Pengalaman trip ke Taipei, Taiwan 🇹🇼
🇹🇼 17.11.2018 - 21.11.2018
🇹🇼 Solo
1. Things To Do
Taipei itself sebuah city yang sangat besar. Nak cover Taipei sahaja dalam 3 hari penuh memang tak sempat. Tempat kunjungan popular antaranya Yangmingshan National Park, Yehliu Geopark, Shifen, Jioufen, Keelung, Taipei City, etc. Tapi, rezeki tak menyebelahi saya sebab, semasa di Taipei saya diserang resdung yang severe 😭. Habis hilang mood, bangun lambat sebab telan ubat. Boleh google apa attractions menarik di Taipei.
2. Accommodation & Transportation
Saya tempah hostel berhampiran Ximen MRT Station. Boleh kira strategik sebab dekat dengan MRT, Family Mart dan Ximen Walker. Kalau boleh, cari lah tempat menginap yg berdekatan MRT. Area yang saya cadangkan, Ximen dan Taipei Main Station. Untuk transportation, MRT is the best option. mudah dan efisen. Ada 5 line kesemuanya mengikut warna iaitu, Blue, Brown, Green, Red, Orange. Tambang MRT bayar menggunakan EasyCard. Lebih kurang sama dengan TouchNGo Card. Boleh dapatkan di Airport MRT Station.
3. Food / Halal Food
Kalau google halal food Taipei, memang list nya banyak. Tapi saya sempat cuba hanya tiga tempat. First, Royal Cafe bersebelahan Taipei Grand Mosque, menyediakan makanan indonesia contohnya ayam penyet, bakso, etc. Next, Chang’s Beef Noodle dan juga kedai sebelahnya (lupa nama) berdekatan hostel saya iaitu area Ximen Station untuk local Taiwan cuisine, macam mee tarik la jugak. Boleh tahan sedap dan berpatutan, average makanan per pax per meal is around 200$ / RM25.
4. Culture / Budaya
Taiwan is claimed as a hybrid between Japan and South Korea. Ya, memang betul. Rasa sangat selamat macam di Jepun, and rasa sangat trendy macam di Korea, haha. Chinese Taipei pun agak friendly, but not all. Mereka tak paksa-paksa untuk beli souvenir, even souvenir pun rasanya harga dah tak boleh tawar sebab tawar lah macam mana pun even nak acah-acah keluar kedai, they stil lock that same price. Public toilet tak pakai air, jadi bagi mereka yang risau dan was-was tentang kesucian tu, boleh standby botol kosong and wet wipes macam saya. Hehe. Tapi jangan bagi cleaner dia nampak, mampos kena maki sebakul. 😂
Sekian.
Kredit: Redza Bakhtiar
Pakej travel ke Taipei, http://bit.ly/2A63KZV .
#taipei #taiwan
red chinese cuisine halal 在 Eating at a Chinese restaurant in the Dominican Republic ... 的推薦與評價
Eating at a Chinese restaurant in the Dominican Republic (Expreso Hong Kong) ... Dominic Republic - Amazing Octopus, Red Snapper, Steak. ... <看更多>
red chinese cuisine halal 在 Red Chinese Cuisine, Pullman Hotel - Facebook 的推薦與評價
Red Chinese Cuisine, Pullman Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia. 46 likes · 2 talking about this · 650 were here. Chinese Restaurant. ... <看更多>