“VIDEO R&D MRM, MENCETUS MINAT UNTUK MEMELUK AGAMA ISLAM”
.
Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..
.
Semasa waktu sebelum Zohor semalam, kami dikunjungi oleh seorang individu berbangsa India yang beragama Katolik. Beliau datang secara “walk-in” dengan hasrat untuk belajar lebih mendalam tentang agama Islam. Beliau mengatakan kepada kami bahawa beliau memang berhasrat untuk memeluk agama Islam kerana beliau sudah cukup yakin bahawa Tuhan sebenar adalah Allah dan agama yang sebenar hanyalah Islam akan tetapi beliau ingin memeluk Islam pada kemudian hari selepas mendalami lebih mendalam tentang agama Islam. Apabila ditanyakan tentang pengetahuan dalam Islam, MashaAllah banyak sudah dia mengetahui tentang ajaran agama Islam tetapi punca beliau menangguhkan pengislamannya adalah kerana beliau ada salahfaham tentang konsep menghormati Ibubapa dalam ajaran Islam. Setelah berkongsi kepada beliau tentang konsep menghormati Ibubapa dalam ajaran Islam, beliau terus mengucapkan dua kalimah syahadah untuk kembali kepada agama yang sebenar, Islam. Alhamdulilah. Apakah pencetus minat beliau mendalami Islam sehingga beliau mahu memeluk Islam?
.
Sejak usia kanak-kanak, beliau telah pun menghadapi kesukaran untuk menerima konsep ketuhanan yang diajar dalam Katolik. Beliau merasakan konsep Triniti itu bercanggah dengan sifat sebenar Tuhan. Maka dari situ, beliau mula belajar tentang agamanya dan Islam selama 7 tahun sehinggalah bermula setahun lepas beliau terjumpa video-video R&D MRM dan Brother Firdaus Wong. Hasil video-video informatif daripada team R&D MRM, beliau mendapat lebih banyak info tentang agama Islam serta agama-agama lain.
.
Niatnya hendak menangguh dari memeluk agama Islam akhirnya beliau mendapat kekuatan untuk memeluk Islam kerana sudah lama memendam hasrat tersebut.
.
Tidak dapat digambarkan keriangannya apabila mengetahui MRM boleh membantu beliau untuk kembali ke agama fitrah iaitu Islam. Alhamdulilah. Syukur kerana Allah jadikan kami di MRM asbab manusia kembali kepada Islam. Semoga kita semua terus menjadi asbab kebaikan dan asbab manusia kembali kepada Islam. Allahuma Ameen.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #muallaf #reverttoislam
#katolikmasukislam
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
katolikmasukislam 在 Facebook 的精選貼文
“PLKN, MENCETUS MINAT UNTUK MENDALAMI ISLAM”
.
Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..
.
Selepas Zohor petang semalam, saudara Bryian yang dahulunya beragama Katolik telah mengucapkan dua kalimah syahadah dan kembali kepada agama yang sebenar, Islam. Alhamdulilah. Apakah pencetus minat beliau mendalami Islam sehingga beliau mahu memeluk Islam?
.
Pada 2009, beliau telah menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) & di sana mereka didedahkan tentang agama-agama yang ada di Malaysia bagi memupuk persefahaman antara rakyat Malaysia. Dalam banyak-banyak agama yang dipelajari, Islam satu-satunya agama yang menarik minat beliau.
.
Sejak dari itu, beliau mula berminat mendalami Islam dan QadarAllah, beliau perlu melalui perjalanan hampir 12 tahun untuk memeluk Islam kerana tiada siapa yang membimbingnya untuk memeluk Islam tetapi pencariannya berakhir apabila beliau berkenalan dengan salah seorang jemaah MRM.
.
Tidak dapat digambarkan keriangannya apabila mengetahui MRM boleh membantu beliau untuk kembali ke agama fitrah iaitu Islam. Alhamdulilah. Syukur kerana Allah jadikan kami di MRM asbab manusia kembali kepada Islam. Semoga kita semua terus menjadi asbab kebaikan dan asbab manusia kembali kepada Islam. Allahuma Ameen.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #muallaf #reverttoislam
#katolikmasukislam
katolikmasukislam 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
[CEO Dari Poland Memeluk Islam]
.
Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar..
.
Selepas Zohor tadi, Mike Empolgado dari Poland mengucapkan dua kalimah syahadah di @mykampungfreshmart . Alhamdulilah. Mike merupakan CEO sebuah pusat pendidikan antarabangsa di Malaysia.
.
Beliau yang asalnya Katolik tetapi telah lama meninggalkan kepercayaan dan amalan Katolik kerana tidak mendapat jawapan yang menurutnya ‘make sense’. Namun Alhamdulilah setelah beberapa sesi perbincangan bersama para Asatizah di MAIS, beliau boleh menerima ajaran Islam yang menurutnya ‘make more sense’ & logikal. Lebih memudahkan apabila ‘Big Questions’ terjawab iaitu konsep ketuhanan & siapa Jesus dalam Islam.
.
Semakin ramai Kristian memeluk Islam dan saya tidak terkejut kerana Allah Subhana Wa Ta’ala telah berfirman orang Kristian adalah yang paling dekat dengan Islam. ‘Christianity is a good stepping stone to Islam’ menurut Yvonne Ridley yang juga memeluk Islam dari agama Kristian.
.
“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. (Al-Maaidah 5:82)
.
witamy z powrotem w islamie Mike (Selamat Kembali kepada Islam Mike)
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mykampungfreshmart #katolikmasukislam #christianconvertislam #polishmuslim