Mana yang boleh baru , aku buatlah baru. Mana rasa boleh pakai seperti songkok dan sampin , aku kekalkan je yang lama. Bukannya aku nak pakai seharian pun. Sekadar gi solat sunat Aidilfitri , pastu balik dah tanggalkan. Cam tak berbaloi nak beli serba baru gitu. Hee.. lain la dah nampak lusuh kan ? Setahun sekali je aku pakai.
Seperti tahun tahun lepas , aku sekeluarga beraya di Kelantan. Bukan apa... mak aku ada di KL dan kerap je gi ke rumah dia berbanding mertua , 3-4 bulan baru dapat balik. Ke adil la. Cuma raya je lebih di belah Kelantan sebab di KL , takda orang nak oiiiii ! Lepas solat raya , keras dalam rumah. Kat sini , wife aku banyak la rumah boleh gi beraya. Budak budak suka la. Aku je la berpeluh jaga diorang supaya tak bikin itu rumah , serupa rumah bapak diorang !
Search