・・・
Terima kasih kepada isteri Athiah Ilyana dan anak-anak yang di kasihi Amna Maryam dan Amna Khadeeja, hanya Allah yang mengetahui pengorbanan kalian. Pepatah ‘Di belakang kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang perempuan yang hebat’ adalah benar sama sekali. Saya berkahwin seawal usia 22tahun, ketika itu ramai yang kata karier saya akan hancur, perut akan membuncit dan lutut akan longgar. Biasalah, stigma masyarakat. Saya buktikan itu semua dusta, syukur Alhamdulillah sampai ke hari ini masih perkasa. Orang hanya lihat kejayaan saya adalah hasil dari kerja keras latihan dan sebagainya tetapi sebenarnya sokongan jitu dari isteri dan keluarga adalah melangkaui segala-galanya. Kebenarannya adalah kejayaan ini tidak dapat di butirkan tanpa sokongan isteri dan anak-anak dan juga tanpa kehadiran mereka dalam hidup saya.
.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ibu ku yang disayangi, Selamiah Bt Yong. Sejak berusia 16 tahun. Ma dengan rela hati melepaskan saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita untuk menjadi atlet negara. Sejak dari itu, amat jarang dapat berjumpa apatah lagi untuk meluangkan masa bersama-sama seperti orang lain. Setelah arwah abah meninggal ketika saya berusia 16 tahun, Ma tinggal sendirian dan terpaksa bersusah payah sendirian. Tetapi dalam keadaan begitupun, Ma masih sentiasa memberikan sokongan, menyuruh saya supaya sentiasa berlatih bersungguh-sungguh dan mengejar impian peribadi dan misi negara.
.
Terima kasih juga kepada Ayah saya, Awang Bin Embong. Walaupun juga jarang dapat bersua, tetapi semangat Ayoh sentiasa bersama dengan saya. Ayoh adalah pesakit Dementia dan pernah diserang stroke sebelum jni. Kali terakhir ayoh datang melihat saya beraksi di Velodrome Nilai ketika itulah keadaan ayoh tiba-tiba makin merosot. Beberapa hari sebelum terbang ke Tokyo saya dapat berita Ayoh kene stroke lagi dan di masukkan ke hospital. Allah je tahu perasaan masa tu. Tetapi terima kasih kepada adik-beradik di Dungun yang menjaga Ayoh dengan rapi dan menyuruh saya memberikan tumpuan penuh kepada Olimpik ketika itu.
.
[Bersambung]
.
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#olympics #olympic
#tokyo2020 #tokyo
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過9,400的網紅PISHINE TV,也在其Youtube影片中提到,Kepada CUSTOMER - CUSTOMER kami “ BARBER ‘ GERAK “ ? kami mengucapkan setinggi2 penghargaan & ucapan TERIMA KASIH kerana support business kami ?? and...
ucapan syukur alhamdulillah kepada allah 在 Facebook 的最佳貼文
Selalu anak kita pergi mana mana, ada orang puji, rajinnya, cantiknya, baiknya.
Ada anak yang tak tahu nak berdepan dengan pujian, Jika diam, kita di anggap sombong, jika bangga takut riak? Macam mana tu?
Ada tiga pilihan:
(1)Merendah diri: cakap, biasa biasa jer ni, terima kasih. Alhamdulillah.
(2)Setuju dengan nikmat Allah, cakap, Alhamdulillah, terima kasih.
(3)Balas pujian dengan pujian, Alahmdulillah,Terima kasih, awakpun begitu juga.
Saya akan jawab pujian tengok oranglah, tapi dah lama saya amalkan membalas pujian dengan terima kasih, sebab ada hadis:
“Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.”
Riwayat Abu Daud (4811) dan al-Tirmizi (1954)
“Puji yang haram tu macam mana pulak?”
Pujian yang haram adalah jenis membodek dengan yakin pada makhluk, atau puji dengan menafikan nikmat Allah, atau puji dengan menafikan kehebatan Allah lalu menghampiri syirik, atau pujian yang boleh menjatuhkan maruah pihak ketiga, seperti: dalam adik beradik kau, engkau seroang sahaja yang bagus! Pujian macam tu jika pihak ketiga mendengar tentu sedih.
Maka Pujilah manusia kerana Allah, jika tegur elok secara bersembunyi, maka pujianpun elok secara sembunyi agar pihak lain tak salah faham, tengok keadaan lah, ada waktu boleh puji depan orang ramai untuk galakkan kebaikkan, ada waktu kena puji secara bersendirian untuk elakkan riak.
Itu cerita bab orang nak memuji, sekarang cerita bila orang puji kita, apa nak buat?
Sukurlah dalam hati, dan berterima kasihlah dengan lidah, tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.. maka kepada semua orang yang beli buku saya, dan puji buku saya sedap, saya ucapkan:
“Terima kasih, dan sila ghibtah dari jauh!”
Woha!
(Ghibtah: Cemburu yang dibenarkan dalam Islam)
Kenapa kena ucap terima kasih? Nanti riak macam mana?
Begini tuan puan, manusia ni biasanya suka kecam, suka kritik, suka fitnah, suka mengata, dan tiba tiba di celah celah kehidupan manusia, ada yang memuji kita. Ini adalah nikmat hidup.
Dikelilingi orang yang ikhlas memuji adalah nikmat hidup, maka..
Ucaplah, TERIMA KASIH sebagai tanda syukur dan siapa syukur Allah tambah nikmat!
“Hamka, buku kau best!”
“Terima kasih sudi baca buku saya”
“Wah hensemnya Hamka hari ni”
“Terima kasih, Hensem ni pilihan, saya pilih hensem hari ni-woha!”
“Hamka, anak kau pandai dan hensem”
“Terima kasih, ikut ayah dia lah tu, alhamdulillah”
"Hamka, bertuah saya dapat baca tulisan kami"
"Terima kasih, saya setuju"
Begitulah..
Saya masih ingat zaman sekolah dulu, bila cikgu masuk kelas, atau dalam mana mana situasi, jika ada orang puji, tapi tak tahu siapa punya pujian itu ditujukan, saya akan lekas lekas jawab terima kasih.
Contoh cikgu masuk kelas dan berkata:
“Bersihnya kelas hari ini…”
Sayapun jerit: Terima kasih cikgu!”
Satu kelas gelak, tak tahu kenapa ucapan itu kelakar? Alhamdulillah saya berjaya buat kelas ceria walau bukan saya yang bersihkan kelas, saya tolong ucap terima kasih sahaja. He he.
Pernah jugak zaman bercinta dulu saya cakap kat awek ni:
“Wah cantiknya pakaian awak”
Saya jangka dia ucap terima kasih, tapi dia jawab:
“Eh? Mana ada, biasa biasa jer ni..”
Saya pun balas: “ya betul, biasa biasa jer tu..”
Terus dia merajuk, orang perempuan lah ni, bila kita puji dia kata biasa, bila kita kata biasa dia merajuk pulak, adohai..
Maka pesan saya pada orang perempuan, Lain kali, jika orang puji kita, tak payah nak tergedik gedik merendah diri tapi perasan bagus, cakap jer: ‘terima kasih, alhamdulilah rezeki.”
Simple!
Biasa kawan jika puji saya, laju saya jawab:
“Terima kasih, setuju”
Terus mereka puas hati, ha ha. Dengan kawan rapat sahaja saya jawab macam ni, he he.
Tapi dalam banyak banyak perempuan, paling tak boleh ingat bini saya punya jawapan, bila saya puji dia jawapannya lain macam:
Contoh pujian saya:
“Wah, sedapnya awak masak, wah cantiknya kemas rumah, wah manisnya wajah awak, wahhh, bersihnya kereta, wah pandainya awak tidurkan anak”
Bini jawab selamba:
“Terima kasih, Alhamdulillah, Entah apa amalan baik abang waktu muda hingga dapat kahwin dengan saya ni, tak tahu lah”
Woha!
Ps: Sila Like dan Share post ini tanda berterima kasih, ahaks!
ucapan syukur alhamdulillah kepada allah 在 Facebook 的最讚貼文
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Syukur Alhamdulillah segala pujian dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan Rahmat-Nya, Tasha dapat menghabiskan proses pantang bersalin.
Memang telah menjadi lumrah, selepas bersalin, ibu-ibu baru haruslah melakukan proses pantang bersalin, sama ada dari sudut makanan, pergerakan mahupun penjagaan fizikal badan.
Terutama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Suami saya, keluarga tercinta dan sahabat-sahabat yang tak putus mendoakan untuk kesihatan saya selepas bersalin dan ucapan selamat berpantang.
Seterusnya kepada CL Kak Mel khusus dari @anggunconfinementcare, terima kasih Kak Mel yang menjalani tugas dengan penuh semangat, sentiasa menjaga rutin harian dalam penuh disiplin dari lepas subuh hingga 8pm malam, Kak Mel seorang teramat ikhlas dan tekun dari mula hingga ke akhir penutup pantang.
Rasa sedih & kehilangan bila Kak Mel sudah pulang sebab Kak Mel sangat ikhlas menjaga Raees dengan penuh kasih sayang. Proses rawatan yang Kak Mel lakukan juga dapat rasa urut yang berpengalaman, kebersihan yang rapi sewaktu rawatan dan juga time management yang sangat baik.
Akhir sekali kepada Anggun Confinement-care dan Puan Laila yang sering bertanya / follow up dengan perkembangan Tasha di rumah, teruskan perkhidmatan yang baik dan semoga semua di Anggun terus berjaya dan diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih dan harap kita akan bertemu lagi In Shaa Allah 💞
ucapan syukur alhamdulillah kepada allah 在 PISHINE TV Youtube 的最佳貼文
Kepada CUSTOMER - CUSTOMER kami “ BARBER ‘ GERAK “ ? kami mengucapkan setinggi2 penghargaan & ucapan TERIMA KASIH kerana support business kami ?? anda sedikit sebanyak membantu untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan ❤️ syukur Alhamdulillah.
..
Tidak terlupa juga kepada abg danial ( tauke ikan ) kerana berkongsi rezeki .
..
Budin barber kerana tolong mencari rumah2 yang patut diberikan bantuan .
..
Hanya Allah membalas jasa baik anda semua ??? .
#pkp #covid19