Alhamdulilah. Sangat bersyukur kepada Allah Subhana Wa Ta’ala kerana memberikan kesempatan untuk saya berkongsikan topik; ‘From Islamophobia To Islamodium - A Retort From An Islamic Revert’ (Dari Islamofobia Ke Kebencian Kepada Islam - Jawapan Dari Muallaf) kepada Prof Levy, Dr Strolf serta 40 pelajar Faculty of Comparative Religion, UiA - University of Agder Norway di Universiti Sains Malaysia (USM) petang tadi.
.
Sesi ceramah berlangsung hampir sejam 15 minit disusuli dengan soal-jawab selama hampir sejam setengah. Secara peribadi saya sangat gembira dengan maklum balas dari peserta yang hadir kerana majoritinya menumpukan perhatian dan memberikan respon sepanjang ceramah.
.
Antara soalan yang ditanya adalah isu Uyghur, adakah Islam sesuai di zaman moden, bagaimana pengalaman saya memeluk Islam dan banyak lagi soalan lain. Sebagai penceramah saya menghargai soalan yang banyak dari peserta kerana ini antara tandanya mereka memberikan tumpuan dan bertanya soalan yang relevan dengan topik.
.
Jazakumullahu Khairan kepada Dr Syakir dan Dr Syahir serta semua pensyarah USM yang terlibat kerana sudi menjemput saya berkongsi dengan mereka. Semoga usaha ini diterima oleh Allah Subhana Wa Ta’ala dan menjadi asbab ada di antara mereka dikurniakan hidayah olehNya.
.
InshaAllah nantikan rakamannya yang jikalau tiada aral melintang akan kami siarkan esok (6/2/2020) bermula jam 9malam.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ceramahfirdauswong #universityofagdernorway
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...