamak silam.
"Semakin bertambah sedekah, semakin bertambah rezeki
Semakin bertambah khusuk dalam solat, semakin bertambah kebahagiaan
Semakin bertambah menyantuni ibu bapa, semakin bertambah kemudahan dan kejayaan dalam kehidupan"
منقول
كلما زادت الصدقة ....زاد الرزق
وكلما زاد الخشوع في الصلاة ....زادت السعادة
وكلما زاد بر الوالدين ....زاد التوفيق في الحياة
Cari dan tambahlah peluang2 kebajikan di kiri, kanan, depan dan belakang anda. Semuanya hampir dengan anda.
(Foto saya bersama Dr Nizar Abul Jalil minggu lepas selepas treatment. Beliau juga adalah alumni Kolej Islam Klang. Junior saya dua tahun. Seorang Fellow pain management).
MDB
kata-kata mutiara kehidupan 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
Memulakan perniagaan tidak bermaksud anda perlu memiliki kedai dan ruang pejabat yang gah sebagai syarat utama. Cukup hanya dengan di tepi jalan. Yang penting apa tindakan yang anda ambil untuk memastikan perniagaan anda terus berkembang maju seperti yang anda rancangkan.
Mungkin susah untuk anda percaya tapi Aizat Zulhailie bin Abu Bakar telah membuktikannya. Beliau yang berpengalaman bekerja sebagai penghantar pizza dan di bidang perhotelan merasakan tekanan di tempat kerja adalah satu beban. Semakin hari tarikan untuk berniaga semakin hebat sehingga beliau nekad untuk berhenti kerja.
Berbekalkan duit simpanan untuk perkahwinan, beliau korbankannya untuk membeli sebuah van dengan harapan urusannya untuk berniaga akan menjadi lebih mudah. Dari saat itu, bermulalah hikayat kisah jatuh bangun perniagaannya. Pelbagai hinaan dan cemuhan dari orang di sekeliling yang beliau terima.
Ramai yang memandang rendah. Ramai yang menjangkakan perniagaan beliau tak boleh pergi jauh. Pelbagai perniagaan sudah beliau lakukan, dari menjual roti canai yang hasilnya hanya RM20 sehari, berniaga lauk-pauk, menjual burger di tepi jalan, menjual ayam goreng dan juga Char Kuey Teow di pasar malam.
“Alhamdulillah bersyukurnya saya pada ketika itu, perniagaan Char Kuey Teow yang saya usahakan mendapat permintaan ramai. Jualan di pasar malam sangat menggalakkan. Saya ditemukan pula dengan seseorang yang menawarkan tanahnya untuk berniaga dan merupakan kawasan yang paling strategik,” ujar Aizat.
Namun, berniaga tanpa ilmu ini memenatkan. Menurut Aizat, “Lama-kelamaan perniagaan saya jadi macam tersangkut dan sukar untuk meningkat. Hasil jualan setakat itu sahaja. Buat itu tak jadi, buat ini tak jadi. Saya buntu. Seolah-olah tiada jalan lagi bagi saya. Perniagaan sudah mula goyang. Apa yang saya fikir ketika itu adalah saya sudah buat sehabis baik.”
Sehingga suatu hari, isteri beliau Puan Haizatul Azra binti Jantan mengajak beliau menghadiri Program Dr Azizan Osman. Pada awalnya beliau fikir, sebagai seorang peniaga pasar malam, tak perlu untuk beliau belajar apa-apa. Tanpa disangka-sangka, ketika menghadiri program, idea mencurah-curah mula datang.
Semangatnya mula kembali berkobar-kobar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari daripada Dr Azizan.
Berbekalkan ilmu dari program yang dihadirinya, beliau kian gigih berusaha bersama isterinya. Perniagaannya mula berkembang dari 2 orang pekerja sehingga kini mempunyai 26 orang kakitangan. Kalau dulu hanya berbekalkan 8 buah meja, kini mempunyai 100 buah meja yang boleh memuatkan sehingga lebih 400 orang pelanggan dalam satu masa.
Beliau yang hanya berumur 28 tahun, kini merupakan Pengarah Urusan Syarikat Azraizat Global Sdn. Bhd dan juga pemilik Restoran King’s Char Kuey Teow di Port Dickson. “Bagi saya, ilmu yang diajar oleh Dr Azizan terlalu tinggi nilainya dan saya dapat ilmu jalan pintas untuk jadi seperti hari ini. Berniaga tanpa mentor, ilmu, strategi dan tiada tindakan membuatkan syarikat tidak akan berkembang maju. Terlalu bersyukurnya saya ditemukan dengan guru hebat seperti Dr Azizan Osman,” katanya lagi.
Dengan jualan mencecah sehingga RM12,000 sehari, restorannya kini sudah mula mendapat nama. “Ilmu yang diberi terlalu berharga, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Dr Azizan adalah permata dan mutiara yang sangat bernilai. Kutip, simpan dan buatlah tindakan dari kata-kata tersebut. Sikap kita penentu kejayaan. Hendak atau tidak, cepat atau lambat terserah pada tindakan kita,” kata Aizat yang masih lagi menghadiri program-program lanjutan Dr Azizan Osman bersama isterinya.
Anda pasti mahu meningkatkan kehidupan melalui perniagaan? Mulakan langkah dengan hadir ke Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Seminar Mudahnya Berniaga 2016.
Aizat Zulhailie Bin Abu Bakar
Pengarah Urusan Azraizat Global Sdn. Bhd.
Pemilik King’s Char Kuey Teow
kata-kata mutiara kehidupan 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
Kata-kata mutiara Imam Syafii tentang kehidupan. SEBARKAN.