Zaman sekarang ni, Tengok kat media sosial, ramai orang persoal tarikh kemerdekaan.
Teringat pakcik zaman muda dulu, orang tak pertikaikan Tarikh.
Orang pertikaikan:
"Benarkah kita sudah merdeka?"
Woha!
Kenapa? Sebab katanya UMNO ni masih British!
Jadi semenjak “merdeka”, UMNO yang kuasai Malaysia, UMNO adalah British, begitulah kata mereka!
Terus teringat Zaman pakcik dulu, orang PAS anti betul dengan UMNO, kafir katanya! Kita tidak merdeka selagi UMNO yang jadi PM!
Tapi bukan PAS sahaja tak suka UMNO, DAP, PKR, BERSATU, PH, PR, PN, Tun M pun tak suka UMNO.
Bagi yang tak tahu sejarah negara, biar pakcik buat ringkasan, senang esok esok nak jawab subjek sejarah.
Alkisahnya, Sejarah berulang…
Zaman dulu, British cukup lama memerintah Tanah Melayu. Ramai orang melayu tak suka, maka bila datang Jepun, ada melayu sokong, katanya bila jepun memerintah, plastic murah, maka perang berlaku, British kalah. (Rujuk Filem Leftenan Adnan)
Jepun memerintah tanah melayu selama tiga tahun, dan Jepun jauh lebih kejam dari British, orang melayu bergabung dengan British lawan Jepun, (Rujuk filem Sarjan Hassan)
Kemudian datang pula Komunis memerintah tahan Melayu selama dua minggu, dan rakyat mendapati Komunis jauh lebih kejam dari jepun, sekali lagi British dan orang melayu, dan bangsa lain bergabung, akhirnya menang. (Rujuk Filem Bukit Kepong)
Beritish memerintah sampai habis sumber bumi kita, lombong semua di jarah, penyakit wabak merebak, vaksin tak ada, melayu pun ramai tak suka British, komunis masih ada sebagai pembakang.
Akhirnya Umno Minta merdeka dari British lalu…
Akhirnya Malaysia merdeka, semua bangsa Bersatu bangunkan Malaysia. (Rujuk filem: Hati Malaya-saya belum tengok, katanya filem tu tentang UMNO dapatkan kemerdekaan, ada masa nanti saya akan tonton)
Umno bergabung dengan MCA ,MIC, dan beberapa parti kecil lalu membentuk Barisan Nasional dan memerintah Malaysia dari awal Merdeka 1957 hingga 2018.
Waktu itu Negara berada di kemuncak ekonomi, perubatan tip top, rakyat ramai yang senang, pelancong berbondong bondong, warga asing datang sebagai tenaga buruh, rakyat jual apapun laku. Penulis buku pun hidup mewah zaman Vaucer buku. Penjawat awam mewah dengan pelbagai kemudahan. Rujuk drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang, zaman UMNO lah tu.
Tapi Umno tak perfect, ada orang melayu tak suka, orang PAS tak suka sebab Umno tak islamik, lalu bergabung dengan DAP, PKR juga tak suka UMNO sebab benci Tun Mahadir, dan bila Tun keluar UMNO bergabung dengan PKR dan DAP membentuk parti baru Bersatu, maka akhirnya Umno kalah. (Rujuk Filem Rise: Ini Kalilah-tapi serius saya belum tengok-woha!)
Dengan kejatuhan UMNO, Masa tu di media sosial, ramai penyokong Pakatan Harapan update status konon udara dah makin segar, suasana nyaman dan terasa bersemangat seolah-olah Malaysia baru Merdeka.
Malaysia baru merdeka masa tu katanya? Adohai..
Siap pakai slogan Malaysia Baru yang entah apa maksudnya?, yang mana tak sampai dua tahun, kerajaan baru Bersatu, DAP, PKR dan lain parti memerintah Malaysia tapi rakyat tiba tiba ramai mengaku menderita, ekonomi jatuh, orang hilang kerja, mahkamah yang tak adil, kes pukul ahli bomba tak selesai, dan lain lain, maka tak sampai sepenggal, hanya dua tahun, Pakatah Harapan tumbang bila Muhyidin dari Bersatu buat Perikatan Nasional, gabungan dengan UMNO, PAS, MCA, MIC, dan lain lain parti. (Ada ke orang buat Filem pasal kehebatan kerajaan PN? Jika ada bagitahu yer, saya nak masukkan dalam catatan sejarah)
Bila PN rampas kuasa dari PH, Masa tu penyokong PH yang baru alami perasaan merdeka Malaysia baru terus membisu bab politik, wall mereka sibuk post tentang kucing, memancing, resepi masakan, jual barang online dan gosip artis. Jika ditanya tentang parti kegemaran mereka, terus ayat klise muncul…
”Tak minat politik. Semua parti sama jee” (woha!)
Sambung story, Perikatan National takbir Malaysia waktu Pandemik Covid, awalnya cemerlang, kes turun, negara jadi contoh, namun bila UMNO kerusi terbanyak serta pembangkang bagi cadangan yang baik untuk negara tak diendahkan oleh Bersatu, maka Umno marah, rakyat pun marah, hari hari hari orang kutuk pemerintah dengan hashtag Kerajaan gagal. (Rujuk video lagu parody oleh Mohd Nur Azman Naim)
Akhirnya, Perikatan hilang Majority bila UMNO walk the talk, Tarik diri, dan kini Malaysia Kembali ke tangan UMNO.
UMNO dan PAS juga dah bergabung dalam MN.
Dari British kita di jajah, kepada British Kembali di jajah, dan dari UMNO kita merdeka dan Merdeka terkini, UMNO Kembali PM, mungkin lepas ni akan ada filam “Rise: Malu apa Bossku?”
Apa-apapun ini bukan ulasan politik tapi ulasan filem dan drama, berikut adalah markah jujur dari saya.
(1) Leftenan Adnan (5/10)
(2) Sarjan Hasan (10/10)
(3) Bukit Kepong (10/10)
(4) Hati Malaya (Belum tengok, nanti saya tengok)
(5) Drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang (belum tengok, mungkin bisnes jual madu dan bilangan pekerja itu adalah lebah pekerja, masuk akal 250 ribu lebah pekerka jika ada ladang madu-tahniah)
(6) Rise, ini kalilah (belum tengok, tak ada keinginan nak tengok, tunggu paid review)
(7) Malu Apa Bossku (Belum ada yang berani buat)
Sekian ulasan filem politik dengan meminjam kata kata penyokong PH.
”Tak minat politik. Semua parti sama jee”
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「status kata-kata cinta」的推薦目錄:
- 關於status kata-kata cinta 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於status kata-kata cinta 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於status kata-kata cinta 在 Fedtri Yahya Facebook 的最佳貼文
- 關於status kata-kata cinta 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於status kata-kata cinta 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於status kata-kata cinta 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於status kata-kata cinta 在 35 Kata-Kata Bijak Cinta, Bisa Jadi Status Sosial Media 的評價
- 關於status kata-kata cinta 在 Kata-kata Bijak Tentang Cinta dan Perasaan - YouTube 的評價
status kata-kata cinta 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Salam...ustaz hamka..tadi saya share status ustaz kat kawan-kawan..., terutama bab kelebihan puasa dan pahala serta kelebihan puasa enam, lepastu ada sorang kawan saya kata.., ibadat jangan kerana pahala atau shurga, itu perbuatan syirik kerana pahala dan shurga adalah makhluk, kita tak boleh beribadat kerana makhluk, kita kena beribadat semata mata kerana Allah, kalau kita kejar pahala.. kita tak dapat pahala tu.. tak ikhlas boleh masuk neraka, so, saya keliru, habis tu tazkirah terawih selalu cerita tentang pahala dan shurga, kira tak boleh niat mahukan ‘makhluk tu’ ke?, boleh ustaz beri pencerahan?
JAWAPAN
Salam, Dah naik taraf ustazlah pulak saya ni, adohai..,
Wah wah wah! Saya pulak yang kompius.. Nabi Muhammad s.a.w pesan pada Ummat, baca Al quran dapat pahala, solat malam lailatul qadar ganda pahala seribu bulan, amalan di bulan puasa ganda 70 kali, solat jemaah dapat pahala 27 kali ganda, setiap langkah ke masjid dapat satu pahala untuk satu langkahan.. dan pelbagai lagi, ni Nabi yang bagitahu, tiba tiba ada orang perasan alim cakap: jangan kejar pahala? wah wah wah, habis tu pesan Nabi suruh berlumba lumba buat pahala di bulan Ramadan nak campak ke mana?
Dalam Al quran pun Allah cerita tentang pahala, tentang nikmat shurga dan azab neraka, tiba tiba ada antara korang perasan alim cakap, jangan kejar shurga?
Woi! Tolong jerit sikit kat kawan kau tu, ada pernah baca tak hadith dari hazrat Abu Hurairah r.a. yang berbunyi, Nabi saw bersabda, sesiapa yang berdiri beribadat pada malam lailatulqadar dengan iman dan IHTISAB. Akan di ampunkan dosanya yang terdahulu.
Apakah itu IHTISAB?
Ihtisab adalah niat untuk mendapatkan ganjaran!
Mengharapkan pahala adalah kesempurnaan iman, kerana percaya dan yakin pada benda yang ghaib.. itulah IHTISAB!
Kepada yang masih degil konon belajar tasauf tak boleh niat nak pahala, tak boleh niat nak shurga, biar saya terang sikit guna kaedah hakikat marifat ala-ala tasauf, mudah-mudahan korang semua paham. Insya-Allah..
Baik, memang benar in the first place, buat amal kerana makhluk adalah tanda tidak ikhlas dan mungkin jadi syirik. Ya, saya tahu, memang benar, pahala, dan shurga atau neraka adalah makhluk Allah.
Tapi korang kena ingat, Allah boleh azab manusia tanpa neraka dan Allah boleh bagi nikmat pada manusia tanpa shurga.
Sebab tu kita selalu dengar orang yang gembira dalam dunia berkata:
"Saya hidup bagai dalam shurga”
Padahal confirm duduk dalam dunia, dan kita selalu jugak dengar orang yang menderita dalam dunia berkata:
"Saya hidup bagai dalam neraka”
Maknanya di sini, Allah boleh bagi nikmat tanpa shurga dan Allah boleh bagi azab tanpa neraka, maka “JANJI ALLAH” untuk azab dan bagi nikmat bukanlah makhluk.
“JANJI ALLAH” adalah SIFAT ALLAH.
ALLAH berjanji akan azab, bila manusia buat sekian-sekian.
ALLAH berjanji akan beri nikmat, bila manusia buat sekian-sekian.
ORANG YANG YAKIN DENGAN JANJI ALLAH adalah orang yang BENAR-BENAR BERIMAN.
Apatah lagi syurga dan neraka di gambarkan sebagai tempat yang tak terlintas dalam kepala, tak tergambar oleh otak, tak terbayang oleh kata-kata. Inilah IMAN!
Dan di sinilah terletak “JANJI ALLAH”. Untuk azab dan bagi nikmat.
MAKA, takut neraka adalah takut kepada JANJI ALLAH! Sebab tak pernah nampak neraka cuma beriman dengan “JANJI ALLAH”.
Dan mengharap shurga adalah harap kepada JANJI ALLAH! Sebab tak pernah nampak shurga cuma beriman dengan “JANJI ALLAH”.
JANJI ALLAH BUKAN MAKHLUK!
JANJI ALLAH adalah GHAIB.
YAKIN dengan yang Ghaib adalah kesempurnaan iman.
Pahala juga GHAIB, dan yakin dengan janji Allah dapat pahala adalah tanda kesempurnaan iman!
Jadi bila korang beribadat, dengan niat mendapatkan ganjaran, itu tanda iman korang betul sebab yakin dengan janji Allah, dan melakukan amal dengan yakin pada janji Allah adalah tanda iman yang sempurna, korang tidak ragu ragu dengan janji Allah.., Allah janji pahala, maka ghairahlah kita mengejar janji Allah..
Bila Allah janji nak azab dalam neraka, maka gementarlan hati kita kerana takut kepada janji Allah, orang yang slow jer tak paham antara janji Allah dengan material instinct.
Pedulikan doa tersirat wali Allah yang kata jika saya nak shurga jangan masukkan saya dalam shurga dan jika saya takut neraka, masukkan saya dalam neraka, doa begitu memang cool dalam menggambarkan cinta kepada Allah, dan itu bukan level orang awam, tapi Nabi Muhammmad SAW yang jauh lebih cool untuk di jadikan contoh berpesan dalam bulan puasa yang lepas, banyakkan minta masuk shurga, dan banyakkan minta selamat dari api neraka..(H.R Hazrad Salman r.a)
Jangan nak perasan pandai tak nak shurga, perasan alim konon, ni Nabi pesan lagi, jika nak minta syurga mintalah syurga yang tertinggi.., iaitu shurga firdaus!
Tak paham paham lagi?!
Patut dah habis puasa begini isu pahala tak timbul dah sebab yang benci pahala di kurniakan begitu banyak pada ummat Nabi Muhammad s.a.w ni syatan jer, sehingga tabur kepala dengan pasir, jadi bulan puasa hari tu syaitan dah di ikat, takde pulak orang Tanya soalan macam ni,
Tapi sekarang bulan syawal syaitan dah terlepas, ada yang tak nak pahala pula? Tolong jangan nak perasan alim sangat, sahabat nabi Muhammad SAW sentiasa menangis takut api neraka dan melangkah kaki pendek pendek ke masjid sebab nak pahala lebih, korang boleh pulak berlagak tak nak pahala..
Kalau korang tak Nak pahala, niatkan sahaja untuk sedekah pada saya.., Saya nak!
Woi, saya nak pahala, bak semua pahala hang kat saya! Kita jumpa nanti kat syurga firdaus tingkat lapan.
Woha!
Ps: Masuk shurga dengan RAHMAT Allah, bukan dengan pahala, tapi siapa amal soleh dengan IHTISAB boleh dapat RAHMAT Allah.
Ps2: Saya azam jika pahala saya terlebih banyak akan saya sedekah pahala kepada mereka yang memerlukan di padang mahsyar kelak termasuk si perasan alim tu..
Woha!
status kata-kata cinta 在 Fedtri Yahya Facebook 的最佳貼文
Luahan Jiwa:
Mula- mula saya dapat puisi mengenai biawak hidup dari tuan, rasa bagai dunia ni Allah hantar seorg pewira melalui puisi.
Puisi yg akan membuka mata semua org ttg hakikat yg wujud dan sukar untuk mempercayai .
Biawak hidup ni dah lama berlaku dalam hidup saya tuan.
.
Saya korban semua ..dihina dicaci oleh keluarganya . Terang lagi bersuluh salah dia , tapi perempuan disalahkan sebab tak pandai menjaga sang suami . Hendak dijaga tahap dewa atau apakah ... sering dikaitkan dgn isteri Rasullullah.... pergorbanan saya sia sia sehinggakan nama status saya bangkrupsi...
.
Hidup dgn nya bagaikan mayat hidup ... sehinggakan say berjaya membawa kes ke mahkamah . Tak sampai di situ tuan ..diugut saya.. alhamdulillah saya menang dlm kes perceraian dan saya umpama mati hidup semula.
.
Kesan sampai hari ini kerana status bangkrupsi.... tapi Allah ada .... saya perlukan kekuatan Yang Maha Esa ... untuk saya harungi bahtera Samudera ....
.
Saya menjaga anak anak dr kecil .. memang saya sekat anak2 dr berjumpa .... tapi saya fikir sampai bilakan .... allah melembut hati saya ..membuka ruang utk memberi dia merasa juga nikmat ada anak..
.
Tapi tak sangka ..keikhlasan saya di ambil kesempatan ... dia dan keluarga dia menceritakan kisah saya membuat khianat pda sang suami ... anak2 percaya.. saya cuba untuk menyedarkan anak anak tapi allah memberi saya satu lagi ujian yg cukup kuat
.
Saya membiar mereka berwayang ..bersuka ria manakala saya menyerahkan segala urusan pada allah . Yakin pada satu hari ..allah akan memberi kemenangan pda saya.... saya nekad untuk munajat sepenuhnya pda allah tanpa toleh...
.
Saya baca kisah mereka yg sama dgn saya ... terus terang .. allah bagi ujian yg cukup hebat kerana allah syg kita ... sejukkan hati kita dgn kata kata cinta allah ...
.
Kuatkan diri sebab allah sentiasa ada .. jgn sampai buat perkara2 yg allah tidak suka ... teruskan perjuangan hidup .. selagi ada ruang untuk mencari cinta Allah dan rasulullah .....
status kata-kata cinta 在 Kata-kata Bijak Tentang Cinta dan Perasaan - YouTube 的推薦與評價
![影片讀取中](/images/youtube.png)
2.7K views 3 years ago #katakatabijak #katabijak #tribunlampung. Jangan lewatkan informasi terpopuler lainnya dengan klik ... ... <看更多>
status kata-kata cinta 在 35 Kata-Kata Bijak Cinta, Bisa Jadi Status Sosial Media 的推薦與評價
35 Kata-Kata Bijak Cinta, Bisa Jadi Status Sosial Media. Percintaan memiliki banyak cerita, ada senang, sedih, kecewa yang bercampur menjadi satu. Setiap ... ... <看更多>