Cara nak mudah hamil😍😍(khas utk para isteri sahaja)
.
Nak tahu tak? Melalui kitaran haid kita dapat menjangkakan waktu subur. Jadi, apa yang perlu kita ketahui adalah, dalam kitaran haid seseorang wanita terdapat 4 fasa di dalamnya. Jika kita memahami info ini, kita akan mendapati bahawa pengiraan waktu subur itu bukanlah susah mana pun…hehe.
Tapi, cara ini khusus untuk pasangan suami isteri je tau. Dan jika ada pasangan yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata, tugas mengira waktu subur bukan semata-mata tugas isteri. Suami pun perlu join sekali (faham dan tahu sendiri takpe..hehe) dan mengetahui bilakah tarikh-tarikh subur isteri tercinta?
Bagaimana mengetahui waktu subur wanita mengikut fasa dalam kitaran haid?
Berikut merupakan 4 fasa dalam kitaran haid wanita:
Fasa pertama (hari pertama hingga ke-4)
Saat ini dikenali sebagai menstruation atau keluar haid.
Fasa kedua (hari ke-5 hingga ke-13)
Ini adalah tempoh persediaan untuk kehamilan.
Ketika ini hormon estrogen akan meningkat dan telur yang berada di sekitar ovari akan mecapai tempoh matang.
a subur
Jangkaan waktu subur
Fasa ketiga (hari ke-14)
Pada masa ini proses ovulasi akan terjadi.
Peningkatan hormon akan merangsang telur untuk keluar dari ovari dan menanti untuk disenyawakan dengan sperma.
Fasa keempat (hari ke-15 hingga ke-28)
Saat ini hormon progesteron akan dirembes keluar.
Rembesan ini menyebabkan lapisan dinding uterus semakin menebal dan sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding rahim akan runtuh dan proses kitaran haid akan berulang kembali
Begitulah seterusnya selagi tiada persenyawaan berlaku di antara sel telur (ovum) dan sperma, maka proses kehamilan belum terjadi.
Apakah petanda kesuburan seorang wanita?
Semasa wanita berada dalam tempoh waktu suburnya, terdapat sejenis bendalir yang terhasil pada pangkal rahim. Semasa subur, bendalir serviks seperti putih telur mentah akan dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Petanda ini menunjukkan bahawa wanita tersebut berada dalam tempoh subur kerana berlakunya ovulasi.
Setelah ovulasi selesai, bendalir ini menjadi semakin pekat, kental dan kuantitinya semakin berkurangan.
Selain itu, terdapat satu cara pemeriksaan kesuburan bertujuan megetahui posisi pangkal rahim. Caranya adalah dengan memasukkan satu jari secara perlahan-lahan ke dalam faraj. Sewaktu subur, serviks dikatakan terletak tinggi di dalam faraj dan terasa lembut.
Pada waktu subur inilah masa yang paling sesuai melakukan hubungan suami isteri terutama bagi pasangan yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Ini kerana waktu subur wanita hanya berlaku sekali dalam tempoh sebulan.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...