Apa perkataan paling sesuai untuk rezeki dalam Bahasa English!?
Ada yang cakap, wealth, luck, health, fate. Blessings, sustenance, property, means of living, livelihood, income, subsistence, sustenance, food, nourishment, good fortune… etc..
Tapi semua tu mempunyai maksud berbeza.
Kita orang melayu memang guna perkataan REZEKI pinjam dari Bahasa arab sebab Rezeki ni ianya ada kaitan dengan Ketuhanan.
Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, anak yang ramai adalah rezeki, hati yang tenang adalah rezeki, muka tak hensem tapi mampu bahagia adalah rezeki yang mana semua oitu automatic terus otak kita kaitan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi.
Mungkin sebab itu ada kajian kes bunuh diri banyak berlaku pada orang yang tidak beragama kerana mereka tidak faham konsep rezeki, dan sudah tentu ada juga kes bunuh diri pada orang beragama yang salah faham konsep rezeki.
Sebab konsep rezeki adalah berdamai dengan takdir, semua Allah dah set from the top, Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, atau GAGAL mencapai sesuatu, maka mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress hingga memilih untuk mati.
Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.
Bila kita di buli, Alah sedang uji saya, ini rezeki saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal.
Bila kita putus cinta, ini rezeki saya, ingatlah semua orang akan mati, mencintai Nabi, maka Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmatnya lebih besar dari dicintai semua bidadari.
Bila kita gagal dalam apa jua bidang, ini rezeki kita, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.
Jangan pernah sedih lihat rezeki orang, itu rezeki mereka, semua orang ada rezeki tersendiri..
Sungguh ter Kadang manusia selalu bersedih kerana Allah belum bagi rezeki yang diminta.. Tapi kita lupa bahawa masih banyak rezeki yang baik pada kita, Allah belum ambil..
Akhir kata, Cintailah Pemberi Rezeki lebih dari Rezeki maka Rezeki tak di sangka sangka akan mengalir sampai syurga dan Di syurga, Bertemu Pencipta Rezeki adalah Rezeki terbesar dari segala Rezeki.
Semoga rezeki kita sampai syurga!
Woha!
同時也有121部Youtube影片,追蹤數超過1,140的網紅Shaff Asran,也在其Youtube影片中提到,#karma #kakaazraff #ajl36 #jazzhayat DO FOLLOW OURS SOCMED ✌? Nini’s ig https://www.instagram.com/nuraininazihah _________________________________...
takdir 在 Facebook 的最佳解答
#ilhamsanubari malam ini di @buletinfm :
💔
“Salam abang Fedtri. Saya nak cerita yang hari ini hari yang gelap untuk saya. 2 tahun, 3 bulan bergelar suami. Cukup untuk buat saya trauma untuk bercinta atau untuk ada dalam hubungan yang serius selepas ini. Saya harap jika ada keinginan untuk kahwin lagi selepas ini, saya akan ingat hari gelap ini sampai bila bila. Harapan saya terhadap perkahwinan terlalu tinggi, semoga kekal hingga ke Syurga. Namun, takdir penentu segala, hubungan ini berakhir di Neraka dunia. Alhamdulillah, saya syukur, saya redha. Jika ujian hidup ini untuk memudahkan perjalanan saya untuk ke syurga, saya redha. Insya Allah. Tak semua lelaki mudah untuk melafazkan talak. Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan ucapan dua kalimah syahadah. Seterusnya, mulut saya dipaksa untuk melafazkan cerai, mengulangi apa yang hakim mahkamah sebutkan. Saya cuba kuatkan semangat tapi air mata mula mengalir perlahan dan akhirnya tangisan yang saya rasa tiada kesudahan. Waktu ini saya keseorangan. Tiada keluarga di sisi. Hanya Allahuakhbar keluar dari mulut ketika menangis, berharap semuanya akan berakhir dengan cepat dan boleh kembali tenang seperti biasa. Air mata terus mengalir, tangisan menjadi semakin kuat. Tidak mahu orang lain nampak, saya pakai face mask dan sunglasses hitam saya. Terus tertunduk dan terus menangis. Cermin pintu diketuk oleh keluarga mertua. Saya tidak melayan pada mulanya sebab waktu itu saya hanya mahu menangis sahaja. Mereka lama berada diluar kereta menunggu saya dan untuk tidak hampakan mereka, saya kuatkan semangat untuk bercakap dengan mereka. Perkataan ampun dan maaf dari keluar dari mulut masing masing tanpa henti. Situasi ini saya tak pernah bayangkan akan terjadi. Melihat orang yang lebih tua dari saya juga meminta maaf dan menangis. Keluarga mertua sangat baik dan saya hormati mereka.”
takdir 在 Ismail Ariffin Lepat Facebook 的最佳貼文
Salam Sahabat 🙏🏽❤️
PAHIT MANIS KEHIDUPAN.
"Cerita lama cerita baru,
Sama sahaja, yang pahitnya, adalah keadilan masih tidak memihak buat diri ku, dan yang manisnya adalah 'Aku tetap saja memilih untuk terus menjadi diri ku.."
"Que sera-sera, apa orang nak kata, katalah, 'Hidup harus terus hidup! Biar badai kuat melanda jiwa, Que sera-sera, redah sajalah. Susah disini hanyalah disini, disana kita merai cinta yang pasti.."
"Ah! Donia! Inilah donia! Ah donia! Ini hanyalah tipu helah donia! Buta disini butalah disana nanti".
Berbagai-bagai telah pun kau lalui Lepat!, segunung kata hinaan, beralun ganas ombak fitnah menghempas membadai keujudan, melangit kata cerca serta makian, namun berjalan tetap terus berjalan meski hanya bertemankan debu-debu di jalanan, berjalan tetap terus berjalan.
'Berkerak lapisan duka lara dirongga jiwa mu, belipat kenangan yang menghanguskan perasaan mu, parah luka menanah di gedung minda mu, berkali rebah lalu lumpuh nyawa mu dilibas kerasnya takdir kehidupan mu, Namun bangun tetap bangun, tetap terus saja memandang tepat ke depan.., meski longlai atur langkah menapak sendirian, namun berjalan tetap terus berjalan.
Hidup ini adalah perjalanan yang penuh istilah 'insyaAllah', Mati adalah satu babak yang pasti dan yang sangat dinanti-nanti oleh segenap jiwa Sufi.."
“Some things are just never meant to be, no matter how much we wish they were. So please set your heart and your soul at steady, don't worry, stay easy, what will be shall be, stay positive and just move on.."
"Ah! Senyumlah untuk sekali lagi, 'seriang sukma yang bersetuju bahawa 'hari ini adalah hari ini, 'apa yang telah ditentukan untuk terjadi pasti akan terjadi, 'Sedutlah nafas paling dalam, Huuu.., humbuskanlah Nafas paling tenang, Allaaaah.."
"Kembali satu kekuatan kembalilah jua bebuah harapan didalam satu kescintaan yang tiada titik kesudahan"
LANTAS SETERUSNYA JALAN TERUS LEPAT..
❤️✌🏽
.
takdir 在 Shaff Asran Youtube 的最佳解答
#karma #kakaazraff #ajl36 #jazzhayat
DO FOLLOW OURS SOCMED ✌?
Nini’s ig
https://www.instagram.com/nuraininazihah
_____________________________________________
GET IN TOUCH WITH ME / ANY BUSINESS INQUIRIES :
Instagram
https://www.instagram.com/shaffasran/
Facebook
https://m.facebook.com/shafiqaizad.shahrulasran
Email
https://mail.google.com/mail/mu/mp/38/#mn
Twitter
https://mobile.twitter.com/home?lang=en
takdir 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
Anak anda seorang OKU? Apa nak buat?
Mula muka kena faham.. Segalanya telah tertulis, di alam roh sana, Allah dah takdirkan ada kelahiran yang akan OKU, dan ada parent yang akan dapat anak OKU, toleh kiri toleh kanan, saya rupanya dapat anak OKU, Alhamdulillah.
Saya terima dia sebab Allah dah bagi, tak perlu saya cari jawapan untuk “kenapa?” sebab hidup ini terlalu singkat untuk mencari jawapan bagi kejadian alam yang luasnya tak bertepi, maka dengan baki nikmat yang ada, saya Tanya “bagaimana”.., yer,, tanya bagaimana baki nikmat yang ada untuk saya cipta bahagia di daerah yang mampu saya kawal InsyaAllah
Rezeki turun dari langit menjadi takdir kepada ibu bapa terpilih di bumi, bertabahlah ibu bapa sekalian, rezeki anak, hakikat hidup? nak pilih lelaki atau perempuan pun tak mampu, apatah lagi nak pilih anak OKU atau normal, bukan kuasa kita.
Kuasa kita, syukur, redha, sabar, dan ikhlas, itu pun dah cukup banyak pilihan yang ada. Alhamdulillah...
Hakikatnya, Rezeki tak pernah salah alamat, anak OKU itu, adalah rezeki untuk tarbiah jiwa ibu bapa hingga ladang pahala terbentang luas dalam rumah kita, dan jika kedua dua belah kaki kita sudah di ladang pahala, maka gerbang syurga pasti akan memanggil nama anak kita semua.
Semoga Woha sampai syurga!
Jom sambung sembang dalam bicara tentang pengalaman keluarga bersama anak syurga di Video penuh.
Woha!
@perpustakaanUniversitiMalaysiaPahang
takdir 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
? You can also follow Budiey here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Thanks for watching!