SULTAN JOHOR KURNIA WANG LEBIHAN BAYAR CUKAI KEPADA YSIJ UNTUK TERUS MEMBANTU RAKYAT MEMERLUKAN
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah lebihan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bernilai RM1.4 juta bagi tahun 2019 yang diterima Baginda akan dikurniakan kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Baginda Tuanku Sultan, bertitah YSIJ secara aktif menghulurkan pelbagai sumbangan kepada rakyat termasuk sumbangan makanan setiap minggu dan pelbagai bantuan lain.
DYMM Sultan Johor, bertitah lebih bayaran itu diserahkan kepada Baginda bagi pembayaran cukai di atas syarikat-syarikat milik Keluarga DiRaja Johor.
“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada LDHN di atas pemulangan lebihan bayaran cukai ini, dimana saya akan mengurniakan wang berkenaan kepada YSIJ.
“Ini juga bagi membolehkan YSIJ terus menyampaikan pelbagai sumbangan untuk rakyat bagi meringankan beban mereka khususnya yang banyak terkesan akibat pandemik COVID-19,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (29 September).
Terdahulu, DYMM Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Mohd Jaafar Embong dan Pengarah LHDN Johor, Encik Md Kamal Johan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Bermula pada April tahun lalu, Baginda Tuanku Sultan secara berterusan mengurniakan bantuan bekalan makanan kepada golongan memerlukan diseluruh Johor setiap minggu.
Bantuan juga disampaikan kepada mangsa-mangsa bencana alam, selain warga emas dan juga pesakit-pesakit kronik tanpa mengira agama dan bangsa.
Selain itu, beberapa kediaman yang rosak akibat bencana alam turut dibaikpulih menerusi YSIJ bagi meringankan beban rakyat.
同時也有527部Youtube影片,追蹤數超過7,440的網紅Diq@ディック,也在其Youtube影片中提到,Dah menjadi adat orang jepun untuk memberi ucapan sebelum melakukan sesuatu. Dalam video kali ini saya akan memperkenalkan ucapan-ucapan asas bahasa ...
ucapan 在 Facebook 的最佳解答
#ilhamsanubari malam ini di @buletinfm :
💔
“Salam abang Fedtri. Saya nak cerita yang hari ini hari yang gelap untuk saya. 2 tahun, 3 bulan bergelar suami. Cukup untuk buat saya trauma untuk bercinta atau untuk ada dalam hubungan yang serius selepas ini. Saya harap jika ada keinginan untuk kahwin lagi selepas ini, saya akan ingat hari gelap ini sampai bila bila. Harapan saya terhadap perkahwinan terlalu tinggi, semoga kekal hingga ke Syurga. Namun, takdir penentu segala, hubungan ini berakhir di Neraka dunia. Alhamdulillah, saya syukur, saya redha. Jika ujian hidup ini untuk memudahkan perjalanan saya untuk ke syurga, saya redha. Insya Allah. Tak semua lelaki mudah untuk melafazkan talak. Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan ucapan dua kalimah syahadah. Seterusnya, mulut saya dipaksa untuk melafazkan cerai, mengulangi apa yang hakim mahkamah sebutkan. Saya cuba kuatkan semangat tapi air mata mula mengalir perlahan dan akhirnya tangisan yang saya rasa tiada kesudahan. Waktu ini saya keseorangan. Tiada keluarga di sisi. Hanya Allahuakhbar keluar dari mulut ketika menangis, berharap semuanya akan berakhir dengan cepat dan boleh kembali tenang seperti biasa. Air mata terus mengalir, tangisan menjadi semakin kuat. Tidak mahu orang lain nampak, saya pakai face mask dan sunglasses hitam saya. Terus tertunduk dan terus menangis. Cermin pintu diketuk oleh keluarga mertua. Saya tidak melayan pada mulanya sebab waktu itu saya hanya mahu menangis sahaja. Mereka lama berada diluar kereta menunggu saya dan untuk tidak hampakan mereka, saya kuatkan semangat untuk bercakap dengan mereka. Perkataan ampun dan maaf dari keluar dari mulut masing masing tanpa henti. Situasi ini saya tak pernah bayangkan akan terjadi. Melihat orang yang lebih tua dari saya juga meminta maaf dan menangis. Keluarga mertua sangat baik dan saya hormati mereka.”
ucapan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
SAYA DAN ANALISA DATA RAYA & A.I. (SIRI 4)
"In God We Believe, In Data We Trust"
Ada apa pada data?
Ada yang tidak nampak apa2. Data macam tak ada pemberat & nilai. Kosong
Ada yang tak suka data. Mereka lebih suka guna alasan & hujah secara emosi & intuisi. Mereka lebih senang mendapat kepercayaan & juga penghargaan dengan kata2 mereka yang menarik, senyuman mereka yang manis & ucapan mereka yang bersemangat. Mudah untuk beli hati & minda manusia. Ini jalan pintas. Main emosi manusia.
Ada yang anti & benci data. Mereka juga benci kepada teknologi & algorisma yang membantu mengumpul, menyusun, memahami & memberi makna kepada data yang bertimbun2. Mereka juga rasa tercabar & kurang relevan apabila ilmu baru timbul bila berjuta2 data dapat dicakna dengan cepat, tepat, okjektif & kohesif. Mereka mula menyerang teknologi di sebalik analisa data raya & A.I. "Mana mungkin kita biarkan mesin & robot memberi makna kepada kehidupan kita!". Ini antara bahasa & naratif mereka yang sinis.
Ada juga yang percaya data adalah cermin kehidupan. Data juga tidak boleh berbohong. Ucapan & kata2 boleh jadi seperti menanam tebu di bibir mulut. Bila dikunyah, rasa peria.
Lebih penting, data adalah hidup senada & senafas dengan perwatakan seseorang & masyarakat. Semakin kita boleh memahami data dengan baik & tuntas, semakin kita dapat memahami pola & trend kehidupan dalam semua aspek.
Tidakkah anda perasaan bila anda membuka sahaja lembaran google @ carian dalam internet, apa sahaja yang anda suka akan timbul terlebih dahulu & kerap dalam alat keluli & lap top anda Mesin sudah menyusun & memahami data profil anda.
Saya banyak berbincang dengan Nazri tentang pelbagai aspek data. (Foto di atas di satu siri awareness programme di Singapura). Saya juga mula meneliti al-Quran sebagai sebuah dokumen yang padat & sarat dengan data. "The Qutan is a data centric book". Saya mula gunakan ungkapan ini dalam banyak ucapan saya. Saya mula membentuk teori kehidupan berdasarkan analisa data raya & A.I
Saya mula melihat kelebihan analisa data raya yang paling wow ialah 'personalised solution' atau solusi untuk setiap orang. Setiap orang perlu solusi berbeza. Ini juga ajaran agama.
MDB
ucapan 在 Diq@ディック Youtube 的最佳貼文
Dah menjadi adat orang jepun untuk memberi ucapan sebelum melakukan sesuatu.
Dalam video kali ini saya akan memperkenalkan ucapan-ucapan asas bahasa Jepun.
Ucapan-ucapan asas dalam video ini ada ucapan yang selalu di guanakan oleh orang jepun dalam kehidupan harian.
Saya harap video kali ini dapat memberi manfaat kepada penonton semua.
Semoga jumpa lagi di video seterusnya.
Video-video lain:
▼Memperkenalkan diri dalam Bahasa Jepun https://youtu.be/jCnbxIDWNHU
▼ マレー語で『私』と『あなた』やで || Kata ganti nama diri pertama dan kedua https://youtu.be/SnGii8vNXwc
▼ マレーシアの小学校と日本の小学校を比べてみたで /Comparing Malaysian and Japanese primary school
https://youtu.be/zQMeiKc7Y2Y
Jika berminat untuk belajar bahasa jepun, jangan lupa untuk subscribe ya ;)
http://www.youtube.com/subscription_center?add_user=muswasthere
効果音素材:ポケットサウンド – https://pocket-se.info/
#bahasajepun #bahasajepang #ucapan
ucapan 在 Diq@ディック Youtube 的最佳貼文
Dalam video kali ini saya mengajar cara memperkenalkan diri kita dalam Bahasa Jepun.
Sesi perkenalan diri ini memang banyaklah kalau di Jepun.
Saya harap video kali ini dapat memberi manfaat kepada penonton semua.
Semoga jumpa lagi di video seterusnya.
Video-video lain
▼ Cara MEMINTA MAAF dalam Bahasa Jepun
https://youtu.be/SWOm3wZTbLg
▼Belajar asa Bahasa Jepun
https://youtu.be/XlhIsgIQdoo
▼ 日本の自転車に驚いた外国人やで || Perbandingan adat berbasikal di Jepun dan Malaysia https://youtu.be/6XAk9_aM_3Y
▼ マレーシアのお金を紹介するで || Introducing Malaysian banknotes https://youtu.be/LBliLRNL7cY
Jika berminat untuk belajar bahasa jepun, jangan lupa untuk subscribe ya ;)
http://www.youtube.com/subscription_center?add_user=muswasthere
#bahasajepun #bahasajepang #perkenalandiri
ucapan 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
Hadiah hari bapa paling best pernah saya terima seumur hidup ini.
Semalam saya ada urusan keluar Kawasan rentas daerah (dengan kebenaran Polis)
Bila saya balik rumah, mereka kejutkan saya dengan Video ini, berkaca jugak mata lelaki ini bersyukur atas nikmat anak anak.
Sungguh saya dikurnia nikmat yang banyak, ada anak lelaki, ada anak perempuan, ada anak OKU, lengkap semua!-Alhamdulillah.
Lepas tu saya tahu behind the scene nak buatkan video sebegini tidak mudah, kena ada telefon , kena ada pencahayaan, dan paling penting, anak anak yang mahu bekerja sama, walaupun anak syurga! tahnah pada isteri yang berjaya kumpulkan anak anak, rakam mereka berucap, lepas tu edit.
Jadi kepada mereka yang masih ada bapa, cuba korang adik beradik buat rakam jawapan untuk soalan ini:
"Kenapa saya sayang ayah?"
"Apa kenangan terindah bersama ayah?"
"Kenapa kena marah dengan ayah?"
"Apa hadiah hari jadi paling best?"
"Bila kali terkahir cakap I LOVE YOU pada ayah?"
"Ada apa apa nak pesan dekat ayah?"
"Ucapan selamat hari bapa"
lepas dah rakam, abang long ke, adik pandai gemers ke, tolong edit macam dalam video ini dan hantar pada Whatsaap ayah korang, tentu si ayah akan bercucuran air mata kesyukuran sebab ada anak anak yang best macam korang. Rindu terubat zaman PKP tak boleh balik kampung ada pulak video ucapan sebegini, wow!
Nak lagi best, hadiahkan buku “Ngeteh Di Kubur Ayah”
Woha!
Ok, selamat hari bapa, ada orang potong bawang pulak.
Link video: https://youtu.be/zs7Kcb4kpYs