Kebahagiaan kita berbeza..
Ada yang bahagia kumpul emas & harta..
Ada yang bahagia punya rumah yang besar..
Ada yang bahagia dapat kereta idaman..
Carilah kebahagian anda 💕
Inilah kebahagiaan kami penat lelah travel bersama keluarga tercinta 💕
Terima kasih semua yang mengikuti pengembaraan kami semalam di ig story
Semoga serba sikit mengamit memori manis ketika travel yang hampir sudah lama kita tak rasainya
Dan semoga dunia kembali pulih
Dapatlah kita menikmati keindahan dunia yang telah lama sepi
#zyzoolmiratraveljapan #tokyojapan #sanriopuroland
同時也有26部Youtube影片,追蹤數超過105的網紅SITI NURSARA,也在其Youtube影片中提到,#keretapi #bukitketeri #keterihill #rockclimbing #perlisclimber...
「keretapi」的推薦目錄:
- 關於keretapi 在 Zyzool Mira Travel Facebook 的精選貼文
- 關於keretapi 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於keretapi 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於keretapi 在 SITI NURSARA Youtube 的精選貼文
- 關於keretapi 在 salekhan othman Youtube 的最佳貼文
- 關於keretapi 在 Iena Eliena Youtube 的最佳解答
- 關於keretapi 在 Kereta Api Jarak Jauh Sudah Dibuka, Ini Syaratnya - YouTube 的評價
- 關於keretapi 在 Kereta Api Kita | Bandung | Facebook 的評價
keretapi 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 86)
Berhijrah ke Australia (5)
Awfa macam ada sesuatu nak cakap. Dia berumur 9 tahun di pengujung tahun 2011. Cuti sekolah panjang tidak lama lagi akan sampai sempena musim panas di Australia.
"Abah, I haven't asked anything from you. I really miss my cousins and my grand mother. I want to go back to Malaysia. Please."
Inilah suara Awfa pada ketika itu. Saya terkedu juga. Kalau boleh saya nak dia belajar di Australia sampai kakak dia tamat belajar di Wollongong. Kualiti pendidikan di Austalia memang antara terbaik di Dunia.
Saya banyak berfikir. Akhirnya kami membuat keputusan untuk kembali semula ke Malaysia. Mungkin fasa bagi menetap di Malaysia sudah sampai. Tinggal di negara luar memang menarik & juga mencabar tetapi tinggal di negara senditi pun menarik & mencabar. Kami membuat persiapan bagi pulang ke Malaysia di hujung tahun 2011.
Di antara aktiviti terakhir kami ialah menaiki bot meninjau ikan paus di muara Sydney. Pada mulanya, cuaca agak baik. Bila berada di tengah laut sikit, tiba2 cuaca bertukar mendung. Angin bergerak laju. Ombak bergelora. Saya muntah teruk. Ikan paus hanya dapat dilihat sipi-sipi sahaja. Bila sampai di rumah, saya terus tidur. Mabuk laut yang luar biasa. Pengalaman ini masih tersemat kemas.
Kami semua sampai di Malaysia di bulan Disember 2011. Kami kembali di rumah lama kami di Gombak. Awfa dapat masuk sekolah Adni di tahun 2012. Saya pula hanya teruskan trip saya antara KL & Dubai hampir setiap 2 minggu sekali. Tidak perlu lagi terbang 8 jam bagi sampai ke Sydney dan 1 jam keretapi untuk sampai di rumah di Wollongong.
Apakah ada pada tinggal dan bekerja di luar negara? Banyak sekali kebaikan. Antaranya, anda boleh membuat tanda aras bagi diri sendiri. Anda menjadi insan bertanda aras.
(Foto saya dan Awfa di tengah hutan di Bidor bagi bercuti bersama keluarga di bulan Disember 2020).
Siri terbang bersama MDB dah sampai siri 86. Adakah anda ingin saya teruskan siri ini atau anda ingin siri yang lain pula? Saya duk fikir nak tulis tentang "Saya dan analisa data raya dan A.I" yang banyak mengubah diri & cara fikir saya sejak 2015 atau "Siri Kembara Kerjaya MDB".
Saya menanti komen anda.
MDB
keretapi 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 18)
Semua kerja2 rasmi di Kaherah hampir siap. Dah banyak interview. Buku dah banyak beli. Dapat juga hadiah buku unik daripada beberapa ilmuan Al-Azhar. Beberapa tesis PhD di Universiti Al-Azhar pun disalin kemas.
Terasa ingin ambil angin melihat Piramid. Buat pertama kali mata organ melihat kemajuan manusia yang hebat secara dekat. Dapat lihat juga keangkuhan manusia melalui mata hati. Semakin bjjak, kaya dan berkuasa manusia, semakin sombong kepada Tuhan dan sesama makhluk.
Kemudian saya 'bercuti' dua hari di Iskandariah. Ingin sangat bertemu dua abang senior saya di Kuwait; Abang Man (Dr Rahman Chilk) dan Abang Zin (Dr Zin Mahmud). Mereka sedang membuat kajian PhD di Uni Iskandariah dalam bidang Bahasa Arab.
Saya bermalam di rumah Abang Man. Setiap masa Abang Zin bersama kami. Dari pagi sampai ke malam. Macam2 kami bersembang. Kami bertukar2 pandangan & pengalaman tentang PhD. Saya melihat isi kandungan tesis di sini amat panjang. Sebahagiannya adalah kajian sebelum dan lantai kenapa tesis ini perlu ditulis. Sebahagian lagi adalah kandungan substantif.
Di St Andrews (dan juga di Barat), fokus lebih kepada kandungan substantif & juga analisa tinggi. Jumlah muka surat tesis di barat tidak melebihi 500 muka surat (selalunya kurang dari 400 muka surat). Di Timur Tengah, boleh sampai 800-900 muka surat dalam 2 jilid.
Rumah sewa mereka betul2 di dalam kawasan kependudukan yang padat. Sepanjang perjalanan masuk dilorong2, mereka berdua disapa & mereka juga menyapa orang lain. Nampak intim sangat hubungan mereka di sini. Macam keadaan saya juga di St. Andrews. Bila melihat anak2 mereka, saya terus teringat anak2 saya di St Andrews yang hampir sebulan ditinggalkan. Air mata mula merembes di pipi. Terasa sayu & sedih.
Selepas dua hari berjalan2 di Iskandariyah & menyerap pengalaman serta nasihat Abang Man & Abang Zin, saya pulang semula ke Kaherah dengan kereta api. Hati sudah kencang bergolak nak pulang segera ke St Andrews ke pangkuan keluarga. Kalau boleh keretapi ini terbang terus ke St. Andrews.
(Foto di Jun 2020 bila Dr Zin Mahmud dan isteri (Kak Zan) menziarahi saya di rumah di Cyberjaya setelah tidak berjumpa hampir 10 tahun).
MDB
keretapi 在 SITI NURSARA Youtube 的精選貼文
#keretapi #bukitketeri #keterihill #rockclimbing #perlisclimber
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/O-iX-qGV9oQ/hqdefault.jpg)
keretapi 在 salekhan othman Youtube 的最佳貼文
REPLAY EDITION 2016
ZOOM 2016: SRI LANKA
************************
15 - 20 September 2016;
Kenangan kembara style Backpackers ke Sri Lanka. Perjalanan kami ke 6 bandar di Sri Lanka iatu Colombo - Kandy - Sigiriya - Ella - Unawatuna - Galle - Colombo.
Perjalanan yang lain dari biasa dan mencabar dengan merasai pengalaman menaiki kenderaan awam di Sri Lanka, 3 jam berdiri dalam keretapi yang sesak, 4 jam berdiri di bas, berjalan kaki mencari tuktuk, dikejar anjing ? dan lain-lain.
Namun keunikan serta keindahan Sri Lanka sangat berbaloi untuk dinikmati, menaiki Scenic Train ke Ella dan Galle, mendaki Little Adam’s Peak, beratur berjam ke atas puncak Sigiriya Fortress dan banyak lagi.
#srilanka
#zoom2016lean
#travelog
#replayedition
#throwback
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/7jFZ3ahOjko/hqdefault.jpg)
keretapi 在 Iena Eliena Youtube 的最佳解答
Naik keretapi bersama niece di Putrajaya
Harga RM5 untuk dewasa
RM 7 1 dewasa + 1 Child 2 tahun kebawah
Location : Precint 15 Putrajaya
FIND ME AT
Blog : http://www.ienaeliena.com/
Instagram : https://www.instagram.com/ienaeliena/
Fanpage : https://www.facebook.com/ienaelienadotcom
Facebook 1 : https://www.facebook.com/ienaeliena
Facebook 2 : https://www.facebook.com/ienawahab
Twitter : https://twitter.com/ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com
#ienaeliena #malaysianblogger #lifestyleblogger #travelblogger #beautyblogger #foodblogger
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/AG-zIfb6Fzc/hqdefault.jpg)
keretapi 在 Kereta Api Kita | Bandung | Facebook 的推薦與評價
Kereta Api Kita, 萬隆. 142762 個讚好 · 835 人正在談論這個 · 3765 次簽到. PT Kereta Api Indonesia (Persero) Corporate Social Media For Customer Care please ... ... <看更多>
keretapi 在 Kereta Api Jarak Jauh Sudah Dibuka, Ini Syaratnya - YouTube 的推薦與評價
JAKARTA, KOMPAS.TV - Kereta Api Indonesia mulai menerapkan aturan new normal, khususnya di Stasiun Pasar Senen, Jakarta Pusat. ... <看更多>